Tarif elektrik naik kuat kuasa 1 Januari 2014
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt. Harga elektrik sebelum ini 33.54 sen sekilowatt akan menjadi 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Jan 2014.
Berita ini perlu dibaca bersama dengan statemen ini – Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013 daripada RM4.41 bilion tahun sebelumnya .
Kawasan taman perumahan saya kerap terputus bekalan elektrik sejak 2 minggu ini. Semalam pun elektrik terputus ketika saya sedang upload gambar entri terdahulu. Pagi tadi nampak kontena TNB berselirat kabel di kawasan perumahan kami. Dalam masa 2 minggu dah 5 kali tak ada elektrik. Tempoh paling lama sehingga 5 jam bekalan elektrik terputus.
Kos elektrik merupakan komponen utama dalam kebanyakkan kos pengeluaran dan sudah pastinya kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan turut juga mengalami kenaikan. Kesannya bukan saja dialami oleh orang terpilih sahaja tetapi kesemua rakyat.
Nak bising nak riuh pun bukan ada seseiapa nak dengar. Kita disuruh telan dan berjimat. Kalau boleh, seboleh bolehnya cubalah mengawal penggunaan elektrik di rumah.
Ada beberapa panduan ringkas yang boleh kita amalkan untuk cuba mencari ruang yang ada supaya dapat menggunakan elektrik secara berhemah.
- Matikan suis dan tanggalkan plug jika alat elektrik tidak digunakan.
- Elak buka peti sejuk terlalu kerap. Apabila nak masak, keluarkan semua bahan yang diperlukan bergantung kepada menu yang akan dihidangkan sekali gus.
- Beli kapasiti peti sejuk mengikut keperluan keluarga. Lagi besar lagi kuat guna elektrik.
- Kalau guna pendingin hawa – tetapkan suhu antara 23 – 26ºC . Beli yang sesuai dengan saiz bilik.
- Matikan suis monitor komputer jika tidak digunakan.
- Kalau musim panas, tak perlu guna fungsi mengering mesin basuh. Sekejap je jemur dah kering
Kita cuba sajalah, sekurang-kurangnya kita dah buat untuk diri sendiri kerana kita tak ada kuasa untuk mengelak kenaikan harga elektrik.
Nota : pekerja TNB juga membayar kos elektrik yang sama seperti kita… jangan nak marah dia tak tentu pasal, bukan dia yang membuat keputusan tentang kenaikan tarif elektrik. Dia pun pengguna seperti kita juga.
Jadi kenaikan tarif elektriknya mulai 1 januari ya ?? hmm.. kalau diikirkan tidaklah lama cuma menghitung hari
Semoga kedepannya pelayanan elektriknya makin memuaskan …
malaysia maju 2020
jimat sini , sana naik…jimat sana , sini naik…hmm…
Nak kena fikir,”besar periuk, besar keraknya”
Telan selagi boleh..kalau tak boleh..”muntah”
Bak kata ramai orang
Di Malaysia ni…hujan je yg turun 🙂
banyak cara berjimat dalam penggunaan elektrik….tepuk hati tanya poket…kalau poket tebal guna ler sebanyak mana yang mahu…….
cuma nak share, setiap pekerja TNB dapat elaun bil elektirk , sepupu yg keja dgn tnb dpt RM80 sebulan.hmmm
belum menginjak tahun 2014. informasi soal kenaikan tarif listrik sudah diumumkan
semoga ditahun depan rejeki kita semua makin bertambah agar bisa mencukupi kebutuhan hidup yang kian melambung …
wah di malaysia sudah mulai naik januari nanti,,, jangan- jangan indonesia juga ikut naik ni tarifnya,,, harus berhemat kita…
Dah habis berjimat, mmg kena bayar jugak lah heheheh….
Kena hadap jugak…moga2 Allah cukupkan rezeki utk kita semua
Betul kata kak jie, kita sendiri kena berjimat…
Sebenanye bukan kenaikan harga tarif eletrik.. tapi pengurangan subsidi kerana kerajaan selama ini telah menanggung berbilion ringgit kepada subsidi dimana duit tersebut boleh digunakan untuk pembangunan.
P/s: baru balik dari Vietnam nasi lemak Rm15 sebungkus sebab kat sana langung takde subsidi..
Nota : pekerja TNB juga membayar kos elektrik yang sama seperti kita… jangan nak marah dia tak tentu pasal, bukan dia yang membuat keputusan tentang kenaikan tarif elektrik. Dia pun pengguna seperti kita juga. – Hehe kak kujie, nota ni yang paling best.. Kak Kujie memang terbaik!! Saya salute dengan cara Kak Kujie menulis.. Tak memandang sebelah mata saja..
#Wakil pekerja TNB.. 🙂
Naik juga akhirnya
Sudah 9 tahun mengunakan lampu energy saver dan LED. Barangan elekktrik dirumah tak ada teknologi inverter. Sudah habis jimat termasuk memastikan ahli keluarga off barangan elektrik dengan tidak membiarkan standby mode tetap menjana elektrik.
kalau ada yang kata,sekarang ni RM200++..naik nanti..maunya jadi dua kali ganda kot..ohoho…tambah lagi kos..nak wat camne..kita menuju ke negara maju..