Amaran awal : Entri ini mengandungi banyak gambar asli tanpa diedit.
Ini kisah percutian saya ke Tasik Kenyir untuk kali yang ke…entah dah tak terbilang. Ambil peluang sementara suami masih bertugas di sana.
Saya suka datang ke sini, bukan disebab suami memang ada di sini…itu pun suka juga tetapi suka suasana dan panorama alam di sini walaupun saya akan terputus talian telefon atau internet. Ada menara komunikasi yang telah didirikan sepanjang laluan tersebut tetapi entah bila akan berfungsi.
Selepas R&R Pengkalan Gawi, sepanjang 30 kilometer sebelum tiba ke tapak projek , memang tiada jaringan perhubungan.
Walau pun dah kerap ke sini, saya belum pernah menaiki bot ke pulau-pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Cuti kali ini kami bercadang untuk berkhemah di salah sebuah pulau.
Kami menaiki bot , bukan melalui Pengkalan Gawi ( jeti rasmi Tasik Kenyir ) tetapi melalui satu pengkalan penduduk tempatan. Di sini ada kolong menternak ikan.
Waktu ketika ini hampir jam 5 petang. Terpegun dengan panorama yang terbentang di depan mata.
Memang teruja menaiki bot seperti ini, biasa naik bot atau feri yang besar. Kalau yang tak biasa , kemungkinan akan terlanggar pokok-pokok mati dasar tasik. Orang yang biasa saja tahu laluan mana yang selamat.
Terdapat lebih kurang 340 pulau kecil di Tasik Kenyir.
Cantik sangat. Agak gementar merendah tasik yang berombak, merasa kerdil di bawah langit luas.
Lebih kurang sejam menaiki bot, kami sampai ke lokasi. Sampai saja ke tempat yang dirancang, cepat-cepat dirikan khemah sebab dah nak malam. Bulan 10 Muharam 1435 sudah muncul untuk ‘bertugas’.
Sebelum gelap, kami cari kayu untuk unggun api disekitar tepi belukar. Selesai mendirikan khemah, kami solat maghrib. Terasa sungguh damai dan suasana berbeza bersolat ditengah belantara tanpa ada hubungan dengan dunia luar.
Pemandu bot meninggalkan kami sekeluarga dan akan datang menjemput pada petang esok.
Ini adalah aktiviti berkhemah pertama bagi kami sekeluarga.
Perasaan?
Takut, risau , cemas dan macam-macam rasa tetapi melihat Intan dan Wani ( sepupu Intan ) relex macam tak ada apa-apa, saya pun kembali tenang. Mungkin saya tidak pernah ajar atau menyebut atau menonton kisah seram, kisah hantu atau seumpama dengannya, anak-anak tidak takut dengan kegelapan atau persekitaran seperti itu.
Dunia ini milik Allah, dimana-mana pun kita berada, mohon perlindungan dariNya.
Malamnya kami berbaring di luar khemah mengadap langit yang luat terbentang dihiasi bulan dan bintang dalam suasana dingin. Sambil bercerita tiba-tiba melintas cahaya tahi bintang yang panjang di dada langit. Ini pengalaman indah yang sukar dilupai kerana bukan senang untuk melihat tahi bintang secerah itu. Kalau kat bandar, langit yang sentiasa cerah dan sudut pandangan yang terbatas memang agak sukar untuk melihat fenomena cahaya tahi bintang.
Suasana awal pagi dari pintu khemah. Kicauan burung dan unggas memenuhi ruang berkabus yang sejuk.
Sepi… tak ada sesiapa kecuali kami berempat.
Khemah kami yang comel dialas rumput gebu berbunga putih. Gebu sangat sampai rasa sayang nak pijak.
Belakang khemah ada anak sungai yang mempunyai air terjun mini.
Dihadapan khemah, tasik yang semakin mengecil seperti teluk sehingga bertemu dengan anak sungai yang jernih airnya.
Kat tepi pesisir tasik ada banyak kepah/lokan. Kalau nak kutip satu kontena pun ada. Banyak sangat.
Sampai dah lewat petang, tak sempat menjelajah. Paginya mulalah sesi menjejalah persekitaran. Lebih kurang 20 meter dari khemah kami, suami terjumpa beberapa jenis tapak kaki binatang.
Mungkin kerbau kerana pemandu bot ada beritahu kerbau dilepaskan di kawasan ini. Tapak kaki binatang yang lain, tak tahu.
Berjalan lagi memasuki anak sungai jauh ke dalam hutan. Menikmati kehijauan dan kesegaran alam yang damai.
Lubuk ikan! Kalau kaki pancing inilah syurganya.
