Salam dan selamat berhujung minggu kawan². Entri ini diterbitkan khas untuk meraikan kegembiraan seorang rakan blogger yang baru mendapat cahayamata.
Saya pernah bertemu dan makan malam bersama pasangan ini sewaktu mereka baru sebulan berkahwin. Masa ni sang isteri baru mabuk loya – baru disahkan mengandung bunting pelamin.
Tweet pagi tadi yang mengesahkan kedatangan ‘orang baru’ yang menjadi cenderamata anugerah sebuah perkahwinan. Tahniah Azman Ishak
Sepanjang 2 hari beliau berkampung di PPUM menunggu isteri bersalin, beliau berhubung dengan kami rakan² blogger melalui twitter. Melayan perasaan menghakis resah dan debar, beliau dan rakan² saling sokong menyokong melalui twitter.
PPUM bukan hospital yang hubby friendly yang membenarkan suami masuk menemani isteri di labour room. Bayangkan macam mana suami berdebar ” dok kelitin” di luar sedangkan orang tersayang sedang berjuang menahan sakit dan penat melahirkan zuriat mereka.
Apa² pun sekarang Mr & Mrs Kreuger telah pun selamat menjadi ibubapa kepada seorang bayi lelaki. Tiada maklumat lain kerana Encik Azman terlalu sibuk untuk update – dia menguruskan sendiri isteri dan membuat persediaan sendiri membawa ‘orang baru’ balik ke rumah. Kita bagi dia ruang dan waktu untuk menguruskan tanggungjawap pertama seorang bapa.
Nota : Azman Ishak adalah Penulis Tamu Hidup Biar Sedap dan individu yang banyak menolong saya membina blog kujie2.com. Terimakasih daun kari… Lama sudah kami kenal – dari zaman bujang, bertunang , berdua dan kini bertiga.
Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28) – Moga akan menjadi ibu bapa yg mampu mendidik anak2mu di dunia dan akhirat dan menjadi ibu bapa idaman anak-anak .
p.s – malam dinner tu saya juga jumpa Noktahhitam @ Eddie – dia pun dah bertunang 2 Ogos 2010 dan dijangka melangsungkan perkahwinan hujung tahun depan. Jangan lama sangat Eddie – nanti makin jauh ditinggalkan Azman.
p.s Tahniah untuk Cikgu Naman dan Mrs Fiza – ulangtahun perkahwinan yang ke dua
p.s – ramai betul Mr & Mrs Blogger – abang………. jom jadi blogger! Kita jadi Mr & Mrs Anwar.
©kujie – sering terbayang terkenang peristiwa kelahiran setiap anak². Kami suami isteri masih lagi bercerita berbual mengimbau rasa dan turutan kejadian² sebelum kelahiran setiap anak² – yang berbeza dan itulah baja cinta rumahtangga yang disiram untuk berkembang sepanjang tempuh perkahwinan.
salam kenal k jie.. hehehe.. perasankan link akak bg kat komen naman.. tq kak..
masa wife bersalin haritu kat Putrajaya..
Suami boleh temankan isteri, tengok kesusahan semasa proses melahirkan..tapi bila part nak vacuum baru suami kena duduk kat luar
alamak..sori kak jie..hehe..
2,3 hari ni memang jarang berblog..sebab banyak kerja ‘offline’ yang kena di selesaikan..hehe
TQ ya!
tahniah la buat pasangan kruger ni.. hehee.. mmg penyeri hidup berkeluarga bila ada anak ni.. selamat ye..
cepat2 la kawen tu… 🙂
untie pun banyak gak.. >.<
hahahaha lupa.. Kepada nokta hitam nak jadi puteh tu camat brtunang n brsanding ‘nanti’
and kepada semua nya moga happy2 selalu.. Amin
salam kak kujie.. Suka2 entry nie. Ape2 pun jalani tangungjawab dengan sempurna.. Hanc yang belum kawen nie mendoakan kawan2 hanc.. 🙂
‘semua perjalanan jadi cerita’ betul x??
Dah baca entri Azman uruskan uri anak sulungnya itu.
Fuh, kagum sungguh!
