Sedikit Ujian
Motivasi

Sedikit Ujian

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H ( 2011 ) . Moga amalan dan sunnah2 Rasulullah terus jadi ikutan.

Perarakan maulidur rasul taman perumahan kami tahun lepas (1431H)

Petang tadi, seperti biasa saya akan hantar  Intan ke rumah cikgu kelas dia – siapkan kerja sekolah dan ulangkaji.

Kami keluar awal…bercadang nak singgah kedai photocopy buat salinan slip gaji dan kad pengenalan. Separuh perjalanan, hujan lebat beserta angin kencang dan ribut petir. Di langit awan gelap bergumpal².

Sambil memandu saya dapat lihat pokok betik di depan mata terkulai patah jatuh ke bumi dan ranting² pokok berselerak di atas jalan raya.

Dalam keadaan ketakutan macam ni, saya tak berani untuk balik ke rumah kerana sepanjang jalan ada banyak pokok². Saya takut pokok  tumbang merentasi jalan atau menimpa kereta dan diri sendiri.

Saya terus memandu di jalan utama ,  membaca segala surah yang teringat sambil berfikir mencari tempat untuk berteduh. Takut dan gerun melihat cuaca di luar dengan hujan dan angin kencang.

Alhamdulillah , Tuhan gerakkan hati saya untuk ke masjid. Terasa kerdil terasa kecilnya diri bila tiada sesiapa yang dapat bergantung waktu itu.

Betullah kata ustazah, kadang-kadang Allah bagi sedikit ujian supaya kita lebih rasa kebergantungan kepada-Nya.

Kebetulan waktu hampir masuk Asar , selesai solat berjemaah saya melangkah keluar dari masjid dengan rasa kelapangan dan hujan sekadar gerimis, langit kembali membiru seolah-olah awan gelap bergumpal² telah menjauh membawa diri.

Syukur Ya Allah….. dilindungi dengan diberikan kesedaran dari kelekaan.

©kujie – Berdoalah pada Allah s.w.t dengan rasa takut dan penuh harap. Rahmat Allah akan sentiasa dekat- dekat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Sedikit Ujian

  1. Setiap musibah yang Allah SWt timpakan ke atas kita pasti ada hikmah yang tersirat…perancangan Allah jauuuhhhhhh lebih baik yang kita tidak ketahui dan sedari pada mulanya…

    ujian bala bencana, kematian, kerosakan harta benda, kehilangan kerja, kehilangan orang yang dikasihi dsbnya…masakan Allah menimpakan suatu ujian di luar kemampuan hambaNya…pasti ada hikmat yang tersirat..
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Ketam Labah-labah Semakin MembesarMy Profile

  2. Perarakan Maulidur Rasul ni hanya harus. Kita bukan nak ingat tarikh lahir Baginda.. Yang nak kita nak hayati adalah perjuangan dan ajaran Baginda. Jadikan sunnah Baginda sebagai amalan kita.
    Jom terjah post menarik dari padlie ..Ada apa dengan 14 FebruariMy Profile

  3. Salam Maulidur Rasul S.A.W.

    Berpayung di rumahNYA adalah tindakan bijak. Tiada yg lebih Mulia selain kembali kepadaNYA apabila kita sedang sihat apalagi di waktu tidak berdaya.

    Yanabi Salam ‘alaika. ya Rasul Salam ‘alaika…
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..BASloMy Profile

  4. satu tindakan yg bijak Kak Jie…selain drp dpt tumpang berlindung dpt jga mengimarahkan masjid…tak ramai orang yg dibukakan hati utk dtg kemasjid utk smbhyang berjemaah bersama2…Selamat Menyambut Maulidur Rasul…

    p/s: klu ada majlis Maulidur Rasul pasti akan ada perarakan…apa tujuannya???
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Sessi Bertemu GuruMy Profile

  5. betul kak..kekadang Dia nak sedarkan kita supaya tak alpa pada-Nya..risau jugak ek kalau kene camtu tengah jalan..

  6. Selamat menyambut Maulidur Rasul, Jie….. :mrgreen:

    Bila tengok gambar berarak tu, teringat pulak, masa dulu pernah berarak. Tapi sejak kahwin dan tinggal di Ganu ni, belum merasa lagi. Cuma, anak-anak di sekolah ada turut serta perarakan maulidur rasul tiap tahun .

    Alhamdulillah, selamat. Kita dulu tersangkut masa banjir. Dengan anak2 masih kecil dalam kereta, takutnya bukan kepalang, takut kereta hanyut jer… Tapi, itulah, bila dalam kesusahan, barulah mulut terkumat kamit berselawat dan berzikir… sebelum tu siap pasang radio lagu rock lagik!

  7. Dengan sedikit ujian itu membuat kita menjadi hamba yang beringat dan bersyukur akan kejadian kita kak..

    Salam

  8. huhuhu…. maza pernah rasa dan alami peristiwa yg hampir sama…terutama tatkala ribut membadai di Kota Damansara tahun lalu, dan kami anak beranak terperangkap di dalam kereta.. syukur, kami selamat….

    antara doa tatkala melihat awan gelap atau ribut atau bencana ialah,
    “Ya Allah sesungguhnya Kau telah menunjukkan kekuasaan-Mu, Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa dan tiadalah terdaya kami. sekarang ini kami mohon tunjukkanlah kepada kami rahmat dan belas kasih-Mu. Selamatkanlah kami Ya Rabul alamin”
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cikgu semanis nira- semasam cukaMy Profile

Comments are closed.