Walaupun masa untuk aktiviti blogging agak terhad, saya juga masih blogwalking sekurang-kurangnya 20 blog sehari. Mungkin agak kurang meninggalkan komen tetapi masih tetap memerhati dan mengikuti isu semasa trend blogger zaman sekarang.
Setiap hari ada saja blogger baru yang muncul samaada menambah bilangan atau mengantikan blogger senior yang bersara. Saya saja makcik blogger yang belum ambil opsyen persaraan awal. Selapas habis SPM, saya paling banyak menerima email dari bakal blogger muda yang meminta panduan membina blog. Proses ini akan berputar , yang baru yang lama saling berganti.
Setiap kali saya blogwalking, kerap kali saya terjumpa blog yang mengabaikan beberapa perkara asas yang mudah seperti dibawah.
( 1 ) Justify post
Secara default, text align biasanya kiri ( left) . Saya jumpa ramai blogger yang tidak perasan benda ni. Memanglah perkara kecil ini tidak mencacatkan keseluruhan penampilan blog tetapi perubahan kecil sudah cukup menampakkan perbezaan yang ketara.

Nampak bezanya? Saya pasti semua akan cakap entri yang dijustifykan seperti disebelah kanan itu lebih cantik susunannya.
Untuk blogspot,
- login ke Dashboard -> Template -> Edit Html -> cari text-align (guna Ctrl+F )
- contoh : text-align:left;
- tukar left menjadi justify . Save dan Preview.
Kalau tak jumpa , buat cara ini :
Template -> Edit HTML dan tambah code ini
.post-body {text-align:justify;}
sebelum
]]></b:skin>
- Kalau wordpress, cari kat stylesheet (style.css)
( 2 ) Perenggan
Perenggan ialah blok teks dalam badan dokumen yang terdiri daripada beberapa ayat.
Saya terjumpa seorang blogger yang menulis satu entri 191 perkataan dengan dua perenggan sahaja. Perenggan kedua dengan 171 perkataan. Saya copy dan paste entri tersebut di sini untuk ‘word count’.
Perenggan sangat penting untuk menghasilkan pembacaan yang selesa. Untuk penekanan kepada point yang lebih penting, satu atau dua baris sudah cukup untuk satu perenggan.
Kita menulis untuk pengunjung membaca sebab itulah kita menulis dalam talian, bukan dalam diari atau buku nota peribadi. Selain memberi keselaaan pembacaan, setiap perenggan bertujuan memberi ruang otak kita memahami setiap point dengan teratur dan jelas.
Apa guna menulis isu menarik berjela-jela sedangkan apa yang hendak diterangkan tidak dapat diterima sepenuhnya oleh pembaca.
( 3 ) Biodata Pemilik ( About Me )
Paling ringkas pun tak apa supaya pembaca tahu pemilik blog lelaki atau perempuan. Saya letakkan biodata dan gambar pun, masih ada yang panggil saya ‘bro’, apalagi kalau saya tidak letakkan pengenalan diri.
Maklumat tambahan seperti nama pena ( nickname ) yang digunakan atau beberapa ayat ringkas menerangkan kategori blog. Komunikasi bersama akan menjadi lebih terkesan jika kita mengetahui dengan siapakah kita berhubung.
Elakkan meletak alamat email secara terbuka. Kalau anda tak kisah untuk dispam, abaikan amaran ini!
(4 ) Contact Form
Bila saya terjumpa tiga kes seperti diatas, sebagai blogger yang pernah bertegur sapa , saya ingin menghubungi beliau bagi menerangkan keadaan ini. Mungkin beliau terlepas pandang.
Saya tak boleh menulis teguran mengenai blog orang lain secara terbuka. Belum tentu perkara yang betul bagi kita adalah hal yang betul juga bagi dia. Tiap orang berbeza minat dan pandangan.
Saya akan cari Contact Form untuk menghubungi pemilik blog
Sesekali saya terasa juga gatal tangan ingin menegur itu ini tetapi saya risau takut disalahtafsirkan. Memandai² nak komen. Macam bagusss sangat!

Empat perkara ini adalah asas dan nampak remeh. Ramai blogger yang telah menerangkan dan memberi panduan sebelum ini tetapi masih kerap juga saya terjumpa blogger yang mengabaikan asas penting tersebut.
