Cuti Makan
Peribadi

Cuti Makan

Kebaikan hari ini dapat ikuti ceramah Maulidur Rasul di surau yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Salleh Sani Harun Al-Hafiz yang merupakan Mudir Maahad Darul Furqan Kg Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur  .

Tapi sisi lain yang buat saya benci cuti adalah – makan… makan… makan!

Sarapan dan makan tenghari di surau ( tapau ) . Petang masak char kway teow tomyam sebungkus habis.

Sebelum maghrib jiran selang 5-6 rumah datang hantar 2 bungkus nasi beriani dengan 2 bungkus rendang daging.

Selepas maghrib , Intan dan Maksunya berfoye-foye ke pasar malam bawa balik Yong Tau foo.

Cuti – makan – makan – makan!

Ops….. surirumah mana ada majikan…sapa approve cuti dia ?:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Cuti Makan

  1. untung juga dapat makan..
    tu jiran sebelah tu, kayu pun susah nak makan tau…
    err. tu semua disebbkan duduk rumah pangsa tinggi2..
    mana ada kayu2.. hahahah

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  2. hehe…takpe kak jie…makan selagi boleh makan…puaskan nafsu…hidup kan untuk makan… ;)… (reverse psycology)…

  3. Salam,
    Itu namanya rezeki. Budaya kita memang utamakan makan. Sebab tu ramai orang Malaysia dah obes, termasuk sayalah kot

  4. kalau ada majlis mesti ada makan makan. alhamdulillah, lepas ayah balik dari juri nasyid tadi mak tak payah nak masak. ada lauk 3 jenis ayah bawa balik 😀 hehe

  5. baru je terbaca artikel ni kak jie..nak tau apa…budak usia 13 tahun berjaya cipta laman sosial mirip Facebook..cumanya ada sedikit ciri tambahan dalam laman sosialnya tu..kalo tak silap nama laman sosial tu…salingsapa.com

  6. besanya kalo malam Malidur Rasul ni memang dah tiap tahun antar makanan kat Surau kampung..tapi pengalaman bila antar makanan atau tapau tu kena ada orang jaga kalo tak alamatlah orang2 tua tak dapat merasa makanan tu..apa tak nya kalo budak2 yang hadir habis menapau je keja durang tu… kalo seorang budak amik satu tapau tak kisah juga tapi ni siap kira adik beradiknya kat umah lagi..kalo ada empat orang adiknya kat umah maknanya dia akan amik 5 tapau le kiranya tu…hehehehe

  7. oklah tu kak jie…tak payah susah2 nak masak dkt rumah…musim maulid mmg byk masjid/surau buat sambutan…

  8. saya pun susah hati duk umah kak, asyik melawat dapur je.. bukan apa, sayang kalau tak makan makanan yg banyak ditapau dari rumah sedara.. 😆

Comments are closed.