Kami cuma melihat menikmati alam kurniaan Allah dan menyimpan memori kenangan.
Hampir jam 3 petang, pemandu bot pun datang menjemput.
Dalam perjalanan balik, beliau bawa kami melencong ke satu pulau melihat satu-satunya rumah yang terdapat di sini. Saya tak pasti siapa punya atau berpenghuni. Mungkin digunakan sebagai rumah percutian.
1. Tempat menaiki bot
2. Lokasi perkhemahan.
Lokasinya di sebelah kiri bukan kawasan perlancongan yang padat. Kebanyakkan bot pelancong membawa pelawat di kawasan kanan tasik.
Antara entri Tasik Kenyir/ Terengganu yang menarik untuk dibaca – mesti klik
- Terlalu Rumit Untuk Dikupas Dan Terlalu Indah Untuk Dibiar Tanpa Erti
- Yang Indah itu Tetap Hidup Dalam Kenangan
- Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan
- Seperti Tasik Kenyir , Begitu Jugalah Panjangnya Sejarah Kami
- Baung Lat Danau Bay Cafe Tasik Kenyir
- Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ( Puah Dam )
- Gajah Menetek Di Tasik Kenyir
- Jalan Gua Musang – Felda Aring ke Tasik Kenyir
Hello, so nice to read about your adventures. Saya nak tanya, kalau saya nak pergi camping di Tasik Kenyir, mcm mana cara terbaik untuk booking? Terus ke sana atau kena booking awal? Boleh berikan cadangan?
Thank you.
Wah..bestnya.kat pulau mana ni kak jie?saya teringin sangat nak pergi berkhemah jugak ni..parking kereta selamat tak kat tanah besar?
bestnya kalau dapat bercuti di tasik kenyir….teruja tengok gambar tu….
Jom terjah post menarik dari sukma ..Di Mana Lokasi Ini?
wah indah sekali asri masih banyak ikannya… seru ni jalan-jalan dan kemahnya,, pasti suasananaya sejuk …
Tasik Kenyir!
Wow, macam best.
InsyaALLAH nanti mama Asyrof free, boleh ajak dia kesana dengan family. 🙂
Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..Asyrof Rindu Ibunya Lah!
Kena tengok musim juga … kalau boleh jangan musim hujan, nanti kuyup
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jalan Felda Aring Ke Tasik Kenyir Terkini 2013
da lme x pegi camping…
huhu
Jom terjah post menarik dari OH Ping Blog ..[Info Kesihatan] Makan kacang kurangkan risiko sakit jantung
cantik pemandangan kat situ , teringin jugak nak pergi suatu hari nanti jika berkesempatan…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Tayar Kereta Tersumbat Dalam Lampu Suluh
utk aktiviti mcm ni, biasanya kita kena tunggu anak anak dah besar..faktor keselamatan sebenarnya
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jalan Felda Aring Ke Tasik Kenyir Terkini 2013
Wah tidur di tepi tasik.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Kereta sport melebihi 12 tahun
pertama kali.. bukan senang nak duduk sendiri nun jauh ditengah belantara tanpa talian perhubungan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jalan Felda Aring Ke Tasik Kenyir Terkini 2013
erkkk… berani nya. Last camping masa zaman sekolah dulu. sekarang macam tak berani kot. huhuuuuuu
Jom terjah post menarik dari sue ..Geran RM1000 SKMM Untuk Peniaga Online
buat buat beranilah.. hihihi
dah lama teringin nak berkhemah mcm ni
tunggu anak2 dah besar baru sempat
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jalan Felda Aring Ke Tasik Kenyir Terkini 2013
Salam,
Subahannallah cantiknya pemandangan kat sana, teringin rasa nak pergi. betul kata ai scroll tengok gambar dulu baru baca hahhaaa, terbuai dengan kecantikan gmbr2 tu semua, nak pulak gambar gedabak besar, memang puas nengok gambar pemandangan macam ni.
Jom terjah post menarik dari yanmie ..Bisnes Online Pilihan YanMie Dan Income Yang YanMie Impikan Dari Bisnes Online
Yan.. kena tunggu anak besaq² dulu…. masa kak jie anak kecik² tu mmg nak tunggu anak besa² tapi bila anak dah besaq²…. depa pun ada life sendiri. sibuk kat kolej kat universiti tak sama cuti.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
Hallo mbak kujie 🙂
Saya berasal dari tasikmalaya kok belum pernah tau tentang kenyir ini yah? hehe
jadi pengen kesana nih
Jom terjah post menarik dari Muhammad Luthfi ..Download Game Perang Battle Gear Untuk PC (10MB)
Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara terletak di negeri Terengganu.