Perkara ini akan terus diulang-ulang kerana blogger baru sentiasa akan muncul setiap hari. Blogger senior pun ada yang abaikan 4 perkara asas ini…! Keep Calm! Perkara ini bukan wajib, cuma satu panduan untuk menambah baik teknik berblogging.
p/s – eiela, kak jie dah terdelete email username dan password tu…
©kujie – selamat bercuti kawan-kawan… erk… selamat membeli belah sesi ‘back to school’ !
benar juga ya kalau kita bisa memanfaatkan lebih baik dari script text-align hasilnya akan makin sedap dipandang. mungkin ukuran hurufpun juga harus diperhatikan juga sebab bila terlalu kecil juga akan sulit untuk kita baca
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Cikarang Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta Depok
Banyak benda yang saya tidak ada dekat blog. Kena revamp balik lepas ni.
Jom terjah post menarik dari Farah ..1 Tahun 10 Bulan
Ohhh, Myra letakkan email secara terbuka dalam blog, sebab ada jual barang online sebab tu letak senang 🙂
Contact Form pun nampak gaya nak kena letak ni..
TQ kak Jie 😀
Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Power Bank untuk dimenangi
saya sudha lama tiak masuk di blogger dan mengedtit templatenya
terima kasih atas tutorialnya, bis jadi referensi bagi saya
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Sejarah Perkembangan Toilet Dari Masa ke Masa
TQ Kujie.
Lama dah nak buat tapi malas nak godek html blogspot template. Baru dpt idea, letakkan kod tu dlm Dashboard -> Template -> Customize -> Advance -> Add CSS
paste kat dalam tu code:
.post-body {text-align:justify !important;}
Tak payah nak godek html… Hahaha…
Jom terjah post menarik dari Cenangau ..Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam ‘si anjing Umno’ ni?
terimakasih berkongsi… lama dah tak masuk dashboard blogger
dah lain skrg ni
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Nak Show Off Sikit
Thanks kak jie !
Bertambah lagi satu ilmu baru 🙂
Jom terjah post menarik dari Zqah ..Gambar-gambar Banjir Hari Kedua di Kemaman , Terengganu
akhirnya, baru berjaya buat justify. Mula-mula ingatkan memang ikut theme. Jadi, biarkanlah. Alhamdulillah, dah betulkan. Tapi, saya punya macam kena buat secara manual je. Letih juga ni.
Ke ada cara lain Kak Jie?
Jom terjah post menarik dari Arrazi ..5 Teknik Gaya Belajar Tok Kenali
apa maksud manual, buat justify setiap kali tulis entri?
boleh buat sekali je, tukar kat css style.
kat dashboard – Appearance – Editor, cari css style. Guna Ctrl + F , taip text align.
Tengok text align tu left ke justify. Kalau left, tukar saja jadi justify
bial tukar kat css style…kita tak perlu justifykan lagi setiap kali menulis entri.
setuju.
sy pernah ulas entri 5 pages perlu ada pada blog.
BW 20 blog sehari secara konsisten? mungkin lepas ni leh keluar tips cara konsisten utk BW. hehe
Jom terjah post menarik dari Izwan ..3 Kali Pusing di Big Bad Wolf Books 2012
baru juge letak contact form dlm 3-4 bulan ni 😉
ramai sangka nama sy “ummi”. hehe… no problem ~
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Wordless Wednesday #60 : Bagaikan kembar
Terima kasih kak jie =)
1. Yg justify tu mmg saye akui kadang2 terlupa, padahal mmg cantik dan kemas kalau entri kita di’justify’kan.
2. Contact form mmg kena ada. Tujuannya macam yg kak jie nyatakan. Lagipun, manalah tau tiba2 ada pengiklan nak tempek iklan kat blog.
p.s-kalau kak jie nak komen apa2 pasal blog saye, amatlah dihargai =)
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok Kecil
tips yang bermanfaat kepada blogger…tq kak…
Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Wordless Wednesday – Duit Syiling
Banyak lagi sebenarnya yang perlu HP ketahui.
Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Bloglist Blog Hati Putera
tq for the info. sgt berguna esp utk saya. saya take note bab perenggan tu
Perkongsian yang bagus..blog saya masih belum ada yang no3 dan no4..
