Panduan Mohon Dan Renew Pasport Malaysia Antarabangsa
Panduan

Panduan Mohon Dan Renew Pasport Malaysia Antarabangsa

EDIT :  04/04/2015

Saya ke UTC Sentul untuk renew passport Intan.  Bermula pada 15 Januari 2015, Pasport Malaysia Antarabangsa bagi tempoh sahlaku selama dua (2) tahun dengan kadar bayaran RM100.00 dimansuhkan. Bermula pada 15 Januari 2015, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti berikut :-

  • Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun – RM 200.00
  • Pemohon yang berumur 60 tahun ke atas – RM 100.00
  • Pemohon yang berumur 12 tahun ke bawah – RM 100
  • Jemaah haji – RM 100
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma

 

Waktu Operasi Pejabat UTC – Isnin-Ahad : 8.30 pagi – 10.00 malam

  • UTC Pudu, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur
  • UTC Ipoh, Perak
  • UTC Melaka
  • UTC Kuantan, Pahang
  • UTC Alor Setar, Kedah
  • UTC Johor
    *Jumaat Tutup : 12.15tgh hingga 2.45ptg
    *Waktu Rehat Malam: 7-8mlm setiap hari
    *Tutup semasa Cuti Umum

 

Nota :  Sampai pukul 8 pagi, orang beratur dan macam ular lidi dan saya mendapat nombor yang ke 125!

 

Minggu lepas saya pergi  Pejabat Imigresen Kuala Kubu Bharu untuk  memperbaharui (renew) pasport.  Pasport saya dah mati awal bulan Oktober 2013 .  Kalau tak merancang bercuti 2 minggu lagi, memang tak akan renew baru.  Buat ikut keperluan.

Dulu boleh buat pasport melalui online tetapi notis di Portal Jabatan Imigresen Malaysia menyatakan: Permohonan Pasport Online ditangguhkan buat sementara. Sebarang permohonan Pasport hendaklah dibuat di pejabat negeri dan cawangan Imigresen yang berhampiran.

 passport-malaysia

 

Gambar pasport baru lebih comel…kalau dulu semua nampak bulat.  Bukan pasport saya saja, malah pasport Intan pun muka jadi montel.  Alasan tak mengaku diri gemok tu!

Pasport Malaysia berteknologi baru dengan ciri keselamatan tinggi telah diperkenalkan sejak bulan Mei 2013.  Muka surat biodata yang menggunakan laminate  bahan asas polikarbonat ( Polycarbonate Biodata Page )  dan memaksimumkan keselamatan muka surat  dengan teknik personalisasi ukiran laser serta paparan imej tersembunyi menggunakan teknologi ‘engrave’.

Cantikkan passport baru ni,  dengan warna asas yang lebih ceria.

Dokumen yang perlu dibawa untuk renew pasport :

Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas

  • MyKad  – Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan.
  • 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
  • Pasport lama

Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah

  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama).
  • 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.

Gambar untuk mohon pasport

  • Tak boleh bercermin mata berbingkai besar atau bingkai hitam , mesti muka tepat mengadap kamera.  Tak kisahlah nak tangkap gambar sendiri dan proses sendiri atau pergi ke kedai gambar.  Tak boleh pakai topi, tutup kening.
  • Kalau gambar bertudung, kena gunakan tudung berwarna gelap – saya guna warna hitam dan Intan guna warna purple.  Tak boleh gunakan tudung berwarna cerah.
  • Dalam pejabat imigresen ada kiosk untuk mengambil gambar.

Kalau boleh, sila ingat ketinggian diri sendiri.   Tetapi di dinding pejabat Imigresen juga diletakkan scala untuk mengukur ketinggian.

Jangan lupa bawa pasport lama kalau nak renew pasport baru.

pasport malaysia antarabangsa

Harga bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa

Bayaran Pasport Malaysia

  • RM100.00 untuk 2 Tahun
  • RM300.00 untuk 5 Tahun

Bayaran Pasport Malaysia Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)

  • RM100.00 untuk 2 Tahun
  • RM150.00 untuk 5 Tahun

kadar bayaran buat passport malaysia

Ini kadar bayaran pasport yang dikeluarkan Pejabat Imigresen Kuala Kubu Bharu pada tarikh kunjungan saya 29/11/2013.   Pasport akan siap dalam masa 1 jam sekiranya tiada apa-apa masalah teknikal.

