Akhirnya bungkusan yang diorder dari Nile.com.my pun sampai. Sebelum masuk bulan Ramadan, eloklah buat beberapa persediaan awal untuk persiapan raya nanti. Beli keperluan secara online bukan saja boleh menjimatkan masa malah boleh dijadikan hadian kejutan untuk mereka yang tersayang.
Saya buat pesanan dan keesokkan harinya barangan yang dipesan ini tiba di hadapan pintu rumah. Mudahkan membeli belah online. Lebih mudah jika kita membeli daripada laman web yang boleh dipercayai seperti Nile.com.my
Do not accept if the seal is broken – macam tu lah amarannya. Nasib baik semua barangan saya sampai dengan eloknya.
Nak tengok apa yang saya beli daripada Nile.com.my?
Selain beg , jam tangan , gelang, headband , saya order Seamless Magic Hair Bands satu set 2 keping berharga hanya RM 0.50. Benda ini digunakan untuk dilekatkan dikepala bagi mengemaskan anak-anak rambut supaya tidak berjuntai menganggu muka sewaktu kita bermake up.
Palazzo hitam dengan baju bunga merah latar hitam mix and match yang sepadan untuk wanita yang masih mengekalkan kesopanan. Gandingan ini bertambah ceria dengan gandingan beg tangan juga berwarna merah hati.
Harapnya pilihan saya ini tepat kerana ini adalah untuk adik ipar saya. Kakak ipar yang baik, kan…. hihihi..puji diri sendiri!
Hujung minggu lepas saya pun ke Tanjung Malim menghantar hadiah yang telah dibeli online. Kami ambil peluang ini untuk melawat Taman Rekreasi Proton City yang cantik, aman damai seperti ini.
Luangkan masa petang hujung minggu sambil menikmati pemandangan kehijauan Banjaran Titiwangsa dan tasik indah bersama bukan saja mendamaikan tetapi menambah erat hubungan kekeluargaan.
Chiffon Palazzo – RM19.80
Women’s new flower shirt – RM36.80
Fashion Fringed Casual Woman Handbag – RM28.80
Hah…tengok, cantikkan? Adik ipar saya ni lebih putih kalau nak dibandingkan dengan saya yang terlebih kopi… hitam dan merah sangat menyerlah untuk dia. Palazzo hitam tu kena pakai inner. Kalau tidak agak jarang nampak kaki yang seksi…hihi
Padanan ini sesuai juga untuk kunjungan open house raya nanti.
Beg sesuai untuk mak-mak yang biasanya nak sumbat bukan saja barangan peribadi diri sendiri tetapi keperluan anak-anak jika keluar. Warna hitam sangatlah mainstream, jadi untuk hari raya mesti lebih ceria dengan warna merah yang sangat menyerlah penampilan.
Saya pun seorang mak, bila nak beli beg tangan, banyak faktor yang difikirkan. Selain cantik dan berkualiti, bahagian beg yang mudah dibuka dan berapa besar bentuknya juga difikirkan.
Trendy Woman Handbag warna khakis berharga RM 46.50,
Ini pilhan anak saya seorang remaja 15 tahun. Warna khakis nampak manis dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis dan corak pakaian. Kalau berskirt, jeans atau baju kurung pun beg ini boleh masuk untuk semua acara.
Butang-butang berwarna emas tu memberi penampilan lebih trendy dan femininity. Hari raya nanti, Intan dah ada beg yang sesuai.
Women Sandals/ Sailing Shoes – RM 15.90. Block colour yang sangat remaja.
Comel? Model tu dah semestinya comel tapi kasut tu lagi comel. Intan cakap kasut comel ini ringan, lembut dan ada grip yang sangat selesa untuk dipakai bila beraktiviti luar seperti bersiar di taman seperti ini.
Irregular Design Diamond Headband – RM4.50
Pear Design Bracelet – RM3.90
Ini Ku Izzati – dia pakai headband ada diamond-diamond dan gelang pear. Warna hitam yang elegant.
Kalau ada anak saudara secomel ni, bolehlah beli pelbagai girl stuff yang cantik-cantik di nile.com.my. Dah nak raya ni, bolehlah beli sebagai hadiah.