Masih terasa-rasa menyambut anak bongsu di hospital Putrajaya 6 tahun yang lalu suatu pengalaman yg mesti disaksikan oleh setiap ayah, bapa atau abah. Pengalaman ini insyallah akan menjadikan kita ayah yg terbaik untuk anak2nya….kita ada tanggungjawab untuk dunia dan akhirat.
Tahniah…. tahniah…
anak anugerah Allah… dan juga rezeki….
tahniah bro sbb dah berjaya menguruskannya dan dah jadi papa
xoxo kiss hug kiss hug for the baby.. muuuaahhhhh 😉
Tahniah bro…
Bab bersihkan uri, terkenang masa anak pertama.. Biasanya aku tak mabuk darah / loya.. tapi ntah tak tau kenapa masa basuh uri tu memang lain macam rasa.. Nak termuntah dll…
bertambah lagi rakyat Malaysia,
TAHNIAH buat Mr & Mrs Kreuger
best ada bayi .
perh,ramai uncle betul baby tu hahaha. tahniah bro 🙂
lepas habis baca entri kak jie terus berangan tgh duduk atas pelamin 😀
Alhamdulillah, baru beberapa hari lepas saya dan isteri sambut kelahiran plugin WP sulong kami. Hari ni Azman dan isteri sambut kelahiran anak sulong lebih bermakna dari Plugin WP. *sob* *sob* (tak tau apa kaitan)
Tahniah azman dan isteri. semoga menjadi ayah dan ibu yg baik dan anak itu bakal menjadi anak soleh. AMin
congrats to encik azman ishak dan isteri.. wah seronoknya beliau dah jadi bapa.. teringin gak ni 🙂 hehehehehe
seronok azman, tak pernah – pernah sms dengan dia tut tut hari ni berbalas sms! hahaha
anak menakan aku la! haha
Tahniah kepada Man…Alhamdulillah selamat
baru selesai uruskan uri baby…
alhamdulillah… teknik yang betul.
ada orang tolong ajar. saya basuh
sendiri. nak kata geli tu tak la…
itu pon hasil zuriat sendiri… buat apa
nak geli kan.. hehe
P/S: nanti saya buat entri basuh uri.
siap ade gambar.. sila jangan pengsan
sapa yang bukak blog saya nanti.
hang cepat la post gambar adik aku tu.. hehe…
share apa yang patut kakjie, sy dulu tak takut darah tapi bila tgk uri tu dah jadi seram sejuk, geli dan mcm2 lagi, time 1st time nak pegang pun dah rasa lain mcm, maklumlah tak pernah tgk
tapi dalam hati dok selawat, pastu masa cuci fikirkan yg uri tersebut adalah pelindung anak kita masa dalam perut, semuanya dilakukan sendiri sampai siap, bungkus dan tanam
ni hah…bapa² datang turunkan ilmu
pengalaman baru
bro, kena bljr tu basuh uri, aku dulu dari basuh dan tanam semuanya buat sendiri, huhuh
part cuci uri tu make sure semua darah hilang, ambil masa skit la dan jgn geli ataupun takut, igt uri tu adalah peneman anak kita selama 9 bulan dalam perut ibu dia
tahniah azman ishak kerana mendapar cahaya mata lelaki, semoga ianya diuruskan dengan baik
aku nk tgk gambaq baby lekaih lekaih hehe 😆
aduh… terharu giler kak jie buat entri.
buat masa ni masih lagi sibuk kemas rumah.
update apa yang patut… buang yang mana
tak patut… buang habuk… semua semua
buat persediaan dan kelengkapan.
ok kak jier series terharu dengan kak jie dan
kawan kawan.. saya nak pergi kursus basuh uri ye.
Ya Ampon… mesti buat jugak.. saya dah jadi papa.
hehe…
Salam ceria untuk kak jie sekeluarga dan jugak
rakan rakan yang membaca blog kujie2.com.
ahaha tak boleh blah..
w00t w00t~ sila beli domain untuk anak :p
Tahniah!!!! 🙂
wah..selamat menjadi bapa kepada bro azman ishak..anak sulung tu.