Lewat malam tadi sewaktu keluar untuk check pintu kereta, pintu rumah dah berkunci sebelum tidur, saya terpandang sesuatu berwarna putih di hujung laman rumah.
Capai kamera telefon, inilah hasilnya.
Merpati Putih berbunga lagi. Dah lama tak nampak orkid hutan ini berbunga. Bentuknya sebelum berkembang seperti seekor merpati. Kalau dipusingkan tambar ini, memang jelas nampak bentuk seekor burung merpati putih sebagaimana bunga ini mendapat nama.
Siang tadi saya minta Intan tolong ambil gambarkan gambar white dove orchids ini kerana saya dah keluar rumah sejak awal pagi. Inilah gambarnya bunga Orkid Merpati Putih dari halaman rumah. Orkid hutan ini dah kurang , kalau dulu ada 2 bekas besar yang digantung dihalaman rumah. Boleh tengok gambar di sini – Wanginya Merpati Putih
Orkid berbau wangi ini hanya kembang sehari.
Nota : Jarang keluar event jauh.. hari ni pergi Seremban pun rasa penatnya. Faktor usia , mungkin… hihihi.
wah indah sekali bunga anggreknya saya baru pertama lihat,,,,
cantek. subhanallah!
Cantik. Ingatkan merpati putih burung. Cantik orkid ni ya
Mak saya pun suka orkid hutan sebab wangi…
ingatkan betul-betul merpati tadi rupa-rupanya bunga orkid…..
rasanya rumah mak mertua PM ada juga bunga nih…
Sayang kalau terlepas moment seperti ini.
ooo…baru tau namanya merpati putih..kat rumah saya pun ada.agak jarang berbunga.
Kalau dapat gambar close up lagi cantik nih 🙂
memang unik ni kak
D kampung saya bnyk bunga2 macam nie …
seriously, fes time tngok niii…
rumah orang tua saya ada orkid ni..memang jarang berbunga..tapi cantik.
keistimewaan orkid hutan… dia ada bau wangi… kalau nak beli kat nursery, berpuluh-puluh harga dia.. huhu~