Sejak setahun setengah kerap berulang alik ke Terengganu, nama kedua-dua kampung ini sering diceritakan. Teringin juga nak menjejak kaki ke kampung yang mempunyai nama agak istimewa ini.
Biasanya kami akan ke Kuala Terengganu dari Hulu Terengganu melalui Sungai Tong dan Kampung Batu Enam, tetapi sewaktu bercuti ke Terengganu baru-baru ini, kami memilih laluan lain. Kami pilih laluan T9 Kampung Kuala Telemong – Kampung Getang – Kampung Tajin sebelum ke Kuala Berang.
Akhirnya, bukan kisah dan cerita orang tetapi pengalaman sendiri dapat melalui kawasan ini. Saya menambah satu lagi catatan pengalaman hidup dalam kembara dunia.
“Alif Min Alif Min” nampaknya telah diedit, carian internet menunjukkan ejaannya sebelum ini ditulis “Alif Ya Min Alif Nun”
Kampung Imam Lapar, Mukim Telemong, Kuala Berang, Hulu Terengganu
9 Kilometer selepas berjumpa Kampung Imam Lapar ( dari arah Kuala Terengganu ) jangan lepaskan peluang untuk melalui satu lagi kawasan kampung yang unik iaitu Kampung Nasi Dingin.
Adakah kedua-dua kampung ini mempunyai kaitan?
Nota : saya suka gunakan gambar dalam entri, rasa puas gunakan theme ini – FotoBesar
nama kampungnya agak aneh… tapi lucu juga sih… imam lapar dan nasi dingin,, saya kira seorang imam lapar kemudian makan nasi dingin,, ternyata nama kampung,,
Ingin tahun kisah disebalik nama kampung ini. Kalau di Melaka ada nama tempat ‘Kandang’
lapar betul imam tu ye..
mesti cerita asal usul nama tempat tu lagi menarik
=) itulah nama 2 buah kampung yg menarik di Terengganu.
Ada yg selalu cakap, tok imam lapar sebab nasi dah dingin…tak lalu nak makan =)
puas betullah tgk gambar besor2 camni…
sebut pasal asal usul nama tempat, teringat kat arwah tok sedara kt Manong..tiap kali raya je, mesti jumpa dia, sebab dia akan bercerita tentang asal-usul nama tempat di Perak, kenapa nama Manong, kenapa nama Kampar, dan sebagainya..semuanya dihuraikan..memang best…tapi raya akan datang..takde lagi dah..
ada gak cerita yang mengarut…rasanya le…asal usul Singapura…haha..mmg lawak abis..:D
sama seperti nama tempat di kedah. Gajah Mati, Langgar, Pokok Sena
pulak…mati sebab telanggar pokok…. =)
banyak tempat dalam negara kita nama yang agak pelik…
kekadang terfikir-fikir macam mana dapat nama kampung-kampung ni tapi pengalaman mengembara di Indonesia banyak nama tempat di sana ada di Malaysia
Owh, sy x perasan plak nama2 tu..mgkin pergi waktu kecil2 dulu, jadi x ambil port sangat dengan signboard 🙂
Kampung Imam Lapar ni dah pernah dengar dari cerita student yang buat praktikal di hospital..cuma belum pernah lagi lalu kat tempat ni..nice sharing..
unik nama2 kampung kat situ…hehe
KALAU KE TPT TAK PENAH PEGI, SY PUN SUKA BACA SIGNBOARD NAMA2 TPT
HEHE
pelik2 nama kampung ni eh…..
wah, mungkin ada kaitan tu..
eheheehe
heeee.. rajin juga dorang edit
Hahaha..apabila lalu di kampung ni automatik ingat nak makan.
Dah lama x menyinggah di blog kak Jie…kenapa kak Jie kerap di trg ye?
Lepas balik dari Algeria, suami kerja di Hulu Terengganu – projek empangan hidroelektrik di kawasan Tasik Kenyir…sebenarnya lokasi dia 30km dari Pengkalan Gawi Tasik Kenyir laluan nak ke Felda Aring. ( Puah Dam )
owh…begitu rupanya.
Ada satu tempat tu perihal menanam, tak ingat exectly apa nama kampungnya, tapi ianya macam ada kesinambungan nama, contoh kampung tanah gali, lepas tu jumpa kampung tanah cangkul, lepas tu masuk perihal menanam.. semasa ondaway nk balik kelantan lalu pahang..
Tapi terengganu mmg negeri cantik kalau lalu kawasan persisir pantai..
owh…. berminat nak tau
kampung kami di Baling, kedah pun ada cerita berkait tentang kampung satu mukim, kisah Raja Bersiong
Hari tu pergi tak ikut pantai sebab akan ambil masa…banyak pekan banyak lampu isyarat dan banyak tempat nak berhenti.
Suka menjelajah jalan2 yg tak pernah dilalui..cuba cari lalauan lain dan jumpa pelbagai pengalaman baru
Mungkin ada kaitan. Imam tu lapar sebab nasi dingin. hihi
cerita dari mulut ke mulut katanya ada kaitan….tapi itulah cerita dah lama
nak dpt kesahihan pun payah sbb generasi tu dah tak ada
cerita A dah jadi Z
nama pun pelik-pelik kenapa yer kak ?,mungkin orang tua dulu dulu bagi nama ni…,
p/s: heran saya kenapa komen saya dekat beberapa buah blog asyik kena moderation sedangkan,saya tidak melakukan spam,,maybe domain ishakhasimi.com yang saya beli semula setelah 2 tahun tidak renew adalah punca utamanya,maybe kak jie boleh..bagi penelasan sedikit
dan ceritanya mesti berubah dari satu mulut ke satu mulut…versi asal mungkin dah tak sama dgn cerita sekarang.
p/s – susah nak ckp tapi rasanya bkn sbb nama domain…sbb ip kot,kalau dh pernah block ip tu..org lain yg sama pun kena.
Nama2 kampung/tempat di terengganu memang unik
Dari jerteh lagi dah jumpa nama macam2
betul betul… lalu kawasan pendalaman, lagi banyak nama kampung yang jarang nampak.
ada nama Kampung Slow Pak Long dekat Kuala Krai
Baca nama kampung saja dah rasa macam seronok dan best…mmg best bila jalan jauh ni…nak2 bila lalu jalan kampung…bukan jalan besar…betul kan kak jie?
hahaha..comel gile nama kampung..
tapi rasenya imam tu lapar sebab tak suka makan nasi dingin… hehe
kan.. mesti cerita asal usulnya pun panjang….
Haah la.. unik unik nama kampung nye..
nak tau nama kampung kak jie kat Baling tu…?
Kampung Bandar… huhuhu…. orang bandar dok kampung 🙂
lapar betul imam itu ye..
ada beberapa cerita sebenarnya
1) iman lapar
2) iman laper ( menghafaz ) Al Quran
Menarik gak kalau dapat jumpa orang tua2 kg tu dan tanya sebab apa dapat nama tu. Nampak macam ada kaitan jer 🙂
biasa nama kampung mcm ni dah lama wujud…. cerita dari mulut ke mulut tu…sering bertukar, asal A bila dah sampai ke generasi ke 3 dah jadi Z
hehe