Peribadi

Projek mega anak beranak

Ada seorang makhluk tuhan paling seksi tak puas hati kerana saya tidak update mengenai percutian seminggu saya. Hahahaha…pulak!

Saya ada depan pc, tetapi terlalu sibuk untuk siapkan pull out test report for soil nail. Saya suri rumahtangga sepenuh masa berKWSP ye…Projek kat CH tu nak hand over selasa nanti, senam jarilah makcik dengan keyboard.

Saya tak bercuti ke mana pun, masih di dalam negeri Selangor dan tersasar sikit ke sempadan Negeri Sembilan dan Perak saja. Bukan seperti orang tu yang bercuti sambil berposing sakan di negara orang-orang kaya.

Kebiasaannya cuti tahun baru cina saya balik Kedah, maklum itu saja cuti panjang yang ada. Tetapi kali ini saya balik ke rumah mertua. Kami ada projek mega anak beranak cucu cicit.

Yang ramai-ramai  tu saja buat sesak lalu lintas , yang bekerja sebenarnya 2 orang Bangla tu.

Mertua saya ada 4 orang anak lelaki yang terlibat dalam bidang pembinaan, tak kan kerja-kerja mega seciput macam itu pun nak di tenderkan.  Drop my water facelah kata suami.  Saya sebagai isteri mithali pun berkorbanlah dari  keriau meraung² nak balik kampung sendiri.  Kita yang dah dewasa ini pandai²lah agak mana satu keperluan , mana satu keutamaan.

Hari Rabu malam saya dah balik tetapi teruskan percutianke PD. Mandi-mandi laut, cuci mata dan keringkan poket.:lol:

Untuk Intan yang memulakan Februari yang romantik ini dengan suasana kerja di tempat baru. Semoga ianya membawa kesejahteraan yang lebih baik, lebih diberkati dan lebih bermakna.   Insyaallah.

Apa yang anda perlu pada hari pertama bekerja?

1- Kesan pertama adalah penampilan seperti berpakaian yang rapi, asesories yang sesuai seperti beg tangan, kasut dan tampilkan dengan wajah yang bersemangat.

2- Jangan datang lambat! Rancang perjalanan lebih awal.

3 – Inisiatif untuk berkenalan dengan rakan baru. Jangan terlalu akrab, sekadar bersalaman dan memperkenalkan diri dengan sopan dan ramah.

4 – Jangan terlalu ingin menjadi pusat perhatian.   Jangan hanya bercerita tentang diri sendiri tanpa henti dan anda di anggap sombong kerana tertarik pada diri sendiri.

5 – Mintalah untuk bertemu dengan pihak atasan anda, boss anda. Jangan hanya pasif menunggu. Masa ini mungkin ada briefing kepada pekerja baru.

6 – Jadilah pendengar yang baik. Tak perlu memotong perbincangan orang lain apalagi sekiranya kita belum pasti asal usulnya.

7 – Hati-hati dalam bergurau. Unsur humor selalunya merupakan sesuatu yang positif tetapi harus bijak untuk digunakan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Projek mega anak beranak

  1. Yang tak tahan tu.. surirumah sepenuh masa berKWSP.. hehe.. best projek ni.. boleh join sekali tak 🙂

    nuaemans last blog post..Cabaran Berbogel di Sekitar Bandaraya Johor Bahru!

    ©Kujie ~ Kak Jie mmg buat caruman KWSP sendiri, tak banyak tetapi itu adalah simpanan tetap bulanan
    tak buat caruman, kwsp akan telefon tau.. kena ada disiplin yg tinggi utk simpanan hari tua
    mgkn bukan utk diri sendiri, tetapi utk anak² – insyaallah

  2. amboiii sempat nyakat :mrgreen: :mrgreen: .. jalan2 cuti2 malaysia pun syok kak jie…sini padang pasiaQ ja.

    ©Kujie ~ nak menyedapkan hati org je tu…
    padang pasiaQ pun..ade unta…hahaha

  3. gambar tu mcm kat kampung sya plak.. hehehe.. windu nyer..

    mummy_adams last blog post..Keguguran…

    ©Kujie ~ kampung kat ner mummy adam?
    kalau rindu, minta pakcik google earth tunjukkan bumbung rumah 😆

  4. heh.. sronok jugak bila dapat bergotong royong begitu..
    jalinan lebih erat.. 😀

    menteils last blog post..Jangan Lebih Bila Berkasih

    ©Kujie ~ ehh..menteils, kontraktor rumah awak tu larikan…boleh lah kak jie hntr quotation…hehehe 😆

  5. kire okla tu kan leh wat sendirik.. 😉
    klu family kami nak wat sendirik konfemla takle lalu kat atas jambatan tu takut roboh :mrgreen:

    mrs azmis last blog post..orang yang kita sayang~

    ©Kujie ~ kalau tak boleh buat tataulah…sudahnya suami kak jie kontraktor
    tak kan hal kecik mcm tu tak boleh buat… 😆

  6. senang hati ibu mertua kak Jie.. menantu sporting.. sanggup luangkan masa rumah dia untuk siapkan project buat jambatan.. 🙂

    Neezas last blog post..Jumpa-jumpa sambil makan 5 February 2009

    ©Kujie ~ neeza, mertua kak jie baik sgt…tak de sebab utk mengecewakan dia..hehehe
    lagi pun ni hal ni kena siapkan cepat, kalau tidak, makin hari makin mendap 😆

  7. projek mengindahkan rumah ibuku..jadi tarikan cucu2 balik kampung nie…bukan kerajaan malaysia jer tau leh wat projek nak tarik pelancong kak jie n family pun buat gak..cantik la..seronok kan kerja adik beradik..emak pun mesti seronok…

    izzahs last blog post..Kisah seorang Isteri….

    ©Kujie ~ hehehehe…tempat lepak bila petang tu….kebetulan kami sekeluarga saja yang balik…adik beradik lain ada hal… 😆

  8. Bestnya boleh buat sendiri projek2 pembinaan ni. Saya ni setakat godek2 benda2 kecik je boleh lah. Mak saya pakai Indonesian buat kerja2 company landscaping dia. Anak2 dia pemalas…

    kruel74s last blog post..Starting from scratch

    ©Kujie ~ rumah saya mmg suami yg buat sendiri…DIY yg merapu2…tak de la finishing yg cantik , tapi bolehlah.
    skrg ni nak dapatkan tenaga buruh dari Indonesia dah mahal, tak seperti 4-5 tahun dulu.

  9. wah 😯
    kagum2!! wat sendiri eh jambatan tu..

    ©Kujie ~ sebenarnya culvert tu dah ada, cuma baru-baru ni rosak… jadi dibaiki dengan yg lebih kukuh 😆

  10. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..

    mrozaidis last blog post..Gambar-Gambar…

    ©Kujie ~ bila dah siap, sama-sama dilalui :mrgreen:

  11. hah! gitu le ramai2 gotong royong buat jambatan. ala2 jambatan putrajaya pun ada. cantik!. kalau letak tali mcm jambatan gantung lagi cantik. 🙂

    ©Kujie ~ cikgu ni kan..org baru nk edit2 dah sampai. :mrgreen:
    amboiiii….kalau dh cantik mcm jambatan putrajaya tu..tak aman damai mertua saya…bas pelancong berderet parking. 😆

Comments are closed.