Jom terjah post menarik dari shokrijay ..Senarai 5 blog pilihan sepanjang 2012
alamak..saye letak email add… kene remove le ni takut spam…
contact form pun xde…nak kene buat la cenggini, nanti boleh la kak jie contact untuk bagi advice untuk blog..hehehe…
Jom terjah post menarik dari Nadot ..2012 Tahunku Yang Cantik
bagus 4 perkara ni.. 🙂
Akhirnya dah tahu dah macam mana nak buat jadi auto justify kak. Tak payah susah-susah. Pening jugak kalau post guna mobile dah tak pasal-pasal kena main coding semua tu.
Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Worldless Wednesday | Kenapa Lelaki Menipu ?
Saya tak hensem dan popular.
Tak ada siapa rasanya nk kenal diri saya ini, sebab tu tak letak about me.
Jom terjah post menarik dari Amirul ..Blog Paling Best 2012
terpulang… ini bukan wajib
dah jengah dah blog..patutlah tak letak, saudara/saudari bukan menulis blog peribadi
berkongsi kisah peribadi
biodata penulis blog untuk blog peribadi…sebab komunikasi tentang kehidupan masing²
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjadi Saksi Gadis Sunti Ditangkap Basah
Setuju dengan 4 perkara asas tu. 🙂 Suka baca blog yang tersusun cantik tulisan.
yg ni benda² simple… utk sedap mata memandang saja
tapi entah kenapa, bab justify tu memang akan jadi perkara pertama yang dibuat
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjadi Saksi Gadis Sunti Ditangkap Basah
baru perasan la kak jie..saya pun takdak langsung about me mahupun contact me.walaupun personal blog , rasanya perlu ada .bertaun-taun blog..bila kak jie sebut , baru saya perasan.tq kakak manes.
Jom terjah post menarik dari arin ..Oh my kids..
bagi kak jie benda ni penting, org lain mungkin rasa berbeza..sebab tu kat nav tu kak jie letak..dari dulu.
mmg pilih theme yg mcm tu.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjadi Saksi Gadis Sunti Ditangkap Basah
Ramai yang takde no.3. Saya pun sekadar linkkan ke profile Google+.
Jom terjah post menarik dari GreenLava ..The Importance of Internal Linking for SEO
sekurang² ada juga informasi,
kak jie perkara pertama masuk blog yang baru dikenali, mesti nak baca siapa tuan blog…tiap peringkat ada cara berbeza utk berkomunikasi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Muzium Ke 7 Tahun 2012 – Muzium Bijih Timah Sungai Lembing
ruangan about me saya blank je..hehe
begitu juga contact form
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..iPhone 5 Gadget Impian
kalau tagline atau ada banner menerangkan pengenalan diri , itu pun dah cukup
contact form bagi kak jie penting sbb tak semua boleh ditulis diruang komen, kak jie selalu menghubungi tuan blog kalau ada sesuatu utk diberitahu mengenai blog dia
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjadi Saksi Gadis Sunti Ditangkap Basah
nak senang, pakai saje plugin contact form..ada borang, bolehlah isi…hehe
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #27 Komisyen Pertama!
ada antara yang kat atas tuh saya cuma 1 dan dua tuh kot-kot ada silap plak.
,,dah hantar surat dah tadi =)
Jom terjah post menarik dari eiela ..Resepi Rendang Ayam Mak Saya
kadang2 lupa nak letak…. tak perasan benda tu perlu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjadi Saksi Gadis Sunti Ditangkap Basah
no 1 je yang belum buat lagi. pernah terlintas, tapi abaikan
Jom terjah post menarik dari ciknor ..Senyumlah sikit………
sgt betul..3 ngn 4 je blom ada..hikhik
Jom terjah post menarik dari Joe Kabuna ..Pantang Larang Orang Melayu
kena buat contact form lepas nih…terima kasih atas teguran tuh kak…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Selesai Sudah Majlis Bertunang Adik Ipar
Alamak..Contact form/biodata pemilik belum buat lagi..yg 1-3 tu pun masih dalam improvement..almaklumla, baruje berpindah..banyak yang kena kemaskan dan solek2kan..hik3…
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?
