Musim raya dah dekat ni, mesti ramai mencari almond untuk buat Biskut Almond London. Ada yang mencari bahan nak buat Biskut Almond London dan ramai juga yang mencari pembeli untuk pasarkan Biskut Almond London.
Dalam sibuk² mencari almond, apa kata kita kenali pokok almond. Mungkin ramai yang belum pernah tengok. Gambar yang dikirimkan oleh encik suami semalam. Pokok almond yang berada di dalam kawasan kerja yang perlu ditebang untuk memberi laluan kepada lebuhraya yang akan dibina.
Ini rupanya pokok almond atau badam ( puas dok fikir apa nama almond dalam BM ). Kat Algeria memang payah nak nampak rumput – togel je!
Ini rupanya buah badam yang belum matang – masih hijau
Ini pula bila buah badam yang matang. Dah boleh dipetik . Kalau dibiarkan buah ini akan kering , berwarna cokelat dan merekah sendiri.
Ini buah badam yang dipetik. Kadang-kadang buahnya akan merekah dan pecah sendiri atau kita perlu pecahkan untuk dapatkan isinya @ biji.
Inilah rupanya biji di dalam buah badam tersebut. Tak macam rupa badam yang biasa kita tengok kan? Tunggu……………………. bukan ini yang dimakan. Ada proses lagi. Bahagian seperti tempurung ini perlu dipecahkan lagi.
Inilah biji terakhir yang kita makan atau buat biskut. Badam adalah sejenis kacang boleh dimakan mentah, dikukus atau dibuat kuih dan mengandungi lebih banyak protein, gula, lemak dan karbohidrat jika dibandingkan dengan bijirin lain.
Macam mana nak buat biskut? Senang je kalau ikut resepi Mat Gebu yang famous amos keluardalam Majalah Jelita baru² ni. Bila dekat² nak raya selongkar balik folder² lama cari resepi. Zaman sekolah dulu belajar Sains Rumahtangga buku resepinya tebal seinci. Buatnya tidak…. Zaman sekarang simpan resepi dalam folder kat komputer.
Resepi Almond London ( Badam )
Bahan Utama:-
- 125 g mentega
- 75 g gula aising
- 1 kuning telur
- 1 camca teh esen vanilla
- 225 g tepung gandum*
- 1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
- 335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel
Bahan Lain:-
- 300 g coklat masakkan (mat gebu guna coklat masakan jenama “tulip”)
- 1/2 camca besar lemak sayur
- Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
- Paper cup saiz kecil secukupnya
Cara membuatnya:-
- Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus dipukul hingga berkrim.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap.
- Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
- Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 – 12 minit. Sejukkan atas jaringan.
- Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
- Ambil sebiji biskut yang “botak” tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut.
- Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.
Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara….selamat mencuba!!!!
Bukan saja resepi dari blog Cik Mat Gebu , gambar pun dari sana….kalau boleh dengan balang² biskut pun nak ambil dari sana.
p.s Mat – memandangkan almond ini dari Algeria, kita tukar nama ye…. Biskut Almond Algeria.. Kat London tu ade ke tidak pokok almond ni
©kujie- Intan masih demam- saya bawa dia juga ke Shah Alam tadi – naik kereta – teksi – komuter – bas – kereta serena saya dah ada orang nak beli, jadi pergi hantar untuk beberapa urusan.
Oh, my feveret time raya ni.
sedap pulak tgk kuih tu.. hehehee..suka kuih yg de coklat nih..
ooo kat Algria banyak pokok Almond. Bestnya kalau dapat tanam kat belakang rumah.
p/s- kecik-kecik kalau beraya, silap besar tuan rumah letak almond London… memang tinggal kertas acuan je..
samalah..dulu buat cokelat keras sgtlah
comot sana sini
kata orang practise make perfect 😆
alamak… teringat buat kuih siput ni
lama sungguh tak buat…
tak laku – anak beranak je habiskan 😆
tak sangka, kan…ingat ke pokok jenis renek2 saja
rupanya mcm pokok balak 😆
chup sebalang….tahun tak buat kot
tak pasti, selalu last bila anak2 merengek2 cakap mak kawan2 dia dah buat
kena buat juga 😆
tima kasih psl kongsi sama resipi almond algeria, nak suruh org umah buat, tentu sedap rasenya
kak jie ni membangkitkan semangat buat kuih raya ni….tahun ni berazam tak nak beli kuih…nak buat sendiri…almond london ni rasa buat remeh makan kejap jer
oh thanks 😀
banyak kali tgk koko hehe..