Datang ye kalau berkesempatan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
Memang nyaman tengok suasana tasik kenyir..
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Permohonan BR1M 3.0
Salam, gambar percikan air nampak sebijik-sebijik, guna DSLR ke? sharpness pun cantik.
Cuma sekarang ni da masuk musim hujan maybe tak dapat lah nak dapat cuaca baik macam dalam gambar tu ye.
Jom terjah post menarik dari faizul ..Umpan lolipop – pesanan khidmat masyarakat
Semua gambar guna Samsung S3.
Kalau kepala kusut, best bercuti kat sini :). Pemandangan memang cantik.
Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Berapa Gaji Tukang Kasut?
Betullah tu… tak sibuk2 nak buka Facebook. .. reply email. Rasa lapang sgt…nikmati apa yg kitaa lalui waktu tu
rasa mcm nak ikut sekali.
Jom terjah post menarik dari Blogger Babyface ..S.E.D.A Workshop Untuk Blogger
tak boleh… kena pi sendiri sendiri..hahaha
sebab kami saja anak beranak, tak ada orang lain, bab aurat tu mudah nak control
kalau dgn org lain… ada sempadan sekatannya.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
gambar memang cantek-cantek belaka.
kagum kejap dibuatnya..
Jom terjah post menarik dari titan ..Macam cantik jer, macam comel jer – Syasya Solero.
kalau tengok depan mata lagi kagum
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
cantik2x gambar semua, nyaman..
Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Review The Hunger Games: Catching Fire
ada banyak gambar…payah juga nak pilih
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
eh ni theme baru ni, hehe. best arr jalan jalan siap buat khemah lagi, memang layan la, tang air sungai tu best, sejuk jer kan, hehhee
Jom terjah post menarik dari Juan ..Set Produk Jom Ngaji Upin Ipin Untuk Mudah Baca Al-Quran
anak sungai tu sgt jernih dan sejuk
kami main sungai kecil tu…susun batu buat empangan
guna buluh jadikan pancuran air..mmg best sangat luang masa yang lapang mcm tu
tak perlu fikir hal lain…betul2 tenang
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
dah lama teringin nak ke tasik kenyir.. dari sekolah rendah lagi.. tapi masih tak sampai, minat memancing pun dah lama hilang.. 🙂
Jom terjah post menarik dari muktasim ..Gambar Damia tiada kena mengena Villa Nabila
kami pun bukan kaki pancing… teringin nak beraktiviti mcm ni dah lama
tunggu anak besar je
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
Jadi tempat akak camping nih langsung takde liputan talian telefon atau internet la eh kak?
Makanan bebetul yg akak bawak je.. buah ke ikan ke akak langsung tak usik eh?
Air masak akak amik sungai ke atau bawak mineral?
Org luar boleh datang situ x kak?
Jom terjah post menarik dari dayah ..bila bini aku mintak kaki..ha..?!
Yup… ada GPS je. Telefon bawa utk tangkap gambar saja.
Bawa nasi dan lauk utk makan malam sebab dah jangka akan sampai malam.
Esoknya masak nasi ( bawa beras, telur dan sardin)
Bawa 1 botol air minum..kemudian masak air dari sungai . Buat teh … siap goreng nasi lagi pagi tu tau.
Sesapa pun boleh datang, pemandu bot yang bawa dan hantar kami tu orang tempatan.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
teringin giler nak pergi……………..
akak mmg boleh jadik duta cuti cuti Malaysia lah kak..
hikhik..
Tobat syok layan gambar. mula-mula layan scroll gambar dulu. kendian baru baca cerita. sebab gambar menarik, maka tertarik nak tahu kesahnye pulak.
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..#FotoBESAR – Back Dated : Hari Keluarga AI MEDIA NETWORK di Kelana Beach Resort, Port Dickson
tak banyak sangat kisahnya…. tak ada kisah seram..erk..ada kot tapi tak maulah tulis kat sini.
hahahaha….. tapi serius memang puas tengok gambar sendiri..gambar tak edit cuma resize je
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir
memang best tasik kenyir ni..sy pernah pegi trip ofis tido dlm boat house 2hr 3mlm..:) dpt la merasa mandi sg, mandi air trjun..bdk2 laki pegi memancing, kami yg pompuan memasak kt dapur..alhamdulillah, kenangan yg xdpt sy lupakan..tersangat la menenangkan jiwa..terputus hubungan dgn dunia luar xbermakna xdpt teruskan life..tp life diteruskan dgn cara lain..kengkawan patut try..:))