Blogger

Sudah gaharu cendana pula, Sudahlah kalah di’fire’ pula.

Sepanjang minggu ini, cuaca kedinginan musim salji hujan hujung November dikejutkan dengan gegaran 8.5 skala Richter yang menggegarkan Blogsphere.

Gegaran yang meranapkan beberapa komuniti kecil dunia blog di negara ini seperti kemunculan Mighty Morphin Power Rangers dengan kostum ala halloween  menentang raksakser yang mengganas.

In Malaysia, as part of its campaign against drugs, the word “Morphin” is censored, by substituting or muting footage where the word is spoken (the phrase “It’s morphin’ time”) or displayed onscreen, for fear that it could encourage children to become addicted with the uses of morphine. When it was broadcast on RTM (along with its toy commercials), it was called Mighty Power Rangers, or simply Power Rangers or Power Ranger – sumber wikipedia


Red Power Ranger Khai dengan Power Sword , Black Power Ranger Topo bersenjatakan Power Axe , Blue Power Ranger Megat berkuasa dengan Power Lance , Yellow Power Ranger Aidilx dibekalkan Power Daggers dan Green Power Ranger Fahmishah juga tidak ketinggalan dengan Dragon Dagger , White Power Ranger Beliamuda gagah dengan senjata Saba bersama Pink Power Ranger Nikuve beraksi seksi dengan Power Bow (psss…sorry ye dah tak de kaler lain dah..ramai lelaki macho pun minat pink ape… ) dan juga Power Ranger Fauzi ( dah tak de baju ranger lagi, bogel la kot…hahahah )

Akhirnya Team Klik Nuffnang Rangers telah dihapuskan tetapi masih boleh melihat cache di laman Google [sini] . Jangan suruh saya ulang cerita, klik link yang disertakan dan alami sendiri gegaran lebih hebat dari gempa bumi berukuran 3.3 pada skala Richter yang berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Jadi kepada Team Klik-klik Nuffnang Rangers, jangan susah hati atau berkecil hati dengan beberapa libasan yang diterima. Dalam dunia blog , kita akan jumpa berbagai jenis manusia dan perwatakan. Apa yang perlu kita lakukan adalah menerima ‘kejutan budaya’ kebebasan manusia menulis dengan gaya masing-masing.

Saya tidak ingin lagi membangkitkan hal yang berlalu, esok yang telah ditinggalkan. Kadang-kadang baik untuk kita berundur selangkah dan kembali berlari dengan momentum yang lebih bersemangat.

Mari dekat sikit, saya ajarkan kamu beberapa prinsip asas untuk menjadi blogger yang berjaya dan berhemah. Tak perlu membebel berjela-jela, kita direct to the point. Tips ini hanya untuk blogger yang ingin mempunyai blog yang mantap,  stabil , berkualiti dan berpersonaliti.    Sekiranya anda mempunyai fikiran ” tak apa..aku suka-suka saja “…sila jauhkan diri kerana saya bukan  menulis entri ini saja untuk suka-suka. Saya seorang yang mempunyai fokus dengan matlamat dalam hidup atau pun untuk berblogging bukan saja-saja luangkan masa.

Selepas mempunyai blog , mulalah menulis. Gunakan bahasa dan ejaan yang betul, tidak kisah bahasa apa yang anda gunakan sebagai medium perantara antara anda dan pengunjung. Mana satu katakunci yang anda taip bila mengoogle ? “sy syg awk” atau ‘saya sayang awak”

sy x sker die , ble ati x skue wat ape pn x de gune. sdri pn xtau , x nye dorg bg ak wat ape

Jika anda menulis diari peribadi dan untuk syok sendiri, tulislah bahasa alien apa pun tetapi sekiranya anda ingin mendapat trafik dari search engine dan mempunyai komuniti yang berkembang, gunalah ejaan yang betul.

