Saya dapat satu job. Tanpa bayaran walaupun selepas dikira ditolak dicampur dan dibahagi kerugian lebih besar di pihak saya.
Saya tolak.
Agent telefon berbincang dan akhirnya saya mendapat bayaran untuk kerja tersebut.
Happy Blogging!
Saya mendapat satu job. Tanpa bayaran . Selepas dihitung semua termasuk kaki jari kaki tangan, ada kelebihan bukan bentuk wang ringgit.
Saya terima.
‘Persahabatan’ ini menjadi lebih harmoni.
Happy Blogging!
Tiap orang ada T&C yang berbeza untuk merasai bahagia tersebut. Apa yang buat kita happy belum tentu dia pun rasa yang sama. Apa yang dia happy mungkin kita sedikit annoying.
Inikah dunia, ada pelbagai sisi kehidupan sudut pandangan bergandung dari arah mana kita melihatnya – orang Shah Alam nampak lain, orang Rawang melihat sisi lain atau orang Taiping menilai menggunakan calculator berbeza. Lokasi, cara hidup , kelapangan atau matlamat mungkin berbeza.
Bukan pihak luar yang selalu ‘kencing’ blogger, blogger sendiri pun ada yang mengambil kesempatan ke atas blogger. Sepuluh orang blogger yang saya jumpa, tujuh darinya mengadu tentang sikap seorang blogger yang sama. “Jangan bising kecoh nampak kuman diseberanglah……….. macam tepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri”
Nasihat saya cuma satu – hati-hati memilih kawan biarpun ada mulut yang mengata ‘ awak ni pilih kawan’ .. sebab agama pun menyuruh kita memilih kawan yang sebagaimana sepatutnya kita bergaul. Kalau orang tak nak berkawan dengan kita, bukan salah orang, tetapi cuba check buat audit diri, kenapa. Cari sebabnya dari diri sendiri dulu sebelum mula mempertikaikan kenapa orang tidak menyenangi diri kita.
Jangan terlalu lepas bebas, simpan ‘nilai’ diri untuk dihargai!
©kujie – cuti – minggu depan baru ada kelas, membebel ajelah …hahaha
setuju kak jie kita jangan terlalu lepas bebas,,,harus punya nilai diri untuk di hargai, jika tidak orang lain akan bertindak seenaknya saja…
ada pro dan kontra yang penting kata hati kalau suka terus boleh on kalau tak say next time….
kalau la alin yg dpt job tu lagi tak tau nak buat camner..hehehe
banyak lg sy kena belajar dgn blogger2 lama ni
Walaupun banyak benda memerlukan kita untuk menjana wang, tapi kadang-kadang tak semua benda kita kena buat untuk dapat duit semata-mata. Masa awal2 blog dulu best kan kak jie, ukhwah sesama blogger sangat erat walaupun tak semua pernah jumpa. ^_^
salam kenal mba jie, semoga bisa saling berbagi
7/10 kira ramai tuh , harap blogger tuh berubah la…hoho
macam-macam ragam orang… saya pun baru jer first time dpt job… tak minta banyak. hanya terima saja apa yg company tu nak bagi. yelah baru first time… nak banyak cengkadak pun, saya sedar blog saya masih belum setanding dgn rakan-rakan blogger yg hebat-hebat. dan masih blur2 lagi.. mujur ada antara rakan blogger yg sudi bantu memberi pandangan… saya masih lagi belajar… harap dpt juga sukses seperti rakan-rakan blogger yg lain…
dapat juga job tu, saya langsung takde..
macam pernah nampak aje gambar batu bulat tu..
