Tajuk ceramah malam itu adalah ” Kembali Kepada Fitrah “.
Fitrah bermaksud fitrah kita sebagai hamba Allah, sebagai ibu bapa, sebagai isteri, suami atau pun sebagai seorang anak. Dan yang paling penting, kembali kepada fitrah dengan mengikut landasan al-Quran yang memberi kita petunjuk tentang ilmu biologi, botani, zoologi, perubatan, fisiologi, embriologi, psikologi, sains, teknologi dan lain-lain.
Banyak point penting yang disentuh dalam waktu yang terbatas malam itu , antaranya :-
Kembali ke fitrah adalah apabila akal yang dikurniakan digunakan untuk berfikir perkara-perkara yang baik, hati dan kalbu yang dikurniakan dimanfaatkan dengan baik untuk membina emosi dan kejiwaan yang stabil dan bakat jasmani yang diberi digunakan untuk perlakuan dan tindakan yang bermanfaat.
Sekiranya keinginan, kecenderungan dan hajat disempurnakan berasaskan nilai-nilai yang Allah reda, bermakna kita sedang membina benteng hati dan kalbu supaya tidak mudah dirosakkan oleh virus emosi yang melampau, naluri dan nafsu nafsi yang menyalahi syarak.
Fahaman dan amalan amal Islami perlu jelas. Ia adalah titik tolak untuk menjadi seorang Islam yang baik tidak saja pada akidah, ibadah, syariah tetapi juga akhlaknya.
Remaja Islam harus mempunyai tekad untuk menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik sehingga dewasanya nanti memiliki keahlian dan kepakaran dalam bidang-bidang yang tertentu. Para remaja harus bersikap reflektif melihat roh kekuatan silam supaya terdorong melihat hikmah di sebaliknya kemudian membina keupayaan menterjemahnya dalam metodologi masakini.
Hubungan seorang suami dan isteri dijalin oleh kualiti kasih sayang dan persefahaman. Hubungan anak dengan ibubapa juga banyak berlegar sekitar keperluan contoh dan pengisian naluri dan keinginan supaya ia dipenuhi dengan asuhan, belaian dan tunjuk ajar yang baik.
Manusia memiliki hati dan rasa, emosi dan psiki, pemikiran dan nilai supaya kualiti keinsanan tetap subur dalam keadaan yang fitrah.Hubungan sesama manusia tidak saja dalam batas teknologi alat komunikasi tetapi memerlukan sentuhan perasaan suka dan marah, sayang dan benci, percaya dan yakin antara satu sama lain. Inilah sentuhan keinsanan yang menjadi matlamat hidup.
Islam tidak menolak kepentingan teknologi. Tetapi Islam melihat teknologi selamanya alat bukannya matlamat.Tidak mungkin manusia dijadikan tanpa sebab dan tujuan. Kalaulah manusia dihidupkan untuk maksud makan dan minum saja atau hiburan dan seks sahaja, haiwan juga sedemikian. Tentu ada sebab manusia diberi akal, hati dan nafsu.
Alam diuruskan dengan peraturan yang telah ditetapkan-Nya dan itulah sunnatullah. Manusia diberikan status sebagai hamba dan khalifah dan darinya lahir jiwa kehambaan yang tinggi iaitu sifat patuh, taat, tunduk dan akur yang penting bagi manusia. Ia juga menjadikan manusia sebagai khalifah di mana amanah pengurusan dan pengendalian hidup diletakkan supaya ia berjalan secara fitrah.
Biodata Prof. Dr. Sidek Baba
PROF. DR. SIDEK BABA dilahirkan pada 12 Jun 1946 di Kg. Pulau,Masjid Tanah Melaka. Mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka. Melanjutkan pengajian perguruan di MPSI, Tanjung Malim dan kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu. Kemudian menyambung pengajian di UKM dalam Diploma Pengajian Islam. Seterusnya ke Amerika Syarikat dalam bidang Sarjana Sains Pendidikan dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar Pendidikan.
Menjadi Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengarah Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah IKMAS, JAKIM,Lembaga Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Lembaga Muafakat MARA dan Lembaga Akademi Ketamadunan.Berpengalaman sebagai guru selama 18 tahun dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5 tahun. Dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi dari 1992-1994. Dari tahun 1994-2002, menjadi Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kini, berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di UIAM dan menetap di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.
Sumber : Dr. Sidek Baba Biodata
Terima kasih, Jie kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami.
Terima kasih di atas pengisian yang bagus kak jie.. harap nanti Dr Danial Zainal Abidin pulak datang sana..
nuaemans last blog post..Cabaran Berbogel di Sekitar Bandaraya Johor Bahru!
©Kujie ~Harap² ajk surau kami akan menjemput beliau….ramai sebenarnya penceramah yang hebat pernah dtg ke sini..syukur kerana sentiasa ada pengisian ilmu di surau kami
hi kakjie, salammz dr me dikejauhannns..
©Kujie ~ salam me…dekat je dah
Fitrah manusia.. ceramah yang bagus.
p/s – dah lama saya tak gi dengar ceramah agama.. sibuk kejar dunia je… masyaallah..
samdaddycools last blog post..Inflation : how to manage
©Kujie ~ orang yang lemah, iman nipis mcm kak jie ni kena rajin2 ditarbiah…
bagus tazkirah ni..memang minat dr. sidek masa study dulu lagi….makin pandai manusia makin hebat fikir nak lawan tuhan….habis semua perintah dan larangan nak ditafsir ikut suka hati….oleh orang2 Islam sendiri yang bijak pandai hu hu hu
etomyams last blog post..Where is Your First Drawing?
©Kujie ~ Kat surau tempat kami selalu ada jemputan penceramah selebriti, baru2 ni Prof. Kamil
Salam Kak Jie…tenang jiwa bawa n3 akak ni 🙂
angrianis last blog post..Kakak yg bizi
©Kujie ~ dah tak bz ke cik kak…..? 😆
fitrah kita memang tip top.. bila membesar, kita lari dari fitrah sebab kita ada akal..
jadi, sepatutnya kita tak leh salahkan orang lain atas apa yang terjadi atas keinginan kita sendiri..
Neezas last blog post..Banyak cakap dan berpura-pura
©Kujie ~ kena ingatkan diri sendiri selalukan neeza…
kalau lah semua kembali kepada fitrah yg diciptakan Allah, mesti aman damai kehidupan kita di dunia
agaknya itulah sebab kita ada eid fitri yang kita sambut untuk mengingatkan kita tentang keperluan kembali kepada asal kita
kruel74s last blog post..Starting from scratch
©Kujie ~ kita manusia lemah, sering tergelincir…
salam kenal and thank you for dropping to my blog ye
kakelles last blog post..Dia pergi juga
©Kujie ~Terimakasih Kak elle, dtg dari blog OD. Takziah atas kehilangan sepupu..moga rohnya dicucuri rahmat.
Fitrah kejadian manusia sangat sempurna..cuma manusia yang selalu lupa pada fitrah yang Allah jadikan. Kadang2 manusia lebih suka melawan fitrah…
izzahs last blog post..Award dari Kak Tie…
©Kujie ~ kerana manusia biasa spt kita yg mudah lupalah kena selalu di ingat-ingatkan oleh tuan guru.