Peribadi

Bukan salah saya, mesin basuh tu …

Disuatu pagi disubuh yang sunyi di sebuah taman perumahan, berbicalah sepasang suami isteri yang saling sayang menyanyangi, hidup rukun aman damai happily ever after….i love you, you love i.

” Abang nak pergi Sungkai , ada janji kul 9 ”
” Kata nak p CH ?”
” Orang Sime Darby postponed , mana baju putih yang beli kat Bandung tu?”

Wah…siap mention baju ASPAL tu ( Asli Tapi Palsu )…hahahaha:lol:

” erkkk….. ” sempat intai bakul  tepi bilik air tempat isi baju untuk dicuci.

” Dah masuk dalam mesin  basuh malam tadi ”

Isteri kesayangan beliau memang rajin mencuci sebelum masuk tidur.

” Ada duit ”

” Berapa?” Dalam perkiraan mungkin sepuluh dua, baki belanja yang sering diselit dalam baju.

“Seribu setengah”

Muka isteri dah bertukar warna dan kaler termasuklah kaler jengking.

Wahai suami-suami yang macho, yang ganteng, yang tampan bergaya , apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda jenguk mesin basuh anda pagi-pagi buta dan melihat duit seketul anda bercambah membiak berselerakan seperti itu?

Apatah lagi bila isteri baru kesayangan anje manjalara jiwa raga intan payung anda yang melakukan?

Bukan bibik saja yang cuai Neeza, suri rumah sepenuh masa  macam Kak Jie yang menyandang jawatan ‘hak milik kekal ‘ selama  lebih 18 tahun pun boleh TERbuat kesilapan juga.  Selalu seluk poket seluar saja, tak sangka pula dia menyorok kat poket baju.

Rasa bersalah dengan abang pagi tadi tetapi syukurlah mood dia tersangatlah baik dan lembut bak angin mengembus di pagi hari. Apa tak baiknya, 2 hari berturut-turut saya bersengkang jari menaip report dia … mogok kang baru tau!

Abang jangan marah-marah tau… Prof. Dr Sidek Baba dah pesan ” Hubungan seorang suami dan isteri dijalin oleh kualiti kasih sayang dan persefahaman. ” :lol:

Seseorang juga telah mengubat hati saya pagi ini, Terimakasih Tie atas award cantik ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Bukan salah saya, mesin basuh tu …

  1. dulu kalau cuci baju husband ada aje duit dalam poket.semenjak ekonomi drop ni nak jumpa rm10 pun susah.Bukan nye ape ..hilang penat kalau jumpa duit.

  2. hehe, nasib baik bukan maid k yg jumpe…kdg2 mmg lupe nk chk..trus sumbat dlm mesin j kan jie? hehe

    juns last blog post..

    ©Kujie ~ Jie mana de bibik Jun… sbb tu agaknya cuai..kena mintak maid dgn abg ni…hehehee 😆

  3. Saya ingat tadi sambungan cerita Mesin basuh dari CikguBH.. 🙂

    nuaemans last blog post..Cabaran Berbogel di Sekitar Bandaraya Johor Bahru!

    ©Kujie ~ cikgu bujang tu bawa ajaran sesat…hahaha.. :mrgreen:

  4. wow,seribu setengah tu! mujur la duit ni dicipta tahan lasak. kalo tak,mau arwah dah duit tu. huhu

    erm,selama yg saya dok mesin kain baju ni.. banyak jumpa syiling je. duit kertas ada gak tapi singgit dua camtu je.. hehe

    !x0r@s last blog post..Confuse(?)

    ©Kujie ~ arwah duit tu tak pe lagi
    takut pengsan patlima kali kak jie tergolek dpn mesin basuh
    fobia..nengok mesin basuh je…pengsan! 😆

  5. dah cakap dengan abang macho ganteng tewww – ‘duit bukanlah hakmilik kekallls.. ‘ ekeke..

    ©Kujie ~ betullll…….mmg duti dicipta untuk dibelanjakan 😆

  6. huhu. banyak nya duit basah. harap takde yang terkoyak =P

    ©Kujie ~ dan byknya duit nak kena iron 😆

  7. Waduh2.. Gawat jadinya,..
    Harap cik abang tak marah kak jie..
    Lain kali tengok betul2//

    zools last blog post..Pasar Malam Beruniform

    ©Kujie ~ dah basuh dgn sabun
    hilang ‘bau duit’
    kalau tidak…sedap je cium…bau materialistik! 😆

  8. wah, wah…….jumpa duit di pagi-pagi hari tu kak jie. he, he…..untungnya jadi tukang cuci, tapi kantoi ye, dah ditanya dulu ye.

    bestnya dapat dengar ceramah Dr sidek. He is very soft spoken dan pernah bersembang tentang pendidikan anak remaja semasa kursus dulu. Buku dia pun bagus.

    ©Kujie ~ yg byk mcm tu kena bagitahu…kalau sekeping dua tu kalau terjumpa kira ‘cair’lah…
    a’aha…. beruntung sgt sbb dia sudi dtg ke surau kami yg jauh di ceruk ni…

  9. Ya ALLAH, Jie… sakan mesin basuh tu dalam zaman gawat ni… he he he… sabar aje aku. Hari ni, baru aku tahu maksud ASPAL… sabau aje aku.