makan isi dia pon sedap.. manis 🙂
haaaaaaa tau takpe! selalu lepas bakar badam tu, makan non stop T___T macam dlm iklan cornflakes tu. 1 utk kuih. 1 untuk makan. hahaa
baru ku tahu begitu rupanya buah badam. suka makan choc yang ada badam, tp tak tau rupa buah dia. 😳
sedap badam ni…kalau makan sekali nak kunyah lagi
bagi nama biskul almond kujie2 boleh jugak kak……
Dun like modern biscuits..like kuih siput better..easy to make
salam kak jie,
dah belajar dah buat biskut ni.. siap boleh bagi mak ngan mak mertua..
masa mula2 buat punyalah comot salutan coklatnya..
tahun ni tak buat kot,
order kat kawan..
dia offer buat.. tolak kos sahaja tanpa upah..
rezeki ibu mengandunglah tuu..
amalkan makan badam semasa mengandung untuk dpt anak cerdik
🙂
dok kat kolej lak nak try pon…kolej laki lak tu so mna nak ada suma bhn tu nak buat almond london…satgi orang kata buang tabiat lak…hehe
elok buat kayu api tu…
kalau kat msia agaknya sesuai buat pokok balak.. err pontianak pun suka!
eeeeehehehehehe
besar kayu tu, kan
jgn lupa blog it out
kot2 tahun depan ade org nak order
selalu beli almond, panggang dlm microwave
ialah…kat london tu…. entah ada ke tidak pokok badam 😆
kak jie pun pertama kali nampak juga
nasib baik cik abang kongsi gambar ni
dapatlah kita sama2 tengok
stendetlah…. air tangan mak mesti yg sedap
bukan time kecik..rasanya time tak kecik lagi pun suka gak ni
2-3 tahun dulu sgt top almond london ni
skrg ni rasa biasa2 saja
selalunya biskut ni yg last sekali buat
takut habis sebelum raya
ingatkan pokok badam ni kecik macam pokok kacang tanah,.. rupanya… mak aihhh… besar…
tu skrip drama tv maza…hehehe
mana de nangis…org gelak2 loncat2 lagi 😀
1st time tgk..baru ku tahu…huh!
almond london sudahlah mahal…
makan biskut marie buat muka tebal.. huhuhu
tapi tak pe, siap buat biskut tu nanti, boleh titipkan ke algeria utk raya nanti…
err… sebelum siap packing nanti, sila2lah lap bekas almod london tu. takut2 air mata tumpah rosak pulak kotaknya.. huhuhu
selamat menyambut Ramadhan al mubarak!..
siap la saya buat nanti kat ISB ni hehe 🙂
tak de org nak jaga, cikgu, kalau tinggal kat rumah sorang2
lagi tak senang hati kita.
terpaksa lah usung
kat mobile theme tu > Partition large pages kak jie tick break large blog posts or pages into smaller pieces more suitable for mobile devices.
mobile widget tu kak jie tak tick apa2… tak perlu kot widget2 dlm mobile.
kuat juga intan demam2 berjalan ke sana sini ya…
moga intan cepat sihat ye..
wah sedap nampaknya Almond ‘Algeria'(hehehe) tu…campur je ngan ape sj, almond mmg sedap apatah lagi pencinta coklat seperti sy ni…
Heh panjang. Sampai 3 page. Kak kujie. Mcm mane buat post-page?
Tp klu guna page kne buka page last bru dapat komen. Heh
biskut almond algeria yer, sedapnya kalau dapat makan almond london nih….
Dah lama tak makan kuih ini . Tapi , sebenarnya , takde la suka mana pun kat kuih ni . Hehe 🙂
First time saya tengok pokok badam . Terima kasih kak Jie
almond london paling sedap adalah almond london yg mak yonna buat muahahaa. mestilah, semua org ckp mak dia buat plg sedap kan seumur hidup tak penah beli kuih AL dari luar. hihi. selalu beli tart nenas je sebab tak koser nak buat haha
Sedapnya almond laodon. masa kecik2 mesti habis satu balang sebelum raya esok nya. hehehehe. baru kenal badam nya pokok. kalau tak, hanya kenal dengan nama sahaja hehehehe
hehehe tu r kan..naseb tau mcm ne buah koko..sbb bentuk die cam same… hehehe bru tau mane dtg nye buah badam nie… 😉
wow, begitu rupanya.
my sis pandai buat kueh ni
hantar kt kak jie sebalang… 😆
kecik2 je…sebiji dalam sebuah..erk
betul ke perkataan ni…maksudnya ade satu biji dalam satu
bukan mcm buah koko
nasib baik pernah tengok buah koko…kehkeh
sebab ramai tak pernah tengok buah koko ni..dia tau milo je 😆
lambatnya nak tengah bulan ramadhan .. nak buat biskut almond london .. nyum nyum ! 🙂
buah die kecik2 mcm biji tu ke or dlm tu ade byk2? cam buah koko? hehehe cm xcited je nie k tau
hehehe 😀
mesti cuba