Hari tu saya ada cakap kat group wasap Ajk Kiah Propa, saya beli skirt. Amboiii.. bukan main kena bahan dengan pakcik-pakcik kepoh dalam tu. Memasing kalau sebut skirt aje dok membayangkan mini skirt. Agak-agaklah kan.. tak kan wanita seusia saya ni nak bermini skirt bagai.
Skirt ni ada macam-macam jenis tau pakcik-pakcik. Dari yang panjang sampailah yang pendek atas lutut beberapa inci aje.
Ada banyak jenis skirt sebenarnya, saya berikan beberapa contoh sahaja untuk pengetahuan am :
- A-line Skirt – Lurus kembang dibawah.
- Mermaid Skirt – Lurus sampai kat lutut dan kembang hingga ke bawah paras buku lali.
- Pencil Skirt – Skirt sendat mengikut bentuk badan. Jenis ini panjang bawah lutut atau pertengahan betis dan menggunakan material yang mudah regang.
- Mini Skirt – Skirt diatas paras lutut. Bukan skirt yang sesuai untuk majlis formal. Selalu lelaki kalau sebut skirt memang dok bayangkan jenis ni lah..hihi
- Micro Mini Skirt – dah nama micro, macam sim kad saiz biasa yang kena potong tu la… kecik dah
- Maxi Skirt – Jangan salah faham dengan Mini Skirt. Maxi skirt yang labuh dan paling selesa.
- Tutu – Ini skirt penari ballet
Tak semua skirt sesuai untuk semua orang. Wanita bersaiz XXL macam saya agak kurang berskirt. Ada beberapa sebab yang menyebabkan keinginan tersebut terbantut, antaranya
- Skirt dari material yang agak berat. Badan dah berat, bertambah kilo yang nak diseret.
- Perut yang kembang kempis kembang kempis selepas beranak menyebakan getah di pinggang skirt sering melipat dan tidak selesa kedudukannya
- Corak yang tidak sesuai sehinggan menampakkan saiz badan tak berapa manis
- Sukar untuk mendapatkan pilihan saiz yang tepat.
Tetapi, baru-baru ini , saya telah mendapatkan skirt kembang english painted secara online yang sangat comel dan memenuhi keperluan orang bersaiz besar seperti saya dari Bachplussize
Skirt kembang labuh ini bukan saja sesuai untuk saya, tetapi sesuai juga untuk remaja seperti Intan. Nampak sangat feminin dan girly.
Ini skirt saya.. nampak muda remaja dan kurus , kan? Sebenarnya kalau pakai tak adalah nampak remaja sangat pun, cuma nampak lebih manis sebab corak dan warna yang sepadan.
Saya pun hairan macam mana boleh nampak kurus sangat dalam gambar ni. Aura skirt kembang comel ni kot atau tahan nafas 2-3 minit. ha ha ha…
Nampak tak getah pinggang skirt kembang ni?
Getah tu sangat selesa kalau pakai bagi pinggang saiz mak-mak macam saya. Tak adalah menjerut sangat dan selesa nak tarik nafas. Kalau jenis getah keras dan ketat, nanti perut berbekas dan gatal-gatal.
Skirt kembang menggunakan material Lycra ini lembut, beralun dan ringan bila dipakai. Bukan jenis skirt yang mengikut bentuk badan.
Nak beli skirt kembang yang selesa dan cantik ni kat mana?
Acik-acik dan cik kak -cik kak tak payah risau, klik Instagram Backplussize dan tengok tu… jualan mencanak-canak tanda skirt ini mendapat permintaan yang hangat dari pembeli.
Boleh juga wassapApss atau sms ke nombor yang diberikan – 0123203035 atau pergi je kat Facebook Page – Bach Plus Size
Sebelum skirt yang diimpikan sold out, cepat-cepatlah korang pi belek koleksi yang ada. Saya dah jumpa tempat sesuai nak beli skirt online.
Cantik cantikkk…
Saya pun susah nak jumpa skirt yang sesuai sebab tak cukup inci…hehehe
Pakai seluar panjang lagi senang nak gerak tapi rasa berkenan plak tengok skirt kak jie ni
dah lama tak pakai skirt…..suka skirt jeans….
cubalah…. sesekali beralih angin
mesti nampak sweet aje
Banyak jugak jenis skirt ni. Kalau orang laki tau ada dua je.
-skirt
-mini skirt.
hahaha
ha ha ha….. rasanya lebih ramai yg kenal mini skirt
skirtnya bagus- bagus,,, warna dan modelnya juga,,,
Baru tahu jenis2 skirt hiihi. Pencil skirt pun ada. Macam2 nama. Yg penting ada jenis skirt yg menutup aurat.
yup…skirt kembang ni sesuai sebab tak mengikut bentuk
kembang…..
Ingatkan zaman memakai skirt labuh ini sudah berakhir.
fesyen wanita ada pusingan dia sendiri… dia akan ulang
pereka fesyen akan cari jalan utk mengembalikan fesyen yang dulu dulu
PM suka tengok wife pakai skirt labuh macam tuh…=)
memang sesuai untuk isteri PM, belilah satu untuk dia
Owhhh….comel skirt ni.
Saya pun memang gemar berskirt…banyak kelebihan waktu travelling… :))
skirt ni ringan…dan yg penting getah kat pinggang tu…huhuhu
maklumlah… pinggang bukan sejengkal lagi
saya berela- ela kak jie…hihihihi
SA jarang berskirt…tgok skirt yang labuh pas tu mcm fish tail tu macam cantik plak…rasa macam nak beli tp x confident nak pakai….ntah knp ntah
jenis english printed ni comel.. gaya kewanitaan gitu..hehe
Banyak jenis rupanya…ingat yg pendek jer nama skirt.
mini skirt le tu… hihihi
lelaki mmg ….nampak mcm kain je dah cakap skirt
isteri saya peminatskirt labuh ni..
cuba beli satu utk dia….skirt ni tak ada saiz tepat
intan boleh pakai
kak jie pun boleh pakai
wah… skirt bunga-bunga… ini kalau pakai kat rumah, memang comel habis!
bunga bunga kecik mcm ni mmg nampak manis
kain jenis ringan..lagi nampak kembang2
Masalah akan timbul selalunya kat pinggang tulah kak, berlipat2 di buatnya samada perut atau getah tu…
yang ni bergulung berlipat… jenis getah yg lebar mcm tu
khusus wanita saja ya…:D
Nak belikan untuk bonda saya 1 lah .. 🙂
Bagus tu.. kak jie jamin mesti bondanya suka… dua sebab utama jenis material yg ringan dan getah pinggang yang selesa
boleh suggest kat wife nii
Cantik cikgu… cer tengok Intan pakai…comel je, mesti Fiza pakai pun comel
Sobsobsob.. tak terkomen.. uwaa..
^_^
Mekasih sharing kak…
Ini bukan entri bidek tau..apa yg kak jie cakap benda betul yang buatkan kak jie selesa dengan skirt ni
kena pandai pilih skirt. silap pilih..habis la. hehe..
Bukan semua org sesuai pakai jenis jenis tertentu