    ©Kujie ~ hehehehe….OD,berangan² je la kot tiap pagi buka je mesin tersembul ade mcm tu 😆
    kadang² kelakar shortform dia org tu 😆

  10. aiyark kak jie! 1500 kan ke tebal tu… bleh plak x perasan hiks… hihihihihi pingsan kejap tengok gambar duit dlm mesin tu hahahaha

    sofis last blog post..What Should I Do?!

    ©Kujie ~tak perasan sbb gumpal2 baju msk dlm mesin…tak check pula….tu arr namanya lalai 😆
    kalaulah tiap pagi buka mesin nengok ade duit mcm tu…mmg pengsan le! 😆

  11. G, Den pornah keno cam tu.. habis la org rumah eah kena babel kan…

    bila sendiri buek pun den bebelkan kat diri den…huhuhu..

    Tapi kalau org rumah buek lah, biasonya den bagi hukuman…..den bawak ke bilik .. tak mau kasik anak2 tengok… Jaga air muko mak bapak…..

    Kalau den buek silap pun samo gak…. berlari2 anak pergi seterika…huhu lepas tu copek2 ‘cairkan’duit dgn beli lah apo2 atau bayarlah bil ko apo2 ko.. janji duit kerepot tu den tak pogang laie…..hehehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    mazas last blog post..Penghargaan & Terima kasih

    ©Kujie ~ waahh..rasanya masalah ini bukan sebab gender la yer..semua org pernah lakukan
    agaknya apa benda paling ‘sadis’ pernah menjadi mangsa? 😆

  12. Salam Kak Jie

    sibu 1/2 !!!
    Banyak tuuuu ……

    ©Kujie ~ lama tak berselisih jari dgn pb 😆
    mmg byk…g soping pun puas hati le 😆

  13. Uish giler. Byk tuh. Tapi seb baik duit dia tak kan terkoyak. Remok2 gitew je. Saya pun slalu cuci duit jugak. Kdg sbb terlupa nk check poket si dia..tp biasanya dia yg main bubuh je dlm mesin basuh tu. Klw duit kertas blh tahan lg..duit syiling..gedek gedek gedek bunyi dia. Hari2 basuh duit syiling..umur pendekla washing machine tuh. haks

    ©Kujie ~ selalunya ringgit2 je….tu yg tak perasan pun…main campak je dan selalunya poket seluar, jarang pula kt baju..cesss…..mesti semua org ada pengalaman mcm ni kan… 😆
    kadang2 anak pun tau mana nk cari siling bila dengar bunyi loceng penjual ais kerim lalu…. dia lari je cari kat tepi2 mesin masuh…kuang…kuang…kuang…. 😆
    aaala………..kalau tak rosak mesin tu…..tutup le kilang kan…ramai le pula jadi penggangur…hahaha 😆

  14. hahaha.. jgn risau. isteri aku pernah terbasuh sekali pampers safwan dlm gumpalan kain tuh. kekekeke..

    ©Kujie ~ alamak! ni pempers yang dah guna ke belum?
    nak2 pula yg ade isi kaler cokelat tu…haru! 😉

  15. Kak, duit RM1500 kalau dalam bentuk RM50-00 tebal tu…

    kruel74s last blog post..Job Satisfaction

    ©Kujie ~ sbb tu lah tak terfikir ada dalam poket baju…… 😥
    cuaiiiii sgt
    mgkn penat kot mlm tadi..lepas siapkan report dah kul 12, campak je baju2 dlm mesin lupa nak belek
    alasannnnnnnnn yg klise

  16. Selain dari WANG MASUK. Apa lagi ‘harta’ yang pernah masuk kedalam mesin basuh itu ?

    Abang Longs last blog post..PROJEK SEMENTARA

    ©Kujie ~ resit² belian barang kat hardware, pendrive, bed duit dgn segumpal harta karun termasuk ic, kad bank , lesen dll, pen & pencil dan duit siling tu jangan kiralah…. 😆
    Yang paling sakit hati kalau ada tisu paper….huhuhu..jenoh nak kibas sebelum sidai 😆

  17. gulp!!!cemana le pulak proses nak keringkan duit tuh ye?

    ©Kujie ~ selalunya jemur..kalau banyak mcm tu..seterika
    tapi tadi abg dah nak keluar….masuk je dlm beg dia, lembab2 mcm tu
    mgkn kering dlm kereta le kot..kering dlm perjalanan ke Sungkai 😆

  18. Macam mana dengan duit tu?? ok tak??

    Memang kerja Tie tu, selalu duit hubby dicuci sekali..hi hi.. Tapi tak pernah lak bersepai… biasa bila nak gosok baju baru jumpa… duit2 tu kering dengan sendiri dalam poket…he he…

    Lepas tu Tie senyap2 letak atas kabinet..kata jumpa duit dalam poket…dah siap dibasuh…

    Ties last blog post..Adab makan dan sunnah nabi

    ©Kujie ~ duit mmg tak koyak Tie..alaaaaaa…mcm le Tie tak faham…mesti sekali pernah buat gini gak kan…. 😉
    berkeriput pun…nilai dia tak susut…nasib baiklah kau duit 😆

  19. wahhh..sempat amik gambar lg tuuu…

    miss cloudys last blog post..Tunggu…

    ©Kujie ~ kebetulan time tu hp mmg kt dapur..sebenarnya tiap pagi pun hp tu yg kejutkan dgn alarm..so bangun bawa sekali le… 😆

Comments are closed.