Semalam saya balik kampung satu hari berdua dengan suami. Suami saya cuti 3 hari, malam ni dah balik Hulu Terengganu.
Biasanya kami ikut laluan pantai – melalui Tol Bukit Tagar, UNISEL – Tanjong Karang – Sekinchan – Sungai Besar dan Sabak Bernam. Kali ini kami ikut laluan tepi terusan utama/ tali air.
Kalau jalan di Sekinchan atau Tanjung Karang sesak teruk, ini adalah alternatif yang boleh digunakan.
Terusan Besar Sungai Sireh, Tanjung Karang. Penduduk tempatan panggil Ban Canal atau Bankènal ( sebutannya Keynal)
Dulu pintu air yang merentasi Sungai Tengi ini adalah laluan sempit selorong tetapi sekarang telah dibesarkan dengan laluan 2 lorong.
Banglo mewah burung walet / swiftlet di kawasan Sungai Burung.
Padi dah mula menguning, hasil akan dituai tak lama lagi. Sekawan bangau berderet di tali air.
Nampak dalam gambar ini selain pokok padi? Deretan anak jagung bersusun dan anak pokok keladi yang baru disemai. Tiap ruang akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi. Berbudi kepada tanah, itulah ganjarannya
Putih bangau berlatarkan hijau kekuningan sawah. Cuaca petang yang mendung, kalau siang panas terik mesti langit biru dan sawah hijau kekuningan akan terbitkan panorama indah yang mempersonakan.
Perjalanan balik kampung yang sangat santai dan kami berhenti di satu tapak pasar petang untuk makan satay ditepi terusan utama.
“berdua saja….? anak-anak mana?” tegur ramah seorang peniaga.
“anak-anak dah besar… kami berdua saja”
“untung tengok orang muda-muda anak dah besar….”
Owh… perkataan muda tu rasa menambah ceria cinta yang mengebu-gebu saat berdua menjelajah seperti ini.
Pantai Bagan Nakhoda Omar, kami panggil BNO.
Bila waktu air surut , bot dan sampan akan keluar masuk melalui kawasan yang lebih dalam yang ditanda dengan pancang kayu sepanjang laluan sebagai sempadan panduan kepada nelayan.
Nota : semua gambar diambil menggunakan S3.
cantik betul kawasan sekinchan ni ya.
SIap ada terusan lagi
Masuk ikut mana kalau dari jalan utama, nak lalu jalan belakang tu…?
Emm seronok kan balik kampung lalu pulak pemandangan yang indah macam ni..hehe
Musim hujan perlu hati lalu kerana air parit melimpah ke jalan raya.
Kak jie,
Gambar rumah burung walet spt suasana di overseas gitu…hehe
tapi cuaca mendung, tak betul2 cantik ni… kena cukup cahaya baru memancar2 je building tu
Kalau orang jual satay tu tegur macam tu..nak kena pi singgah situ jugaklah..tengok apa pulak dia kata..hehe
pandangan memang cantik!
cantik bagi orang yang suka view mcm tu…
subhanallah…cantiknya gambar akak…
tak terkata bila tengok..
psst kak.. ada typo tang pokok selain padi tu.. cer tengok.. 😉
terima kasih – dah dibetulkan. semalam tengah dok upadate entri , elektrik terputus. terus tido tak checking pun.
kak jie suka alam..suka gambar pokok…kebanyakkan gambar adalah view pemandangan.
guna kamera telefon saja..sebab malas nak usung dlsr
iya kak jie itu pemandangannya indah sekali hamparan padi yang menguning dan akan panen membuat suasana sejuk….
Kita tengok rumah papan kecil di tepi sawah sebagai sangat mengujakan, damai tetapi bagi saya yang sah terbiasa dengan kebisingan sekejap mungkin rasa seronok lama2 mungkin akan ada satu perasaan sunyi…
Gambar2 akak semua cantik2. Suatu hari mungkin saya boleh bersantai memandu ke daerah ini.
waaahhh. bestnya k jie berchenta berdua jer dengan suami.
p/s: gambar2 k jie memang kelas la…
rumah sebiji di tengah sawah tu macam biasa tempat shooting drama jer……cantik pemandangannya…..
ni memang laluan alternatif saya dari dulu k.jie. masuk dari parit 4 kalau dari sg besar.
dulu hujung jalan tu, atas empangan tu, cuma muat satu kereta je boleh lalu. saiz lak ngam-ngam je. tayar yg sport rim lebar sikit mesti sangkut.
fuhh..cuti-cuti malaysia nih..
seronoknya tengok gambar pemandangan alam. ada sawah padi. saya tak pernah lagi pergi area sini. cantik juga.
Kawasan ini biasanya orang buat pengambaran filem atau drama yang berlatarkan sawah. Lokasi tak jauh dari KL