Nota – info dari laman web pada 1/12/2013 –

Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)
RM80.00 untuk 2 Tahun
RM150.00 untuk 5 Tahun

Kalau klik pada navigation – Soalan Lazim

Soalan : Saya seorang pesara dan berumur 60 tahun. Bolehkah saya mendapatkan kadar separuh harga bagi PMA?
Jawapan : Tidak boleh. Keputusan Kerajaan hanya membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pelajar-pelajar di bawah umur 21 tahun mendapatkan kadar separuh harga bagi pasport Malaysia.

Tak pasti laman web yang tidak dikemas kini atau notis di dinding jabatan yang tidak betul. Saya ni jenis blogger yang membuat cross-reference untuk mendapatkan informasi yang terkini.

Info lain mengenai Pasport Malaysia

  • Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas.
  • Pasport antarabangsa boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum tamat tempoh.

Waktu operasi urusan pasport bagi negeri Kedah, Kelantan , Terengganu dan Johor

  • Ahad-Rabu : 7.30 pagi – 5.30 petang
  • Khamis : 7.30 pagi – 3.30 petang

Waktu operasi urusan pasport bagi negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak

  • Isnin-Jumaat : 7.30 pagi – 5.30 petang

Pejabat Imigresen yang buka pada hujung minggu adalah – Pejabat Imigresen Seremban, Shah Alam, Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang, Johor Bahru, Pekan Rabu, Seberang Jaya ( Pulau Pinang ), Kota Kinabalu, Kucing, Miri dan Pejabat Pasport Presint 15, Putrajaya

  •  Sabtu-Ahad : 8.00 pagi – 1.00 petang

Kalau hujung minggu boleh juga buat pasport di Urban Transformation Centre (UTC ) dan Rural Transformation Centre (RTC)

  • UTC Pudu
  • Mini UTC Sentul
  • UTC Ipoh
  • RTC Gopeng
  • UTC Melaka
  • UTC Kuantan
  • UTC Alor Setar

Cara nak renew pasport:

  • Pergi ke Pejabat Imigresen.
  • Isi borang ringkas sebesar tapak tangan – isi nama, alamat, no kad pengenalan, ketinggian, nombor telefon dan tanda bahagian untuk 2 tahun atau 5 tahun.
  • Ambil nombor giliran.

Urusan saya cuma 2 jam dari jam 10.00 pagi dan ambil pasport yang dah siap jam 12.00 tengahari.

Untuk maklumat dan perubahan terkini – sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia ( Boleh juga Semak Status sebelum ke luar negara ).

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Panduan Mohon Dan Renew Pasport Malaysia Antarabangsa

  1. Tumpang tnya , klw xda bwa surat beranak tym buat passport untk kli pertma mcm na 2 r?

  2. Salam nak tanya, kalau passport mati oktober 2013, saya nak renew april 2014 ni, saya masih kena bawa sijil lahir original ke?saya berasal dari kuching tapi sekarang di semenanjung..dan akan keluar negara minggu depan =.=’

    1. Kalau ada bawa, kalau lebih 18 tahun rasanya bukan wajib. Surat beranak untuk passport anak2 dibawah umur 18 tahun

      1. ok terima kasih. saya akan ke pejabat esok untuk renew, harap tiada halangan..trima kasih 🙂

        1. Nanti boleh tolong update proses macam mana.. maksudnya ada masalah atau tidak. Teringin juga nak tahu

  3. untuk pemegang kad OKU percuma rasanya…tak buat lagi untuk nabila sebab belum ada keperluan.
    lg satu…passport lama mmg depa nak walau dah lama mati…kalau tak ada depa suruh pi buat police report pastu baru boleh buat yg baru.

Comments are closed.