terima kasih kak jie atas nasihat dan panduan yang diberikan..
sy memang menanti2kan andai ada rakan2 blogger yang dapat berkongsi tips untuk penambahbaikan blog..
p/s : biodata lum siap lagi..hehehe..sibuk jaga melayan anak..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Bertukar domain
dua tiga empat dah memang buat.. cuma nombor satu je tak terbuat. hentah.. bila terai adjust justify dengan font… tiba-tiba macam tak comey. mungkin kene carik font lain yang sesuai dengan justify supaya memenuhi ruang. saya tak suka terlampau spacing atau terlampau penuh. nak baca sendiri pon nanti jadi malas. hehehe.. ape pon.. thanks for the tips!
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Rindu anak atau maknye
Honestly masa mula2 berblog pun aku pernah juga kurang buat perenggan..
tapi tidak ler sampai buat ayat 100++ baru masuk perenggan kedua.. hik3
nice sharing here sis. Masih ada ramai juga blogger yang melakukan kesilapan
begini..
“Aku masih belajar…”
Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..IPHONE 5 GADGET IMPIAN
so far semua 4 perkara asas tu ada dlm blog sha.. huhu tapi bilangan pelawat tak banyakkk heheheee
Jom terjah post menarik dari sha ..iPhone 5 Gadget Impian
yang pasal post justify tu masih xtahu lah macam mana nak buat dekat blog wordpress ni
Jom terjah post menarik dari jal ..Tarikh pelancaran Samsung Galaxy S4
contact form saya kejap ada kejap takde, tiap kali tukar theme, tiap kali tu la semangat lain2.. hehe
Jom terjah post menarik dari Azah ..They Were Born That Way
alamak saya nyer contact form tak de…
Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Tips Menjual Di Mudah.my
Kekemasan blog mencerminkan pemiliknya..kalu sendiri pun serabut nak baca, apatah lagi orang lain.. 😉
Jom terjah post menarik dari UpProfits ..Cameron Highlands destinasi menarik
tq for sharing, byk perlu saya perbaiki
Jom terjah post menarik dari ajumohit ..Tonton Adam dan Hawa Episod 69 ~ 72
sangat bermanfaat ni kak kujie…semoga jadi panduan kepada yang lain termasuk saya :]
Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Apa Yang Perlu Elak Semasa Banjir
Terima kasih…
Saya akan buat camtu…
Jom terjah post menarik dari fazrol ..Pelajaran dari contest Iphone 5 gadget impian dari Denaihati!
Memang penting 4 point tu….masa baru mula tulis blog memang abaikan benda2 ni semua,tapi bila dah lama baru tau penting nya semua tu.Kalau tulisan yang tak ada justify memang tak minat sangat baca,rasa serabut.
Jom terjah post menarik dari azman ..Ombak Rindu Teluk Cempedak Kuantan
Perkara asas no 1 tu kan, mesti penggemar typografi web tak setuju. 😛
rs cam blog sy dah ada 4 perkara asas ni…tp byk lg ilmu blogging yg kena belajar…
hoho..pagi-pagi sudah sound. haha..
Jom terjah post menarik dari titan ..iPhone 5 gadget impian – Ditunda pulak.
tips yang bernas , tapi kak patut tambah lagi satu . Kalau kita ambik gambar ke , atau gunakan sumber orang lain , jgn ciluk macam itu sahaja , kita patut letak linkback
itu masuk bab etika
ramai yang buat tu…post entri dari sumber entah mana
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Muzium Ke 7 Tahun 2012 – Muzium Bijih Timah Sungai Lembing
belum berkesempatan pasang contact form
Jom terjah post menarik dari lensablogger ..Homestay Ungu Di Teluk Batik, Kelainan Yang Menarik
kalau blogger yang dah biasa bertegur sapa di sini.. kak jie biasanya akan contact dia bagi tahu apa² yang tak kena dengan blog dia
tapi kalau blogger yang tak pernah bertegur sapa, tak berani nak hubungi…. ada gap antara tetamu dan kawan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tiba Di Terengganu
menggunakan justify post blog nampak kemas dan “tenang”
Jom terjah post menarik dari lensablogger ..ServerFreak Web Hosting Berintegriti Bagi Yang Mementingkan Kualiti