Anda orang Melaka? Anda mahu mencari sumber pendidikan, bacaan dan permainan berasaskan Islam yang menarik untuk anak anda? Tidak jumpa di Melaka? Jangan risau. Kini ada Brainy Young Caliph untuk membantu.
Brainy Young Caliph atau BYC membawakan beberapa perkhidmatan yang sudah sekian lama ada di Kuala Lumpur dan menawarkannya kepada sahabat dan ibubapa di Melaka seperti ALIMKids Playgroup, kelas dan bengkel Penyusuan Ibu, Educational Islamic Resources dan juga peralatan penyusuan susu ibu.
Ia bermula dengan kecil. Seorang ibu menunggu seseorang untuk memulakan aktiviti yang menarik yang hanya dinikmati di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain, tetapi ia tidak kunjung tiba. Penat menunggu, beliau pun mengorak langkah untuk memulakan ALIMKIds Playgroup di Taman Tasik Utama.
ALIMKids Playgroup (http://byc.com.my/alimkids-playgroup-melaka/) merupakan aktiviti bermain yang berstruktur yang merangkumi active play, peningkatan kemahiran berkreatif serta Kaedah Khalifah. Ia juga merupakan cara yang ideal untuk mengajar anak bersosial, berkawan serta sangat penting bagi ibu atau bapa bagi mendekati serta memahami anak-anak secara individu.
Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi dan 11.00 pagi dan bahasa komunikasinya adalah bahasa inggeris.
Selain itu, tidak banyak permainan, aktiviti dan bahan bacaan Islamik yang menarik dan sesuai untuk anak-anak. Di BYC, terdapat pelbagai sumber pendidikan (http://byc.com.my/category/learning-resources/) seperti buku, puzzles, flashcards, stickers dari Learning Roots, UK untuk menjadikan aktiviti belajar AL_Quran, mengenal nabi, cara bersolat dan asas-asas islami lain sangat menggembirakan.
Umum tahu anak-anak belajar melalui bermain. Jadi usah jadikan permainan itu sesuatu yang sia-sia. Integrasikan permainan dengan alatan yang sesuai bagi membantu mereka. Selain dari pengukuhan iman dan tauhid, kebanyakan produk yang dijual adalah bahasa Inggeris untuk membantu supaya anak-anak diperkenalkan dengan bahasa antarabangsa ini.
Pembangunan minda dan akhlak anak-anak juga perlu dimulakan dari seawal dalam kandungan dan kelahiran. Pemilik BYC sedar akan hakikat itu, beliau yang juga Kaunselor Laktasi dan Peer Counselor (MBfPC) menyokong penyusuan ibu secara total bagi setiap anak yang dilahirkan. BYC menawarkan juga kelas penyusuan ibu dan bengkel penyusuan ibu antenatal bagi ibu-ibu, bapa-bapa serta keluarga.
Tidak dilupakan bagi ibu yang berkerjaya, terdapat pelbagai gadjet dan perkakasan sokongan bagi tujuan pengumpulan susu ibu seperti Pam Susu Medela, AVENT dan Ameda, storage bottles dan banyak lagi yang boleh didapati di laman web byc.com.my.
Kaunseling dan assessment percuma diberikan kepada semua ibu walaupun anda bukan pelanggan di BYC.
Layarilah byc.com.my atau hubungi melalui email, azurah@byc.com.my atau telefon/sms azurah di talian 012 603 1421 untuk maklumat lanjut.
betul tu.. kak jie pun menyusu anak2 kesemuanya
akan datang mungkin akan ada program lagi baik…. kita yg mendidik anak2 kita…bukan zaman 😆
apa maksud mak bapak akhir zaman?
sebab Anyss cakap ” bertuah betul ibu bapa dan anak2 zaman sekarang’
kalau rawatan bayi tabung uji (IVF) atau ada sejarah keluarga twin kebarangkalian dapat kembar , besar
bukan boleh nak ke tak nak…macam juga jantina anak…tak boleh cakap nak , tak nak
bila dapat je..mesti nak..heheh
sebaik2nya ibu bapa sekarang kena amik peluang dedahkan anak2 dgn ilmu pengetahuan tambahan selain yang diperolehi di sekolah…belajar al-Quran sebaik2nya wajiblah ke atas anak2 yang baru meningkat dewasa ni..yer la sebagai pendinding di hari muka kelak…
susu ibu terbaekkkkk!!!saya membesar dengan susu ibu aww kak jie.heheheheheh.
fuuh untung betul kalau saya ada anak time ni kakjie
biasalh mak bapak akhir zaman tuh huhu
fuhh bro tak nak anak kembar ker ?
ko dah khawin ko
bagus nya ada bende ni.
Belum sampai ke mana bro? 😐
owh..belum sampai di sini lagi
bagus programnya. orang melaka apa tunggu lagi pi la jenguk. kot-kot berkenan
saya blom ada anak lagi.. hohohoho
Salam,
Bertuah betul ibu bapa dan anak-anak zaman sekarang ni. Info yang sangat berguna
anak saya yg nak tadika ada sorang je.. itu pun selepas yg no 4 dah form 1. agak jauh jaraknya, 7 years. so try to give the best. suka pendidikan yg berteraskan agama & punya standard silibus yg teratur.
susu ibu makanan terbaik bayi didunia…
isteri tengah menunggu hari anak yg ke-4…
terima kasih kak jie.
🙂
*like*