semoga menjadi inspirasi saya,makasih bunda
Ulama kata kalau kawan dengan penjual minyak wangi pasti lambat laung minyak wangi akan terpalit juga di baju kita …
Saya tak pernah dapat job…segan weh nak komen sini 🙂
blogging adalah aktivitas yang sangat menyenangkan, walau tanpa ada bayaran sepersenpun dan hasil memuaskan dari blogging semoga tidak menurunkan semangat kita dalam berblogging 🙂
haaa.. kenapa ni , kenapa ni.. hehe
sama ada benefit atau kelebihan dari segi material atau bukan ia terpulang kepada kita untuk menilai. benda ni agak subjektif. kalau nak ikutkan business minded akan nampak material, tapi boleh dibincang atas budi bicara. satu hari nanti blogger boleh jadi karier yang ekslusif.
ha haha..tak ada apa pun
saja nak tunjuk gambar dragol ball 4 biji tu… hilang 3 biji 🙂
tepuk dada tanya selera..mana event yang best akak pergi walaupun tak dapat bayaran. alhamdulliah belum terkena lagi..kalau terkena memang akak buat N3 dalam blog.
Bila dah banyak udang, maka banyak lah garam dan banyak lah ragam…..kena bijak memilih.Tak salah nak ambik mana-mana tawaran yang percuma,mungkin seseorang tu ada matlamat dia sendiri dan calculator dia sendiri.
Cuma yang tak sedap didengar bila ada yang tertipu dan ada yang ambil kesempatan di atas “rugi” orang lain.
Masing-masing kena ingat,kena bijak membuat perkiraan untuk periuk nasi sendiri.
Happy Blogging!
tengok bila makcik membebel..tu.la..hoho..nasib la sy ni jauh..dijemput..xdenya..so malas nak.makan hati sgt..sebab kompem xdijemput..psl blogger makan blogger tu..xleh ckp ape le..die sendiri tau..payah gini
Sifat kita suka audit diri orang berbanding diri sendiri. Bila kena tegur mula nak tarik muka sampai strok.
Bawa-bawa jaga diri dan keluarga. Yaya.
p/s; Eh. Lari topik ke acane ni?
kak jie walaupun tiada bayarn tapi blogging is my passion, networking tu penting kan, saya sokong kata2 mak jie boleh??
Saya blogger yang belum masuk komuniti sangat…. Apapun ini nasihat yang sangat berguna terima kasih kak.
Huhuhu,kak jie kata kak saya….Takpe2..nanti saya pergi umah kak jie culik kura2 kak jie..Hehehehe…
nak mengata kak jie le tu sampai typo
tu daulat tau tak… hahahaha…berani lagi
FA sgt menyokong entri kak jie yg ini 🙂
Wow, kak Jie mengingatkan saye kenape saye menulis blog. Yup, saye menulis untuk suka-suka. Seronok ;p
Kak Jie, Mungkin sebab blog sumber pendapatan diorg. Jadi mereka terpaksa berbunyi.
Bagi pendapat saya yang berkerja dalam bidang media sosial, apa yang brand mahukan adalah impak untuk brand awareness. Apa yang bloggers boleh lakukan ialah buat post secara percuma untuk pertama kali. Kemudian, track berapa banyak artikel dibaca, share, tweet, komen dan sebagainya.
Tunjuk kepada mereka bukti yang boleh korang lakukan & then insyallah, mereka tidak akan teragak-agak untuk membayar korang =)
*berdasarkan pengalaman sebenar =)
berbunyi ni kes dah ada T&C untuk dibayar, ada blogger uruskan ( jadi pihak ketiga) yang lesap mcm tu saja
dia makan sorang… blogger newbie tu dipergunakan.
hurm… tu lah.
simple je… kalau duit tu bukan hak dia, nanti ada la kurang kat mana-mana.
