Muzium Bijih Timah Sungai Lembing
Percutian

Muzium Bijih Timah Sungai Lembing

Ini entri formal sebab sebelum ini saya hanya mengemaskini blog melalui telefon sewaktu sedang bercuti. Syukur talian internet di kawasan pantai timur lancar di kebanyakkan tempat.

Bas bertolak tepat jam 9.00 malam dan selamat tiba jam 4.15 pagi. Suami menanti kami di pekan Kuala Ping.

nasi dagang terengganu

Perkara pertama yang dicari sudah tentunya sarapan nasi dagang. Saya suka Nasi Dagang Terengganu berbanding Nasi Dagang Kelantan. Ada beza kedua jenis nasi dagang dua negeri ini.

Pantai Kemasik

Luangkan masa melihat sinar mentari pagi di Pantai Kemasik.

kapal laut

 

Melepasi pesisir pantai, melihat panorama indah termasuk projek pembinaan jambatan baru juga pasaraya dalam paya di bandar baharu Kijal. Saya  hanya pelancong yang ‘melihat’ jadi tak beranilah nak komen lebih². Sesiapa nak tahu, pergilah melancong ke Terengganu.

 

melawat muzium sungai lembing

 

Lokasi  pertama percutian kali ini adalah mengunjungi  Muzium Bijih Timah Sungai Lembing yang merupakan salah satu dari dua muzium yang dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia di Pahang.

pekan sungai lembing

 

Cantik pemandangan semaktu memasuki  pekan Sungai Lembing.

Kawasan Sungai Lembing merupakan kawasan galian biji timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia.  Sungai Lembing merupakan bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan dibawah pentadbiran sebuah syarikat bijih British iaitu Pahang Corporation Limited.

Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh 100 tahun dengan bayaran satu sen setahun.

satu sen?  patutlah kita tinggal sisa saja……… semua dah dikaut.

tapak muzium sungai lembing

Sewaktu kegemilangannya,  lombong bijih timah Sungai Lembing  dikenali sebagai  ‘El Dorado Timur’ bersempena nama lombong emas yang terkenal di Alaska.  Ianya merupakan komplek lombong bijih timah bawah tanah yang terbesar di dunia.

lokasi muzium sungai lembing

Bangunan yang pernah  menjadi kediaman  pegawai Inggeris di Lembah Sungai Kenau.

tai pei tong sungai lembing

 

Kawasan perlombongan Taibeto, terletak kira-kira 500 meter dari tapak Muzium Sungai Lembing, sedang dalam pembinaan untuk menaik taraf.  Kami memasuki kawasan ini atas kebenaran seorang staf dengan syarat  dikawasan tertentu sahaja.  Menurut mereka, ianya akan dirasmikan pada awal Januari 2013 nanti.

lombong bawah tanah sungai lembing

 

Ini adalah terowong bawah tanah lombong bijih timah Sungai Lembing.  Terowong ini digunakan untuk membawa bijih timah keluar dari  lombong ke loji pengisar yang  lebih dikenali sebagai ‘pangkang’.

terowong bawah tanah lombong bijihtimah

 

Lombong Tabeto yang juga dikenali ‘Tai Peng Tong’ oleh penduduk tempatan.  Pada zaman kegemilangannya lombong Tabeto ini telah mencapai kedalaman maksimum 500 meter.

pintu terowong bawah tanah

 

Salah satu pintu masuk yang terdapat di terowong bawah tanah lombong bijih timah di Sungai Lembing.  Kami berjalan kaki memasuki lombong bawah tanah ini kira-kira 60 meter.  Keadaannya lembab dan sejuk.

terowong bawah tanah sungai lembing

 

Difahamkan air yang mengalir keluar daripada bukit ini  tidak sesuai diminum kerana dikatakan mengandungi kadar sulfur yang tinggi kecuali digunakan untuk mandi bagi mereka yang menghidapi masalah kulit.

 

pelombong bijih timah

 

Pelombong bijih timah yang kesepian menanti kunjungan pelawat.  Replika ini belum siap masih dalam pembinaan.

Muzium Bijih Timah Sungai Lembing

 

Bangunan muzium yang terletak di atas bukit  sebelum ini merupakan tempat kediaman pengurus besar syarikat lombong bijih timah The Pahang Corporation Limited dari tahun 1887 hingga 1906. Ia kemudian diambil alih oleh syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sehingga 1986.