Selepas itu daftar blog anda di search engine

Kemudian mulalah melawat jiran tetangga. Jangan terlalu ghairah mengexplorasi diri di setiap blog sehingga anda kelihatan seperti spammer. Persahabatan perlu dibina, tak akan muncul dalam sehari dua tak akan datang tanpa di cari, tak akan dapat tanpa MEMBERI! Membina perhubungan adalah seni pengurusan yang memerlukan sistem pentadbiran yang kemas iaitu pentadbiran peribadi yang baik. Kita belajar menguruskan ego seseorang, keperluan emosi , psikologi dan sosial teman berkenaan. Bila teman sekeliling kita merasa segar, bertenaga dan selesa dengan apa yang kita lakukan, barulah kita mendapat tindakbalas yang baik.

Untuk itu cipta blog yang dapat memenuhi setiap situasi kerana blogger yang ingin kita kenali adalah manusia yang sentiasa alami perubahan pemikiran, citarasa dan keinginan.

Anda kenal blog anda dan pelawat blog sama ada ianya organic traffic atau pun unique visitors? Anda tahu ranking  blog anda di alexa.com atau pun Google PageRank ( PR ) ? Klik [sini] untuk mengetahui apakah fungsi perkara asas ini.

Sebelum melangkah lebih jauh lagi di dalam komuniti, kita perlu kenal contents blog sendiri dan sasaran yang ingin dicapai. Bina blog dengan identiri yang tersendiri. Bila kita dah ada tagline dan mula dikenali di alam cyber, secara tak langsung trafik akan datang. Cuba dapatkan backlink dari blog yang lebih tinggi rankingnya.

Kalau blog anda PR1 dan datang ke blog PR4, minta untuk dilink – itu cara tidak manis. Cara yang lebih berhemah adalah anda link dulu blog tersebut dan hubungi pemilik blog memberitahu anda telah link blog beliau atau kebiasaanya pemilik blog  mempunyai sitemeter yang dapat mengesan link yang datang ke blog mereka.

Cek blogroll saya di Teman Tapi Mesra

Kita memberi sebelum menerima kerana dia blog yang mempunyai PR lebih tinggi dari blog kita tidak mempunyai apa-apa faedah pun dari link tersebut sedangkan kita yang tidak punya PR mengharapkan dilink oleh mereka supaya PR blog kita juga meningkat.

Apa guna ranking segalanya ini?  Untuk memudahkan blog diindek oleh Google dan menghasilkan trafik yang stabil bukan semata-mata dari blogger.

Apa yang anda faham tentang statistik ini? Saya riak . Untuk melihat statistik , masuk ke Dashboard Nuffnang, klik Analytics .

21 dan 22 November  adalah hari Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya trafik berkurangan kerana ramai kawan-kawan blogger kita sedang berendam di PD, membeli belah di Midvalley atau sedang makan-makan sambil snap gambar untuk entri hari Isnin. ( ngaku sajalah sapa-sapa yang buat gini…hehehe )

Untuk menjadi blogger yang mantap dan stabil, unique visitors  tidak boleh terjejas secara teruk walaupun rakyat Malaysia sedang bercuti.

Apa saya perlu buat Kak Jie?

Belajarlahh SEO (Search engine optimization )  untuk mendapatkan SERP ( Search Engine Results Page) yang bagus.

Ini hanyalah sebahagiaan kecil para newbie blogger perlu faham, kalau saya rajin, adalah sambungan sesi membebel ini atau pun tanyalah Pakcik Google.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

135 thoughts on “Sudah gaharu cendana pula, Sudahlah kalah di’fire’ pula.

  1. saya ingat dulu kujie ni lelaki, tapi rupanya saya silap. Biasanya blogger wanita lebih pandai dalam bab blog kecantikan dan shopping(secara umum sahaja) tapi kepandaian kujie dari segi SEO saya sangat respek. Apatah lagi banyak entri yg saya jumpa berada di page utama…

  2. saya tak pandai sangat nak guna shortform. kalau yg, dgn, &, spt tu faham le. kalau yg pelik2 sangat tu memang jenuh nak baca cuba fahamkan. kena baca ulang kali juga.

Comments are closed.