Pendedahan Nuffnang Yang Tidak Pernah Ditulis Oleh Blogger
Blogger

Pendedahan Nuffnang Yang Tidak Pernah Ditulis Oleh Blogger

Ini adalah earning Nuffnang dari 14 September 2008 hingga 03 November 2010 .  Tempohnya 2 tahun 1 bulan 18 hari atau  780 hari dengan jumlah earning yang di cashout RM 110.85 (  + seringgit kos penghantaran cek )

Earning dari blog kajian ini bukan kujie2.com tetapi blog lain yang saya juga Administratornya. Ada blogger yang tahu, ada yang tidak tahu , jadi tak perlulah saya sebutkan blog mana.

Blog tersebut tak pernah dapat Buffered Earnings dan jauh sekali nak bertukar menjadiiiiiiiiiiiii raksakse…. Metered Earnings.

Semua jenis iklan ada tetapi selalu hanya keluar logo Nuffnang saja.  Sebagai seorang blogger yang mengenal dan berdaftar dengan Nuffnang sejak awal kemunculannya tahun 2007, sudah tentu tertanya-tanya juga di dalam hati, kenapa mengapa dan bagaimana.

Visitor? Trafik ? Mari kita tengok lalulintas di blog tersebut. Sesak seperti Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ke atau macam Jalan Hantu Mak Limah di Baling Kedah. ( tak de jalan ni kat sana…tak payah google maps)

30254 ( Tiga Puluh Ribu Dua Ratus Lima Puluh Empat Sahaja ) untuk minggu ini yang cuma diupdate 2 kali BUKAN 20 kali adakah tidak mencukupi?

Apa yang tak kena?

Jawapan standard  ” tak menepati kehendak pengiklan”

Kalau itu jawapannya – trafik yang melimpah ruah bukanlah syarat untuk mendapatkan BE. Tips yang selalu blogger canang²kan itu dibuktikan SALAH!

Trafik bukanlah syarat utama.

Update survey segala tu adalah asas yang semua blogger perlu tahu pun telah dikemaskini.

Blog tersebut walaupun mempunyai trafik yang tinggi dan pengomen yang aktif tetap tidak MEMENUHI SYARAT untuk mendapatkan BE.

Ada syarat tersembunyi yang ramai blogger  ( ada juga beberapa blogger  dah celik mata bab ni ) tidak nampak.

Syarat tersembunyi – tulis mengenai Nuffnang dan bagi dia backlink.  Itu yang tidak pernah blog tersebut buat.

Backlink………backlink……….backlink.

Iklan adalah perniagaan – backlink juga berada  dalam kontek perniagaan online.  Tahukah anda, backlink boleh dijual beli?  Berapa harganya ?  RM 0.25?

Contoh yang paling mudah  dan asas- jika anda menulis Advertorial ( post berbayar ), anda perlu meletakkan backlink kepada pembayar post tersebut.  Itulah jual beli backlink .

Kenapa tak buat backlink?

Konsep mudahnya – blog kita milik kita, pengiklan hanya MENYEWA RUANG.  Code berat gedabak yang diletakkan di blog kita telah memakan banyak masa loading yang menjejaskan blog kita.  Harga yang perlu dibayar sepatutnya setimpal dengan kedudukan blog tersebut.

Betul ke blog tu hebat sangat sampai nak claim BE dengan Nuffnang?  Layak ke blog tersebut?

Selepas Cash Out earning  pertama  untuk tempoh  780 hari dengan nilai RM 110.85 , blog tersebut telah memasang iklan dari Innity.

Mari kita lihat pencapaiannya.

Tengok hasilnya – 15 hari ( 03 Novembar 2010 – 18 November 2010) –  RM 555.86 .  Tak sampai 15 hari sebenarnya kerana :

* 03/12  pasang iklan dah malam
*18/12  hari ini belum berakhir

* Innity akan update earning 3 kali sehari bukan seminggu sekali.

Nampak perbezaan yang SANGAT KETARA. Kalau rekod blog tersebut terlalu buruk , perbezaannya mungkin dalam julat yang kecil.  Berganda² bezanya sampai tuan blog susah hati. “Culture Shock ” selepas 2 tahun dibuai² dengan tips dan tutorial mengenai Nuffnang tetapi realitinya sangat berbeza.

Entri ini dengan bukti – bukan cakap kosong. Saya cuma mahu blogger buka mata dan berfikir kerana saya tak suka menulis apa yang sebenarnya ‘ada dalam hati’ sendiri. Saya tidak mahu mempengaruhi pembacaan anda dengan teori dan pendapat saya.

Kalau ikutkan apa yang ada dalam fikiran saya, banyak yang hendak ditulis tetapi saya tidak mahu menyakitkan pihak lain.

Penulis² tips sila baca dan faham entri ini – kaji semula dan ubah suai tips yang sering anda sogokkan kepada blogger baru yang sering dahagakan ilmu.  Ada satu tips PENTING yang sering dilupakan.  Jangan tulis tentang trafik – saya telah membuktikan teori trafik banyak dapat banyak itu salah!

Saya tak share tips tersebut secara terbuka ( kerana saya tahu itu syarat tersembunyi yang cuba dinafikan )  tetapi beberapa kali saya membalas email blogger yang bertanya soalan tersebut.

Ramai yang tak suka pendedahan ini kerana ianya pahit.  Saya minta maaf walaupun tiada kesalahan pun dalam bukti yang saya paparkan.

Nota : Post ini untuk blogger yang sering bertanya dan mahu ambil tahu mengenai Nuffnang, kalau komen anda ” aku tak kisah…. saja-saja letak Nuffnang…. “ post ini BUKAN untuk anda.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

172 thoughts on “Pendedahan Nuffnang Yang Tidak Pernah Ditulis Oleh Blogger

  1. terima kasih kak ji dgn post ni… sebenarnya saya nak cari lain ,,, tapi jumpa lain.. terjumpa tajuk akak ni… menyirap gak la.. .. anyway thank…

  2. wah..terbaeeekkk la kak jie…saya bru berjinak2 ngn nuffnang..nasib baek dh bace artikel kak jie ni..tq so much! jom lawat htpp://mysimplyzon.blogspot.com

  3. Tu la kak kujie, saya pelik jugak, blog saya traffic memang cikai, tapi agak selalu la promote iklan2 nuffnang kat entry walaupun tak di bayar..

    Tengak tengak ada BE masuk hehheh

    ;p

  4. Ha ha.. betul sangat, saya dah beberapa kali email pd nuffnang, tanya…& jawapannya tetap sama “ta menepati kehendak advertizer”. Walau pun dah “Gelihati” tapi earning masih 2.30 sen dari dulu…. tu pun entah siapalah yang kesihan nak “sedekah” dua kupang lima duit kat teman

    1. kes kau sama dgn aku.. total uniques aku dah 1k lebih.. tp still rm2.15sen.. pada hal rm2.15sen tu tu tarikhnya 8.4.13.. sekarang dah 20.4.13 … terus aku remove nuffnung bila terbaca blog kak ji ni n menggantikan dgn Innity plak… baru register..

Comments are closed.