Rumah kediaman pengurus besar ini dahulunya dikenalai sebagai “The European Bungalow 1” atau singkatannya EB1

barang-barang dalam muzium

 

Muzium ini menyediakan ruang pameran mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan kita melihat, memahami dan menghayati keadaan sebenar kehidupan pelombong pada masa dahulu.

Terdapat juga potret dan bibliografi tokoh-tokoh yang pernah menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan Sungai Lembing . Ruang pameran menempatkan model perlombongan  termasuk contoh batuan , replika kaedah aktiviti  perlombongan dan barangan peribadi pelombong.

 

sejarah lombong bijihtimah sungai lembing

Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Waktu melawat Muzium Bijih Timah Sungai Lembing

Isnin hingga Ahad – 9.00am-5.00pm

Jumaat

  • 9.00am-12.15pm
  • 2.45 pm- 5.00pm

Tutup pada Hari Raya Aidilfitri  & Hari Raya Aidiladha

Masuk adalah percuma.

kuda

Kuda ini diluar kawasan muzium, tetapi masih di perkampungan Sungai Lembing.

Nota : Muzium Sungai Lembing adalah muzium ke 7 yang saya lawati sepanjang tahun 2012!  Esoknya saya melawat satu lagi muzium… tungu entri seterusnya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Muzium Bijih Timah Sungai Lembing

  1. Selama ni ulang alik , lalu lalamh Sg Lembing, tak pernah tahu pekannya sangat menarik. Terima kasih kak Jie kerana info ni. Lain kali saya kena singgah juga sekali

  2. penerangan terperinci..dah macam penjaga muzium dah..terbaik la..dari tak tahu, belum sampai muzium tu dah tau kandungan muzium tu..

    1. kalau pergi tempat macam ni, selalunya akan snap gambar semua papantanda, catatan penerangan, Bila balik rumah…zoom kat komputer baru baca. Sebab bila masuk tempat macam ni, kita tak boleh nak hadam semua maklumat yang terdapat dalam tu…

      sebenarnya ini info yang telah diringkaskan, kalau ikutkan maklumat yg dapat masa melawat muzium tu, ada banyak lagi gambar yang nak dikongsi.

      tapi…………. jangan bagitau semua, biar korang teringin nak melawat sendiri.. 🙂

      1. itulah yang menjadi tanda tanya..hebantnya kak jie boleh hafal semua..hehe..tahun melawat terengganu 2013..memang elok la kalau pergi melawat muzium tu..

        1. dan…….. kalau ada kakitangan yang bertugas, jangan berat mulut untuk bertanya dan bertegur sapa.. kita akan dapat banyak maklumat off record yang lebih menarik…hihihi

          1. Tapi biasanya kak, bila kita bertanya dia akan buat muke macam ni =_=” (aku nak klua makan ni banyak plak soklan budak ni)..hahaaha..dah biasa kena kak..bukan tak bertanya tapi dia suruh baca sendiri..kecewa.

  3. Cantik betul pemandangan pekan sungai lembing tu. Bagus la usaha kerajaan negeri membangunkan muzium tersebut supaya sejarah lalu tidak dilupakan oleh generasi akan datang kelak.

  4. dapat barang2 antik tu mau masyuk pakcik.. hewhew

    Lama tak pi muzium.. last sekali darjah 6 kot kalau tak silap.. huuu

  5. maza pernah sampai ke situ.. tatkala itu semuanya belum lengkap terurus.. bagaikan besi buruk terbiar begitu sahaja..

    mungkin kalendar lawatan seterusnya akan memasukan distinasi yg ini.. hehehe

  6. mcm mengerikan je terowong tu kak jie..kak jie masuk gak ke dlm tu?

    apa pun nasi dagang terengganu memang terbaik..hehe

  7. wow..ni baru tahu..ada lombong bijih timah dalam tanah..selama ni hanya kenal lombong bijih timah yang guna kapal korek (cam kat batu gajah,perak) tu je..

  8. Belajar sejarah ketika harga timah melambung suatu ketika dahulu kita tidak mendapat limpahan kekayaan tersebut kerana dikaut oleh penjajah. Begitu negara Afrika Selatan antara pengeluar intan terbaik dunia tidak mendapat tempias kekayaan tersebut.

Comments are closed.