Siri jelajah Cuti-cuti Malaysia kali ini adalah melawat Pusat Sains Negara. Tempat paling kerap saya lawati kerana sentiasa menjadi pilihan anak-anak dan menjadi salah satu tempat menarik untuk membawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur.
GPS Kordinat Pusat Sains Negara – 3.149761,101.644819
Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik.
Geodesic – The term “geodesic” comes from geodesy, the science of measuring the size and shape of Earth; in the original sense, a geodesic was the shortest route between two points on the Earth’s surface, namely, a segment of a great circle. The term has been generalized to include measurements in much more general mathematical spaces; for example, in graph theory, one might consider a geodesic between two vertices/nodes of a graph – wikipedia.org
Pusat Sains Negara dibina untuk meningkatkan kefahaman di dalam bidang sains dan teknologi serta untuk menggalakkan budaya celik ilmu dengan menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi.
Berjalan melalui terowong akuarium dan melihat kepelbagaian ikan air tawar tropika dan kami bertuah kerana waktu lawatan bertepatan dengan waktu sesi menyelam dan memberi ikan makan.
Antara galeri yang terdapat di Pusat Sains Negara :
- Akuarium
- Laluan ke alam sains
- Alam mesin pintar
- Dunia era hadapan
- TeknoMal
- Gaya hidup digital
Taman Pendidikan Sains – Biodiversity
Waktu lawatan kami sebenarnya telah tamat tempoh untuk sesi pameran dan aktiviti tetapi kakitangan PSN yang masih bertugas untuk mengemas segala peralatan mereka masih sudi memberi serba sedikit penerangan dan melayan berbagai² pertanyaan.
Di dalam makmal Biodiversity Area kami belajar ujikaji bagaimana tumbuhan menyerap cecair dengan ujian sekuntum bunga kekwa putih dan cecair berwarna. Melihat liang roma tumbuhan di bawah mikroskop dan mengenai beberapa fakta menarik mengenai serangga.
* Kepompong rama-rama lebih kecik berbanding kepompong kupu-kupu.
Taman Pendidikan Sains memberi peluang kepada para pengunjung menjiwai sains dengan memahami biologi haiwan dan tumbuhan menerusi taman-taman temanya seperti Taman Arnab (Rabbit Alley), Taman Alam Semulajadi (Nature Centre) dan Taman Burung (Bird Aviary).
Demonstrasi Sains di Auditorium Quantum
Demonstrasi Sains yang disampaikan oleh En.Mohd Aziz mengenai fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian seperti tindakbalas kimia, ilusi optik dan elektrostatik.
Ekperimen akhir seperti persembahan kemuncak artis dengan asap berkepul-kepul dalam rancangan muzik Juara Lagu.
Program berlangsung setiap jam 12.00 pm, 2.00 pm dan 4.00 pm.
Disepanjang laluan PSN terdapat banyak Sudut Eksperimen Sains dengan pelbagai jenis eksperimen sains yang bercorak ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dan membina perasaan ingin tahu terhadap sains.
Bermula 1 Dec 2010 hingga 31 May 2011 ada pameran Dinos Alive!
Sumber dan rujukan – Pusat Sains Negara
Tempat lain yang sesuai bawa anak bercuti – [link]
Nota : Dapatkan maklumat di kaunter infomasi supaya tidak tertinggal aktiviti² yang telah dirancangkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
tu la bila baca pasal ni kat blog akak, kita lak yang jadi terujanya…
dekat ye? mana kak jie ni…teropong! he..he..
😆 Tak pa… balik nanti, bulih pegi rame2.
Kita sewa bas persiaran sebijik. Amacam, Ann ? 😎
ps: Moga anda sihat di sana. Salam Maulidur Rasul.
macam best je.lom berkesempatan untuk pegi.
sama la aku punnnnnn.he he he
Saya pergi 2 tahun lepas juga
niat hati memang nak pegi kak jie..tapi jauh bangat dari kitaorang ni….huhuhuhuhu…
penyelam dari PSN
setakat ni dah 2 kali ke sana..mmg best dan banyak benda2 yg boleh d pelajari..
siapa yang menyelam tu kak jie
bawa anak p sana shay…bukan jauh pun
ada ruang utk kids…banyak yg dia org boleh main game membuka minda
semalam masuk free..tak tau pasai pa
dulu kalau pergi bayar tiket dewasa rm 6
masukkan dalam list tempat yang mesti dilawati bila datang KL 😆
cikgu kena bawa anak murid ni..hehe
tu plugin baru nak menerai, tapi tak tak ada pula setting untuk tapis komen tuan blog..rasa tak best juga
kalau dgn bas – memang tempat parking jauh..kena melintas jalan ikut jejantas..kalau dgn kereta boleh terus masuk park tepi2 PSN je
cikgu keding tak pa…power kuat 😆
tempat yang kak jie akan rekemenkan…serius
kak jie suka…korang mesti suka
haha
saya dah pergi haritu kak kujie, pameran dinos alive… memang best… heheheh
http://www.duniakami.com/dunia-kami/dinos-alive-pusat-sains-negara/
kebetulan dekat – tu yang kerap p sana tu 😆
kak jie rasa tiap tahun pergi kot………….dah bila tanya intan nak pergi mana..situ yang dia suka
senang…murah dan berfaedah
lepas je dia dalam tu…
pergi sana – banyak ekperimen yang kita nampak mudah rupanya susah nak cari jalan penyelesaian…dah tua2 nk kena fikir2
kejap je dah mengalah
kak jie pula tak pernah pergi petrosains = kawasan mahal2
kena bersantai di sana…. kena bawa pensil dan kertas…kena belajar kt sana
kena setkan minda…. situ bukan tempat untuk suka suki….kalau tidak kecewa nanti 😆
bagi pendapat peribadi dinosaur tu tak best sangat pun… mungkin sebab dah terlalu kerap tengok teknik2 digital yang canggih2 kat tv..jadi gerakan dinosour tu dah macam tak mengkagumkan lagi….
