Bas Kayu Bas Bandar Kuala Terengganu
Percutian

Bas Kayu Bas Bandar Kuala Terengganu

Hotel pengginapan kami berdekatan Stesen Bas Kuala Terengganu. Selesai sarapan, berjalan kaki saja ke stesen. Percutian bermula di Hulu Terengganu akan diakhiri di Kuala Terengganu.

Bas Sani Express bertolak jam 9.30 pagi. Sesekali menaiki bas memang seronok. Pertama kali juga duduk di tingkat atas bas dua tingkat, menambah satu lagi pengalaman hidup.

image

@izwannizam ada dalam bas ni kot!

Di stesen bas, saya ternampak bas ini. Bas Bandar yang dikenali sebagai Bas Kayu. Bukan senang untuk melihat bas dengan binaan ukiran kayu di zaman sekarang.

 

image
Selamat Jalan Romeo… Dari tingkat atas bas melihat suami bergerak pergi…. sedihlah pula. Dia akan balik ke Hulu Terengganu seorang diri dan saya akan balik ke KL berdua dengan Intan.

Bas yang dinaiki sedang bergerak dalam renyai hujan sambil memandang di luar panorama pesisir pantai yang bergelora musim tengkujuh. Moga perjalanan kami hari ini lancar dan selamat. Amin.

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Bas Kayu Bas Bandar Kuala Terengganu

  1. Nama rasmi bas ni bas Casligas.Tapi ramai selesa panggil bas bandar atau bas kayu
    Bas dlm gambar tak lalu depan rumah saya :p

Comments are closed.