” terimakasih mak long tolong kakak. Kakak x kan lupa forever”
Ini sms dari Ku Mira, anak saudara saya. Baca ayat seringkas ini pun airmata bergenang. Gembeng si kucing parsi .ย
Mira anak adik saya yang menjadi satu-satunya pelajar yang mendapat 5A di sekolahnya dalam UPSR tahun ini. Kejayaan yang sangat mengujakan dari seorang murid luar bandar. ย ย Dia bukan anak pegawai besar , hanya anak seorang pemandu lori dan ibunya seorang pengidap penyakit yang berkait dengan sel darah putih.
Sewaktu saya diumumkan sebagai pemenang top 8 ranking keywords Weblog Popular 1Malaysia anjuran Denaihati , saya berniat untuk berkongsi ย wang hadiah kemenangan tersebut dengan Mira untuk perbelanjaan persekolahannya.
Siang tadi saya mendapat email dari Denaihati memaklumkan wang sebanyak rm 500 ( Ringgit Malaysia Lima Ratus ) telah dimasukkan ke dalam akaun saya. Tentu saya terkejut kerana sepatutnya saya hanya menerima RM 250 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh ) untuk hadiah kemenangan tersebut.
Syukur alhamdulillah, rupa-rupanya RM250 telah digandakan dan ianya untuk Mira. Terimakasih Denaihati atas sumbangan anda – saya bagi pihak Ku Azzatul Amira mengucapkan ribuan terimakasih, semoga anda dilimpahi rezeki yang berkat. Saya telah pindahkan duit tersebut ke akaun Mira dan itulah sms balasan darinya.
Peribahasa: Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.
Bermaksud : Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan
War…Tahniah! Memang mulia kan untuk memberi kapada mereka yang lebih memerlukan. :p Saya nak juga.
.-= tekkaus´s last blog ..Please Pray For My Aunty Annie =-.
owh! moga murah rezeki kak jie dan denaihati…
.-= Zana´s last blog ..Selagi Ada Dia =-.
budi yang baik dikenang jua… ๐
.-= Lan Bingka´s last blog ..Berkenalan dengan bius =-.
tahniah kepada diri kita semua..
.-= mrozaidi´s last blog ..Pakej Photography | Wedding | Pertunangan =-.
Tahniah Kak Jie, tahniah juga buat Mira
Mulia sungguh hati denaihati.. ingat nak bagi no akaun kat dia jugalah ๐
Tahniah.. dan semoga terus berjaya ๐
.-= yati´s last blog ..Mengapa kau menangis lagi =-.
Tahniah untuk Adik Ku Mira, semoga terus tabah~
.-= beliamuda´s last blog ..5 Aplikasi Percuma Paling Kerap Aku Gunakan =-.
Tahniah untuk Ku Mira.
.-= samdaddycool´s last blog ..LELAKI YANG HEBAT =-.
moga bantuan tu akan jadi pembakar semangat untuk mira ๐
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..30 November datang lagi~ selamat ulangtahun! =-.
Waaa syahdu baca entry ni pagi-pagi huhu.. Tahniah Ku Mira. Bestkan dapat Mak Long macam ni.
Semoga Mak Long yang kat sini mampu juga berbuat baik sebaik Mak Long yang itu hihihi..
p/s : char kuew tiaw……char kuew tiaw ……
Salam kak jie. Saudara mara yang terlebih dahulu perlu dibantu jika kita ingin membantu.
Agak lumayan jugak hadiahnya ye.. ๐
.-= TokNabe´s last blog ..Selamat Pagi Malaysia =-.
wahaha, murah rezeki kak
.-= naz´s last blog ..Unexpected traffic from search engines =-.
tahniah! memang power ..
.-= zuls´s last blog ..JerungPerkasa.Com Blog setahun jagung =-.
tahniahnyerr akak kujie tewww..
.-= en_me´s last blog ..janda merana =-.
congrats utk ku amira,
memoga dia maju jaya lagi dan lagi.
entah kenapa pocket tersebak dada kejap…
thanks for the ‘sebak’an itu ๐
(Apa pocket punya BM Daaa.. UPSR gagal nih ..adeh la)
.-= Pocket´s last blog ..235. She Who Live Next Door =-.
Semoga Denaihati dan Kujie akan terus dimurahkan rezeki.
Pakaian yang kotor senang dicuci, hati yang suci sukar dicari.
Semoga Ku Amira akan terus berjaya.
.-= Kak Long´s last blog ..Maafkan.. =-.
tahniah kak..sumbangan akak pada adik Mira pasti akan diberkati…i/allah..
sumbangan pada blogger len xde ke kak??huhu Just kidding..hehe
.-= Mr. Cuz´s last blog ..Iโm a Sherlock Holmes in the Making =-.
Baguslah tu kak jie.. Membantu mereka yang lebih memerlukan dan tahniah kerana memanginya.. Dah jangka dah..
.-= zool´s last blog ..Kenapa nak pengunjung 1,000 sehari =-.
tahniah~ huhu..bestnyer..tumpang gembira…terusksn blog sb bnyk info bley dpt kt sni.. =)
Tahniah ..
terutamanya utk maza yg berjaya mempost yg pertama di sini..
utk Ku Mira itew tahniah juga…
teruskan perjuangan hingga ke liang lahat…
huhuhu
@, aik.. apsal maza jadi anonymous.. heh