belum pernah pergi petrosains…hehehe…rasa mcm org kaya nak jejak klcc tu…. 😆
serius tak pernah pegi lagi.. salu pegi petrosains jer kat klcc..
🙄 Pernah sampai sekali. Lama dulu.
Masa tu masih coach captain bas persiaran.
Tak dapat nak concentrate, kita yg last sekali turun dr bas pastu kita yg memula nak buka pintu bas.
Nampak banyak benda2 baru. Best ! ❗
ada lagie rupanya pameran Alien tuu…2 tahun lepas masa pergi Melaka ada singgah tengok Alien..anak2 blh lari2 dkt dalam..sikit pun takde rasa takut…
jgn lupa bwk anak2 sedara sekali Jai…
oklah tu maza…jauh perjalanan luas pemandangan & pengalaman..yg tak bestnya rabak poket…hehehe…
4-5 tahun lepas ada bwk anak2 ke Pusat Sains Negara (PSN)..mmg byk manfaatnya & anak2 blh belajar…yg tak bestnya, bekali2 pusing kat area Bukit Kiara tak jumpa PSN..smpi masuk dkt kawasan perumahan org2 ELITE…
seronok ek jalan2 ni. anak2 je pernah ke sana aikut rombongan sekolah.
ee cam best je, dah lah memang tak penah pegi langsung kan ke pusat sains ni. nak trylah nanti
teringat bawak anak2 murid g sane x lama dl… 😉 tangga yg curan n letih dukung anak2 yg x nk naik tangga.. 🙄 kesian cikgu die yg keding nih… 😆 hehehe…
tak pernah sampai lagi kak jie, bila anak dh besar sikit tempat ni sangat sesuailah
p/s : canggihnya widget top commentator
yg tggl bertahun2 d KL pun x pernah pegi…
belalang jauh ya amat ni bila la agaknya nak sampai
😉
Tak pernah sampai lagi situ..
Lagi kat tepi tu selalu..
Walhal, diorang dah cakap, “sesame geng” leh masuk free.. Tunjuk ID je..
wah best ni, time kasih kak atas infonya…
uiks… sudah jadi travel log, ingatkan salah blog disinggahi.. hehehe
kali terakhir maza pergi ke PSN tahun 1995.. ahaks..
tu lah, lagi dekat rumah lagi ler malas nak pergi, tempat yg jauh2 boleh lak sampai.. ahaks, apalah maza ni kan?
Salam..
Sejak sekolah lagi, teringin nak pi sana tapi sampai skrg belum sampai2 lg.
InsyaAllah, satu hari nanti nak pi jgk.
Memang ada perancangan nak bawa anak-anak melihat Dinosaur di Pusat Sains. Tempoh hari bawa anak-anak melihat Alien di MITC Melaka, abang Ngah takut tidak mahu masuk 🙂
Saya pun tak pernah ke pusat sains negara, kdg tertukar dengan petrosains hehe.
Nampak best dan kena cari masa untuk pergi. 🙂
tak menyesal….. banyak bahan pelajaran utk anak2
bukan anak2 saja….kita yang dah terlupa asas sains mudah pun boleh terfikir
Insyaalh.. Kalau ada masa blh Jai jenguk2 sana..
rasanya dah lebih 4 kali temankan anak2 pergi sana
Pergilah..tempat ni untuk kita belajar
tak boleh datang sekali…kena berulang2
ada banyak bahan untuk dipelajari
Dewasa rm 6, kanak kanak rm 3
tapi masa kami datang tu, dia cakap percuma
mgkn sebab sedang diubahsuai, naik taraf
ada pameran dinosour tu kena bayar – package family 2 dewasa 2 kanak2 – rm 25
Salam,
tak pernah pun masuk ke dalam, biasa lalu kat luar je, macam menarik, kalau bawa anak-anak kesini mesti diorang seronok, eh kak masuk dalam tu kena bayar ke?
Salam,
Saya pun belum pernah ke sini…
ini baru betul2 rawk! been there when i was 15
Selama bertahun2 di KL, belum pernah lagi jejak kaki kat sini.. Tgu ada anak2 dululah baru pergi.. 🙂