Assalamualaikum kepada pembaca sekelian. Hari ini Jumaat
Tu dia tajuk realiti yang agak seram bagi sesetengah orang. Itu adalah tajuk karangan homework saya minggu ini. Ustazah cakap tulis dalam 300 patah perkataan. Macam advertorial pula.
Cita-cita saya selepas mati.
Waktu di sekolah rendah, kita pasti ditanya guru untuk mengisi satu bahagian rekod sekolah mengenai cita-cita. Zaman saya antara pekerjaan yang menjadi cita-cita majoriti antara kami adalah Doktor, Jururawat, Cikgu, Polis atau Askar.
Doktor dan jururawat antara orang awal yang dirujuk sejak kita mula mengenal kehidupan. Usia membesar 1-5 tahun adalah waktu paling kerap berjumpa doktor dan jururawat. Kena suntikan imunisasi, demam dan selesema.
Zaman awal melangkah keluar dari ruang keluarga dan sanak saudara, cikgu adalah satu lagi pekerjaan yang kita kenal. Polis dan askar adalah superhero sebelum kita kenal Superman atau Otromen.
Bila dah ada cita-cita, kita pun mula belajar untuk berada dilandasan yang betul supaya berjaya mencapai cita-cita tersebut. Ada yang berjaya dan tak kurang juga yang gagal. Tetapi sebelum berjaya atau gagal, kita sekurang-kurangnya berusaha memastikan cita-cita tersebut tercapai.
Kalau nak jadi doktor perlu berada di bidang perubatan untuk 5-7 tahun. Mendalami dan menempuh ujian dalam bentuk peperiksaan demi peperiksaan. Jurutera, Web Programmer, Jurujual, Pelukis, Ahli Peniagaan atau apa saja bidang pekerjaan sekarang, semuanya perlukan kemahiran dan mengamalkan peraturan juga panduan secara bersungguh.
Bukan mudah kan? Tetapi juga bukan mustahil untuk dicapai. Bila dah berjaya mencapai apa yang dicita-citakan atau kalau tak berjaya pun, hampir semua yang kita impikan telah dicapai. Ada kerjaya, ada rumahtangga ada anak-anak.
Selepas itu apa? Adakah cita-cita kita hanya setakad itu? Bila dah menjejak usia seperti ini, adakah cita-cita turut terpadam?
Bagi orang seusia saya, perjalanan hidup semakin hampir ke garisan penamat. Semua kita bukan semakin menjauh, memasing semakin mendekati titik akhir kehidupan. Sebagai orang Islam, kita wajib percaya kepada kebangkitan hari akhirat. Kita juga wajib beriman tentang adanya azab kubur di alam barkzah.
Bila kita dah tahu, apa yang perlu dibuat?
Sudah tentu semuanya bercita-cita untuk mendapat yang terbaik selepas kematian. Antara cita-cita awal sudah tentu, ingin mati dalam husnul khatimah ( dalam keadaan baik ), mendapatkan kelapangan alam kubur sehingga melepasi seksaan melangkah ke syurga . #tilljannah hashtagnya.
Bila dah ada cita-cita untuk ke syurga, tak kan kita hanya berdiam diri tanpa berusaha untuk berada dilandasan yang betul bagi mengapai syurga? Atau terus terusan membiarkan usia berlalu tanpa dimanfaatkan bagi mencapai cita-cita tersebut?
Berbalik kepada zaman kanak-kanak , kita perlu juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Mengikut apa yang disuruh atau meninggalkan apa yang dilarang. Dan, hidup ini umpama ujian untuk kehidupan di akhirat kelak.
Marilah kita mengenal pasti apa cita-cita selepas kematian dan mula berusaha untuk mencapainya. InsyaAllah….
subhanallah mulia sekali cita-cita kak jie… megah pula masjidnya
Sebab tu orang yang ingat mati dikatakan paling cerdik sebab kuta akn terus berusaha buat yg terbaik semasa hidup
Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Kisah Sakit Sendi Lutut Dan Rawatannya
peringatan yg baik. kebykkan kejar dunia, padahal tahu ia sementara. insafnya.
Jom terjah post menarik dari artkreatip ..Belajar AutoCAD – Command Asas 2D
peringatan yg bagus kak.. selalunya kita terlupa utk setkan cita2 kita selepas mati..
rasanya kita dh boleh start Tanya anak2 kita soalan yg sama kot.. biar diorg prepare dr kecik.. insyaallah..
Jom terjah post menarik dari HomeStay Shah Alam ..Homestay/GuestHouse Indah Alam @ Indah Suite
amin,hidup didunia ini penuh panca roba
Jom terjah post menarik dari Ahmad albab ..10 Perkara Semua Orang Mesti Tahu kenapa rokok haram
Boleh tengok isi2 perbualan rakan2/kenalan2 di mana2… topik yg biasa didengari hanya berkisar topik2 duniawi. Antaranya bagaimana menambah harta dan masalah2 kehidupan. Elok juga skali2 diselitkan topik2 ukhrawi seperti entry ini.
Jom terjah post menarik dari seri.selaseh ..[KOD: 0409] Telekung Vietnam – ungu (41 – 70 kuntum bunga timbul)
Peringatan yang baik sekali. Saya bercita-cita untuk mati dalam husnul Khatimah juga dan mengharapkan Rahmat Allah untuk menjauhkan diri dari neraka dan dengan RahmatNya juga mengharapkan syurga. Amiiiin!
Jom terjah post menarik dari Shubhi ..Wawa Zainal kahwin dua kali – Ramai lagi macam mereka
Capailah cita-cita didunia untuk mendapat yang terbaik di akhirat. Setiap apa yg kita lakukan adalah ibadat dan akan dikira dosa pahalanya. Berblog pun boleh dapat pahala.
Jom terjah post menarik dari Arman ..Mudahkan Blogwalking Dengan RSSOwl.
cita-cita kita adalah tujuan akhir mencapai tempat terindah diakhirat nanti dunia hanyalah persinggahan sementara
Jom terjah post menarik dari munir ardi ..ATM (Amati Tiru dan Modifikasi)
mudah-mudahna kak jie
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Khas untuk wanita
insyaAllah kak, mudah-mudahan tercapai cita-cita kita semua.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Terjemahan Surah Al-Insyirah
cita2 hendaklah disusuli dengan tindakan…jangan harap syurga tapi suruhan larangan Allah dilanggar juga…
Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Setiap Masalah Ada Penyelesaian
org yg paling bijak ialah org yg selalu mengingati mati…
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..Top 10 Entri September 2013 di ummihanie.com
ramai yg lupa nk pasang impian selepas mati ni…
Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Edisi Jumaat : Ubat Hati Yang Sakit
mudah-mudahan tercapai cita-cita kak jie tu ye.. 🙂
Memang seram sikit baca tajuk ni 🙂 Kata org kita kalau buat benda mcm ni kononnya buat tabiatlah apa… tapi betul juga, takkan bercita-cita tinggi ketika hidup aje kan. Kena fikir juga apa yg berlaku selepas itu dan bagaimana nak jadi sebaik2 umat.
Jom terjah post menarik dari mummydearie ..Mari bergelak…
InsyaAllah kak… Semoga cita2 kita ditempatkan bersama orang2 solehah amin…
Jom terjah post menarik dari AkmaOmar ..Hot Wheels Bukan Sekadar Kereta Mainan Kanak-Kanak
amin.insyaAllah kak jie 🙂
Jom terjah post menarik dari Farisya Anastasyia ..Agama:Muhasabah diri