Siri lawatan ke tempat yang sesuai membawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur diteruskan lagi. Selepas berkunjung ke Pusat Sains Negara, keesokkannya kami meneruskan rombongan ke Muzium Negara.
Muzium Negara di bina pada tahun 1962 di tapak bekas Muzium Selangor yang telah musnah akibat letupan bom semasa Perang Dunia Kedua terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana.
Ia terdiri dari 3 tingkat yang menempatkan pejabat serta terdapat bilik mesyuarat, kedai muzium, kafeteria dan tandas di Tingkat Bawah.
Bermula dari 29 Januari 2011 – 28 Februari 2011, di bahagian ruang utama muzium terdapat Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010
Kejayaan pasukan negara memenangi piala Piala Suzuki AFF baru-baru ini telah menimbulkan satu fenomena baru yang menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita terhadap sukan bola sepak.
Koleksi gambar-gambar dan wajah-wajah riang pemain bola sepak yang telah beraksi di Piala Suzuki 2010 dipamer dan pengunjung juga dapat mengetahui tentang sejarah dan kronologi pasukan bola sepak negara memburu Piala Suzuki AFF.
Bangunan Muzium Negara mempunyai empat ruang galeri utama. Di Tingkat Satu, Galeri A mempersembahkan jumpaan alat batu Zaman Paleolitik sehingga artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang.
Galeri B mempamerkan bukti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara serta menonjolkan kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.
Di Tingkat Dua, Galeri C menyingkap sejarah kedatangan Portugis, Belanda, British dan Jepun juga kesannya terhadap keadaan politik, sosial dan ekonomi negara kita pada waktu itu.
Galeri D membolehkan kita menghayati liku-liku pahit manis dalam pembentukan negara kita serta pencapaian gemilang Malaysia yang telah direkodkan sehingga kini.
Di kawasan luar muzium juga terdapat barang-barang lama seperti kepala keretapi, istana lama dan aktiviti semasa dan gerai jualan.
Waktu Lawatan :
9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
Ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Tiket Muzium Negara
Warganegara – RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) – RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara) – Percuma
Bukan Warganegara – RM 5.00
Bagaimana hendak ke Muzium Negara
Bas RapidKL bas No. 115 dari KL Sentral. Perkhidmatan bas KL Hop-in Hop-off juga disediakan dan perhentian untuk ke Muzium Negara adalah di perhentian bas No. 12.
Komuter KTM dan Putra LRT – Dari KL Sentral , berjalan dengan menggunakan susur jalan yang telah ditetapkan dengan mengikut papan tanda yang disediakan. Jaraknya kira-kira 0.5KM.
Sumber dan rujukan : Muzium Negara
p/s – Yonna tanya tak ade ke gambar² peribadi percutian baru² ni… ? erk…gambar peribadi, makan-makan, suka suki, swimming, lepak bilik hotel 5 bintang tu untuk simpanan dan kenangan peribadi je… bukan untuk tontonan awam . Upload kat facebook pun hanya dikongsi dengan keluarga.
SMTI.Saya tak sempat melihat, tapi masih berbangga dengan warisan negara yang tersimpan di muzium negara. Kali terakhir saya mengunjungi muzium 12 tahun lepas, semasa pameran mumia diadakan.. lama kan? hehehe
Jom terjah post menarik dari Bobby Pian ..DSLR – Model Apa yang sesuai ? Canon? Nikon? Sony?
hai kak jie..
baca pasal muzium negara..baru teringat yg kali terakhir jejak muzium ni masa lepas abis SPM..punye la lama..
skrg ni cuma lalu lalang kat depan jer..masuk tak pernah..ingat nak bawak anak cuti sekolah nanti.. 😉
Jom terjah post menarik dari makdara TERdiva ..Segmen Tanya MDT
hurm best gak diorang buat pameran macam ni
Jom terjah post menarik dari ishak ..Aku dilantik jadi manager
Bagus jugak idea pihak muzium masukkan sejarah2 terkini.. kalau tak benda yg sama aje kita tegok.. tak de apa nak di cite di blog Tempat yg baik untuk bawa anak-anak melawat.
Kali terakhir pergi Muzium semasa baru nikah masa itu ada pameran hantu. Sepanjang menyaksikan pameran hantu asyik kena peluk tapi halal 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Angka pertama didalam kehidupan AkuBiomed
rasa nak pegi gak lain kali cuti2 Malaysia ni… 😛
Jom terjah post menarik dari princessmia ..Mengamuk 28 jam kerana dilarang pandu kereta
Dah lama tak gi sana..
kepala kereta api tu dah lama kat situ..
Jom terjah post menarik dari padlie ..Padlie dan 3 Idiots- Sama je
lengkap betul coverage utk muzium negara. penah dtg sini sewaktu lawantan sekolah time tingkatan 3.
hope lepas ni Malaysia boleh tawan piala asia pulak. go HARIMAU MALAYA!!!!
kali pertama jejak kaki ke Muzium Negara pd thn 1988 ikut rombongan ketika darjah 6..mmg ada niat nak bwk anak2 kesana..banyak fakta2 sejarah blh dipelajari..tiket masuk pon murah bebenor…
mmg glamor sungguh pemain skuad Harimau Malaya kita..dah dpt imbuhan mcm2..kini ada buat pameran pulak..rezeki…
salam maulidur rasul…
maza pernah pergi muzium sekitar 6/5 tahun lalu… itu pun alkisah pameran “hantu-hantu yang kita kenali”
hehehe
Jom terjah post menarik dari maza ..Cikgu semanis nira- semasam cuka
OKU – Kurang Upaya menjadi sensitif dipandang negatif
Tahun lepas terbaca bertukar istilah .
Dulu guna “disabled” yang membawa makna “Kurang Upaya”.
Ada juga digunakan perkataan “impaired” , kemudian ditukar kepada “challenged” seperti visually challenged dan hearing challenged.
Muncullah ‘Kelainan Upaya’
Tapi rasa lebih mesra guna Kurang Upaya.
Cepatnya AFF dah masuk muzium huhu. Mentaliti muzium barang lama ;p
OKU – org kelainan upaya… baru tahu ada term baru.
Jom terjah post menarik dari Khairi ..Maulidur Rasul – mari contohi Rasulullah
macam best je. biasa lalu situ tapi tak pernah singgah lagi.bila la nak singgah.hehehe
Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Cabutan bertuah
Eh, pameran baru??
Jom terjah post menarik dari decrewz ..Buffered Earning Yang ke-4
hari tu ada baca kat paper pasal pameran piala aff suzuki 2010 ni…tak berkesempatan nak pergi tengok lagi..huhu
Jom terjah post menarik dari Azrul Hisham ..Info Guling-Guling Kita Rasa Pelik Tapi Tak Heran Sangat – 1