The Elegant Augular Shape Watches – RM 47.00
Jam tangan yang handsome ini untuk Angah yang baru bekerja sebagai cashier sementara cuti semester. Dia peminat hitam dan putih, jam tangan permukaan hitam ini memang pilihan cukup memenuhi keperluan .Jam tangan sekarang bukan sekadar untuk melihat ketepatan waktu, tetapi sebagai salah satu aksesori yang menambahkan gaya dan penampilan.
Nile.com.my sedang menjalankan promosi PENGHANTARAN PERCUMA sempena Aidilfitri 2014, anda boleh menikmati PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian minimum hanya RM48. Klik untuk lihat butir terperinci di sini – Promosi Penghantaran Percuma
saya suka jam..nampak ekslusif!
Jom terjah post menarik dari Hero Borneo ..3 Rahsia Untuk Berjaya Cemerlang
comel la beg tu kak
Jom terjah post menarik dari Farid Laham ..Tanah Untuk Di Jual Area Keramat Kuala Lumpur
Cantik2 lah, jadi pengen
Jom terjah post menarik dari estri ..Bolu Gulung Coklat
giler murah….kalau dekat trengganu,,,adoii,nak beli kena fikir 2 kali…
Jom terjah post menarik dari farid laham ..Pengalaman Bersama Blogger DI Macau
sangt murah harganya.. saya pun nak terjahlah.. terima kasih untuk sharing ni.. super dooper excited ni..
(takut over shopping pulak )
Jom terjah post menarik dari tutyrahiza ..Atasi Masalah Susu Merudum Ketika Puasa
murahnyaa. thnks for e suggestion 🙂
Jom terjah post menarik dari alyaa ..Tembak Doa buat Gaza | Doa Qunut Nazilah
wah hebatnya blog ni.
Sangat murah la nile ni.. Cam tak percaya plak..
Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..Kulit Cantik Dan Gebu Persis Emma Maembong
tu dia. Siap ada model lagi tu. hoho
Jom terjah post menarik dari titan ..No Connection, No Money. No money, No sembang kencang.
Tips yang bagus puan. Tak pernah tahu blog tu. Boleh cuba ni.
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Jom Cantik, Anggun Berseri Di Hari Raya
Baguih2 dah ada idea utk nk beli barang ape nnt hehe. Tq kak kujie
Jom terjah post menarik dari Kereta Sewa Shah Alam ..Info Kereta Sewa – Senarai Harga Kereta Sewa
Cantik belaka. Beli siap -siap senang
Jom terjah post menarik dari Nurul ..Belajar Dari Master Shaklee Azlin | Bijak Di Sini Bijak Di Sana
padanan yang sesuai..
harga yang berpatutan..
Jom terjah post menarik dari Mus ..Senarai Hotel & Resort Ada Sijil Halal Malaysia (JAKIM) Di Sabah
wow, dah siap beli awal tuh
Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
bestnya dapat shopping awal2 cam ni… tak sempat raya dah boleh melaram. 😀
bagus shopping raya awal,boleh pulun beribadat di bulan yang mulia ini (^_^)
Assalamualaikum,
Tak sangka pulak ada yang jual online murah macam ni…biasanya mesti mahal-mahal
harga boleh tahan menarik juga…
Wah dah siap shopping raya
Mana pulak nak cari model utk advetorial nile ni kalau dapat Felixia Yeap tu power juga.
kasut tu cantik..harga pun sgt berpatutan 🙂
Cantik dengan harga yang berpatutan.
Cantik kasut..Pinjam…
Kak Jie blouse tu cantikkk..suka..
cantik dan harga yang sangat berpatutan…tq kak sebab berkongsi info ni…
Harganya berpatutan. Siapa kata tidak boleh melaram sempena Raya nanti.
Berbaloi juga ya. Tak la mahal mana pun. Kalu nak kuar sendiri beli, dgn tambang, minyak, parking segala bagai… baiklah beli online. Tak penat.
selalu membeli belah online dan tak dinafikan nile ni memang murah
Amboiiiii….awai no pi shoping
huhu…. kena beli awal2…nanti tak ada saiz :p