Terima kasih kak jie…bebel benda2 macam ni…
Ramai yg sangka, semua pakai kalkulator jenis yg sama…
jadi, tak payah kita nak rasa tak senang dgn org itu dan ini…kita semua tak sama.. =)
blogger dengan blogger pun nak menikam..hmmmmmm
Sy pergi makan steamboat , sy bawak adik dan adik ipar serta anak2 , tulis review secara percuma , tokey bg diskaun sbb saya nak tulis , pr lain bagi payment utk selitkan applikasi cari makan – happy blogging
terbaiklah puan bee..terbukti…tak salah ambe jadikan puan bee antara model blogger utk dijadikan panduan…
ohhh gila ramai yang komplen pasal blogger tu ye, 7/10 tu…nak bagi juga peribahasa femes ni, “ibarat tin kosong” bunyi je lebih tp isi tarakkkk kehkeh
Yep kita ada cara kita tersendiri bagaimana kita nak berhadapan dengan situasi tertentu. bak kata orang, blogger ada harga tersendiri, setiap kita punya pandangan yang berbeza.
dayah bamyak kali “makan hati” dengan sorang blogger agak otaimer nih..
tapi…lepas tolak sana tolak sini *sedar diri dayah nih pun bukan sempurna
dayah lupakan je ‘sakit hati terasa hati terasa ditipu terasa ditindas’ dan maafkan je blogger otaimer tu.. kalau ada lebih dayah halalkan kalau kurang dayah mintak maaf..
dayah syukur.. sebab dayah dapat kenal kak jie..
🙂
kalau tak kerana kepahitan itu… dayah mesti tak kenal kak jie..
ayat seterusnya adalah ayat bodek.
kak jie punya sweet lagi sweety tu dah cover banyak dah..
hekhek
makan hati juga salah satu menu sedap dunia blogging … ha ha ha
hahahaha.. akak nih…. ahahah adoyai…
kan dah kata akak nih sweet…
hahaha.. adoyai..
saya setuju dengan apa yang akak tulis…tak semua org menulis kerana wang.. dan tak semua juga menulis dengan percuma…
tak pernah lagi buat job utk blog melibatkan wang..salam kenal..
heee… memilih kawan itu perlu.. tpi biarlah tak ketara sangat agar org tidak terasa 🙂
sy sendiri tak paham sebenarnya, tapi mungkin entri kesedaran rasanya… errr
nota: muka tak sihat lagi nk mengomen entri blog. wuuuu jangan marah haaa
Saya buat satu job, tapi tak dapat satu sen pun. Saya tak suka. Tapi lepas tu saya dapat job lain mencurah-curah… saya suka.
Suka atau tak suka, hidup kena diteruskan… heh heh
haiiiihhh… duniawi blogging yang lebih laro dari dunia realiti.
ikhlas berkawan, moga org juga ikhlas berkawan dgn saya
best entri ni… buat pedoman ambil iktibar dan pengajaran atas pengalamn..mgkn pasni ada yg berubah fikiran..
Ada juga blogger mkn blogger.. mcm2 tp depan mata je.
Payah hendak jaga hati dan kepuasan diri sendiri. “Tepuk dada tanya selera”
nice post kak kujie, mesti ramai blogger yang sentap baca ni.. apapun point yang disampaikan kat sini memang sangat betul. kita yang menulis di blog kita sendiri jadi kalau ada apa-apa tawaran yang datang, kita kenalah bijak memilih sama ada nak terima, tolak atau bincang dengan lebih mendalam lagi dengan mereka.
Kalau dah nama manusia tentu ada kekurangan di sana sini. Macam kata Kak Jie, cermin diri kita dulu setiap kali nak kata tak baik pada orang lain….blogger hanya manusia biasa macam yang ada atas jalan raya jugak
nice advice.
mana yg baik kita jadikan teladan, mana yang tak baik kita jadikan sempadan.
memang tak boleh nak tahu apa yang orang lain fikir dan mahu, tapi jadilah diri yang terbaik. insya Allah Allah akan membaikkan semuanya 🙂
kawan dengan orang jenis macam tu, sedikt sbnyak kita akan jd jenis macamtu.. memang perlu hati2 dalam memilih kawan untuk dibuat kawan..
Teringat ayat dari sorang blogger terkenal..”susah nak puaskan hati semua orang”.
Kadang2 niat kita lain, tapi yang orang faham lain. So, pasrah je la.
Akan saya ingat pesan ini.
Salam kak jie, ila cuti panjang jaga baby kat rumah. Entah bila berpeluang dapat jumpa kak jie lagi