Edit 01/01/2014 – Jalan Felda Aring terbaru
===========================================================
Tiap kali balik dari Terengganu, saya akan update keadaan jalan Felda Aring kerana saya menerima banyak pertanyaan mengenai laluan ini. Laluan Felda Aring adalah jalan lebih dekat dari Ipoh atau Gua Musang untuk ke Kuala Berang atau Kuala Terengganu. Ramai pemandu akan memasuki lebuh raya di Ajil untuk ke Kuala Terengganu atau ke Bukit Besi.
Laluan Gua Musang – Felda Aring lebih kurang 70 KM sebelum memasuki jalan Ke Kuala Berang melalui Tasik Kenyir.
Ini adalah laporan bergambar laluan Felda Aring pada 18/11/2013. Rujuk entri terdahu pada 30 Julai 2013 – Jalang Gua Musang – Tasik Kenyir Melalui Felda Aring.
Saya datang dari arah Tasik Kenyir.
Jalan yang melalui Felda Aring lebih kurang 30 kilometer. Kalau bukan musim hujan, jalan ini berdebu dan pokok-pokok ditepi jalan diseliputi debu putih macam musim salji.
Bila musim hujan, beginilah keadaannya.
Keadaan jalan yang perlu diberi perhatian lebih kurang 2 kilometer dan 500-600 meter keadaannya teramat teruk. Kereta biasa pun nak lepas kena berpusing sana sini cari ruang takut tersangkut di dalam lopak. Kalau kereta yang dimodified, yang dah lower tu mungkin lebih laju sikit dari kura-kura.
Ada beberapa bahagian jalan sedang dibaik pulih. Kerja-kerja membaiki jalan ini sedang dijalankan.
Selepas kawasan agak mencabar, lebih kurang 20 kilometer sehingga ke simpang Chiku, jalan elok seperti biasa. Elok bagi saya ikut standard jalan kecillah, jangan nak banding dengan lebuh raya pula. Cuma perlu awasi lubang-lubang kecil.
Ini jalan yang baru ditar, harap-harap dapatlah bertahan lama. Jalan ini memang laluan utama dan kerap rosak kerana sering dilalui lori bermuatan berat.
Terima kasih juga untuk pembaca blog saya – Ibnu Najib Al-Husaini dan Anonymous yang bekerja di Aring 8 kerana sering memberi laporan terkini mengenai jalan ini untuk panduan bakal pengguna yang bercadang untuk melalui jalan tersebut.
Inilah laluan tersebut di dalam Google Maps – sebenarnya ada jalan baru yang dibina penyambung yang lebih dekat tetapi jalan terbengkalai. Lebih menarik, suami saya pernah terlibat dengan kerja-kerja di jalan tersebut.
Nota : Jangan komen ‘gaya Facebook’ pula ye.. tak baca dan fikir terus je komen ” tak boleh guna telefon sambil memandu” kerana semua gambar ini di ambil oleh penumpang disebelah.
Raya ni nak balik ke kuala berang dari perak. Boleh update status terkini jalan felda aring. Saya pernah lalu raya 2007 dan raya 2009. lepas tu dh give up jalan ni. Sanggup ikut kl dulu baru ke kampung..
suami saya balik ikut jalan tu 2 minggu lepas, ok je
ok bagi standart jalan gred tersebutlah..kalau nak ukur gred jalan bandar, berbeza pula nanti.
Terima kasih. Harap jalan area yg rosak teruk tu dh ditar.. Sekarang tak hujan..mungkin jalan lebih ‘ok’ kot. Saya pernah lalu dulu..jadi tau lah standard ‘ok’ nya..kalau semua jalan felda tu at least di tar rasa lagi bagus..
Bulan lepas saya lalu….jalan cantik. Semua ditar.
Terima kasih atas maklumat. Nak ke trengganu Selasa ni. Kursus.
Salam tumpang tanya
Status terkini (29 April). jalan felda aring masih elok atau rosak balik lagi? Lusa saya nak balik terengganu lalui simpang pulai > felda aring > terengganu.
salam
InsyaAllah… jalan tak ada masalah yang serius. Kalau lopak kecik tu adalah biasa bagi kawasan ini… banyak lori lalu sini.
Alhamdulillah skang jalan dh elok…bolh la jimt masa dr aring 8 ke smpg ciku dlm 30 minit…cumanya jalan dkt aring 10 brhampirn jmbtn lebir dh mula jahanam sikit2 n selekoh dkt aring 2 bhaya..dh rmai org terbabas…tq blog ni sbb byk bg info…###staff aring 8###
Musim penghujan, salah satu jalanannya cukup becek, bisa mempersulit ke tempat tujuan ni
dekat tu dai gua musang ke felda aring dalam 70km…ada rasa nak cuba, mungkin masa terbaik raya tahun depan… =)
thanks kak jie update…
macam jalan sg panjang – tanjung malim sepanjang 6bulan lepas. balik dari kg semalam baru jalan lopak2 sedang dibaiki.. kalau tak sepanjang 2 km lopak2…. sedih bila kat negeri paling membangun masih ada benda macam tu
saya pikir jalan kat sarawak ni jer yang berlubang macam tu kak,tapi kat semenanjung lagi teruk jugak..erm….
Jalan berlubang memang isu. Jalan yang berturap pun tak rata. Menurut pakar ketahanan jalan boleh mencapai lebih 10 tahun tetapi tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia ini. Jalan cepat sangat berlubang.
Lori bijih n balak hari2 lalu…2 tahun je dh mula blubang
Jalan berlubang-lubang macam ni teringat masa travel ke Kemboja. Lebih kurang macam ni lah jalan dia.
ooooo…kat sana mcm ni ye
tak apalah, kami dah biasa dgn keadaan tu..hehe
Banyaknyer lubang .
Sampai bilakah pengguna harus menanggung kesusahan ini sedangkan kita sudah membayar cukai.
wah jalanya lumayan banyak lubangnya juga ya,,,
kenderaan bermuatan berat kerap lalui jalan ni sedangkan ketahanan dibina bukan utk itu
kebiasaannya jalan yang tiba-tiba nak diturap mesti nak dilalui oleh Agong @ PM…..hanya rakyat yang mengetahui….kalau dikomplen entah bila nak diturap….
jalan bukan bermusim………memang mcm ni jalan dia
hujan atau kemarau
dah banyak kali dibaiki…masih macam ni
ada lori muatan berat yang kerap guna jalan yang bukan sesuai untuk saiz tersebut
berlopak2 air bila hujan.. bleh tahan jauh untk sampai ke jalan cam biasa.. huhuhu
yang berlopak teruk tu lebih kurang 500-600 meter,
yang berlopak sederhana teruk lebih kurang 2 kilometer
yang berbaki lebih kurang 28 kilometer dari simpang chiku , jalan elok tetapi adalah lubang2 kecil sesekali, kena berhati2
Tq info