Minggu lepas, beritahu kat tempat kerja orang dah kecoh sebab blog kujie2.com. Aduihhh..suspen sangat sebab dia tak mau cerita dari telefon, nak tunggu balik baru nak cerita. Risau juga takut ada entri yang menyalahi undang-undang atau prinsip Rukun Negara.
Bila dia balik, memang tak sabar nak tunggu cerita lanjut.
Katanya office TNB di tapak kerja dah kecoh sebab mereka terjumpa blog saya.
Pelik jugalah kan.. kenapa?
Ada orang telefon site office minta kebenaran nak datang melawat tapak projek. Bila ditanya dari mana mereka tahu mengenai projek tersebut… mereka cakap dari blog kujie2.com. Bila diselidik disiasat, dapatlah tahu siapa suami kepada puan pemilik kujie2.com
Saya tanya, saya ada buat salah ke? Entri saya bahan terlarang ke?
Baca entri saya mengenai projek tersebut di sini:
Tak.. lega juga sebab memang saya tak publish cerita dan gambar yang terlalu spesifik. Tak ada sesiapa yang pernah menulis mengenai projek tersebut, tetapi saya bukanlah orang pertama yang menulis mengenai projek itu diinternet. Carian mengenai projek itu terdapat di beberapa akhbar online contohnya Utusan Online bertarikh 17hb May 2012 dan Berita Online pada 1hb May 2012.
Kalau buka laman web TNB, notis tender untuk projek ini telah ada untuk siaran online sejak 2009. Malah lapora Global Forest Resources Assessment 2010 (FRA 2010 ) pun boleh dijumpai melalui carian internet.
Yang membezakannya adalah saya adalah satu-satunya blog yang menulis secara ekslusif bersama gambar peribadi yang tidak pernah dikeluarkan oleh pihak lain. Sehingga satu rancangan TV3 pernah mengambil gambar dari blog saya secara ‘tanpa izin’ untuk siaran mereka. Baca entri terdahulu di sini mengenai gambar blog saya terpampang keluar di kaca TV – Mintalah kalau Nak, Saya Boleh Bagi
Teganu Kita Session 5
Yang membezakan saya dengan keratan akhbar lain adalah komukasi dua hala yang saya terima dari pelawat. Saya terima banyak pertanyaan dari pelajar yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke tapak projek tersebut. Bila mereka bertanya, saya kan beritahu… itu adalah projek milik TNB, kalau nak pergi melawat, mohonlah keizinan dengan mereka.
Agaknya sebab itulah blog saya dirujuk apabila mereka membuat permohonan tersebut. Saya menasihatkan pelawat menghubungi pihak TNB tanpa menyebut maklumat no telefon atau incharge person.
Tak sangka pula blog ini boleh kecoh disana. Bila dah ramai tahu, rasa tak berapa selesa pula nak menulis terbuka di blog. Orang lain mungkin rasa bangga tetapi saya rasa risau , takut apa yang dipaparkan menjejaskan tugas suami. InsyaAllah semua yang saya lakukan dalam dunia online ini berada dalam pengetahuan suami.
Sekarang ni beberapa kali juga terjumpa jiran tetangga yang secara terbuka beritahu mereka dah jumpa blog saya apabila membuat beberapa carian di Google.
Kalau saya terover lepas cakap, tolong ingatkan ye
sangat berat memang resiko penulis apalagi kalau tulisannya berkenaan dengan undang2 atau tentang isu pemerintahan… ya mesti hati- hati juga…
Wah, power blog akak 😀 Tapi TV3 ambil gambar dari blog ni… Macam kurang beretika juga
Betul tu Kak Jie kadang2 risau nak menulis di blog soal tempat kerja, jiran-jiran mahupun soal keluarga. Saya pernah tarik balik satu entri berkenaan pejabat bial HOD minta saya buat demikian agaknya dia buat carian kat google dan terjumpa kot… Satu hari kami buat majlis raya terus dia cakap yang ni boleh up entri sebab majlis yang gembira…hehehe…
mmg ada risiko…sbb tulisan kita blh di salah ertikan maksud kita yg sebenar..
tapi bagaimanapun hati-hati lah kak ooiii…search the internet
kalau kearah kebaikan tak salah rasanya…tapi respek la sampai tv3 pun bleh cedok gambar kak kujie..siap tak minta kebenaran plak tu..hu3
Risau juga kalau entri kita menyalahi undang2x. Tapi bagus juga kalau ramai yang rujuk pada entri kita.
Saya pernah alami benda sebegini, bila blog saya menceritakan mengenai pengalaman di PUSASDA, segala entry saya menjadi bahan rujukan parent perajurit muda yang nak masuk PUSASDA. Segala maklumat yang saya beri perlu mendapat rujukan dari beberapa pihak dan berdasarkan pengalaman anak saya di sana serta saya mempunyai CD dari pihak PUSASDA setelah anak saya tamat latihan. Benda sensitif melibatkan negara dalam bidang ketenteraan amat perlu mendapat rujukan banyak pihak dan dengan izin.
kadang2 berblogger ni takut tersalah tulis juga…
habis femes kak kujie..
ehehehee
rasanya tak perlu gaduh bab entri tu, sebab bukan buat salah pun. mungkin kebetulan semata-mata.
tapi kuasa SEO kat blog akak memang kuat mcm Denaihati komen.
nota: kalau blog panas-panas rasanya takde ditegur begitu. entahlah.
Selagi kita tak tulis menda mengarut dan fitnah tak pe la. Sekurang-kurangnya kita ada jawapan kalau mereka bertanya. Lainla kalau entry kita berunsur fitnah, kena saman kang, jawab ler..
Ini namanya kuasa SEO.
Saya juga pernah berlaku artikel berkaitan institut dan kawan/pensyarah tegur.
Saya pun penah kena tanya ngan sedara mara sebab diaorg terjumpa entri SPR saya masa mengundi aritu, diaorg ingat sya keja dengan SPR pulak nasib baik job tu saya dapat dari SPR sendiri huhu..satu hal nak jawab pjg lebar sebab ada fahaman politik lain2 hahaha
Projek berimpak tinggi. Lebih-lebih lagi ramai mata tertumpu juga untuk menanti membuat kajian.
The power of SEO
Kak jie jangan risau, teruskan menulis. Banyak yang bermanfaat daripada blog ni.
Aah betul..kadang2 sesetengah urusan kerja perlu dirahsiakan oleh pasangan masing2..
Kes kak jie patut dijadikan ikutan, pastikan pasangan tahu apa yang ditulis online
Bila dah ada yg tahu…mmg betullah kak jie..rasa ada ‘kurang selesa’ tapi rasa ni akan buat kita lebih berhati2 dalam penulisan kita
ayat last kak jie paling best….tegur saya juga yer kak jie =)
Memang pun kalau jiran tetangga kita tahu yg kita ni blogger,mmg rasa terbatas sikit untuk menulis dalam blog – paham perasan tu :).Tap tpi saya percaya Kak Jie bukan tulis benda2 yg tak manfaat.
* tapi takut ada orang cakap gini jer “tolong delete posting ni,nanti saya report polis” hahaha #trollfb
hohoho…sampai ke sini…hik hik hik =)
sama macam belajar kat penjom golmine dulu. Memang takkan tulis cerita masa belajar kat sana. Memang tak leh ambil gambar kat sana..
Susah juga sebenarnya mengalas jawatan blogger kak….macam2 yg berlaku walaupun kita x minta… x perla kak..akk dh buat yg terbaik…
tu dia aih…kecoh sekampung dibuatnya..:D