Saya terima surat dari Maktab hari Jumaat 06-08-2010 sedangkan majlis dan anak² sepatutnya balik 04-08-2010. Anggap positif sajalah – pihak maktab sibuk untuk membuat persiapan sebagai tuan rumah.
Perkeliling ini dengan jelas memberitahu pelajar pulang pada 04-08-2010 dan perlu kembali pada 09-08-2010 dan sebahagian pelajar yang terlibat sebagai AJK akan berada di maktab.
Jelas dan nyata – saya faham kerana Angah antara AJK yang terlibat dan mengikut pemahaman saya, Angah tidak akan balik kerana bertugas. Selesai satu kes. Tidur lena diulit intan.
Malam tadi, sekitar jam 11.15 malam, telefon cap ayam saya berdering ” mama …………ambil Angah kat Jalan Duta”
Argghhhhhhhhhhhh…sudah! Kereta tak ada!
Cik Serena dah ada pembeli baru dan Encik Pajero masih di Kajang dengan Along. Takkan saya nak ke Jalan Duta dengan Shrek malam² buta macam ni. Sejak kes saya kena ragut, trauma saya naik Shrek.
Telefon kakak ipar yang rumah dia selang 3 pintu dari rumah saya untuk pinjam kereta. Kalau dia pun tak ada, saya tak akan segan silu untuk telefon jiran² yang nombor telefon ada dalam simpanan. Demi anak² – seorang ibu sanggup lakukan apa saja. Nasib baik kakak ipar saya belum tidur .
Memandu melalui Rawang dan Templer Park yang sunyi dan gelap mengambil masa kira² 30 minit untuk sampai ke Jalan Duta jika sekiranya tiada kesesakan seperti malam tadi . Ada kemalangan di hadapan Flet Jalan Kuching.
Sepanjang perjalanan diri dan keselamatan saya hanya berserah pada Allah – berselawat dan berzikir sepanjang jalan dan yakin seyakin yakinnya bahawa hanya Allah tempat saya mohon perlindungan. Insyaallah – itu yang saya amalkan. Alhamdulillah saya selamat tiba di rumah jam hampir 1 pagi.
Ops…. singgah drive thru McDonald’s® kena paw GCB satu set.
Sejak Angah bersekolah asrama di utara tanahair tahun ini – inilah kali ke-4 dia balik bercuti dan setiap kali juga ada saja peristiwa yang buatkan rerama berterbangan dalam perut! Senak perut mama tau….!
- Kali pertama balik – belum subuh jam 4 pagi saya dah terpacak tepi landasan keretapi Rawang – dia tak juga muncul ! Akhirnya dapat panggilan ” ” Angah kat KLSentral, tertidur tak sedar terlajak “
- Kali kedua – saya dapat panggilan tanpa diduga ” Angah ada kat R&R Sg Buloh , terlajak R&R Rawang ” Dia pinjam telefon makcik cleaner kat R&R Sg. Buloh
- Kali ketiga cuti bulan Jun lepas – beberapa jam sebelum menaiki bas dia telefon ” mama…….tiket Angah hilang”. Nasib baik adik² saya ada dekat maktab dia, belikan tiket baru dan selamat tiba di KL.
Kadang² saya rasa lebih baik saya tidak tahu jadual balik dia – supaya hati tak resah dan debar sepanjang hari menunggu panggilan telefon tak terduga. Biar saja dia pandai² balik dan pandai² cari saya! Biarkan saja dia tempuh semua pengalaman² ini untuk membentuk pelajaran tersendiri untuk diri dia. Saya sayang anak² tetapi saya lebih suka anak² belajar dengan kemahiran hidup mereka sendiri. Kemahiran bertindak pada waktu yang sesuai.
©kujie – Tingkatan 1 memang saya tak benarkan dia ke sekolah berasrama tetapi sekarang dah Tingkatan 4 – dia perlu keluar dari ketiak mak untuk proses persediaan ke universiti nanti – Insyaallah .
Kelakar bila baca kisah Angah kalau dia nak balik rumah . Macam – macam hal .
Dan terharu juga bila baca apa yang kak Jie buat . Seorang ibu memang begitu .
asyik duduk bawah ketiak mak susah jugak kan ? kak….
Angah terer bab pelajaran, tapi bab pengurusan diri ada kelemahan .. takpe, nanti dapat GF memang terer uruskan dia..
tul.. kdg2 anak2 perlu berdikari sendiri.. tapi mak ayah tak leh lepas tangan tanpa pemerhatian..
takperlah… kerana anak kan…. teringat plak masa kat matrik dan tahun 1 kat ump…. suruh mak ambil…hehehehehe
hoho..sekali sekala..kita kena biar anak kita balik sendiri. Tengok sampai ke tak..
salam kak tak jumpalah..maaflah susahkan akak..boleh akak tolong tengokkan blog nurul??
boleh….cari je kt editor > Stylesheet (style.css )
Kak, utk background dah jadi…tapi lagi 2 bahagian tu belum jadi lagi…kak warna tajuk entry boleh tukar jugak ke??
owh..klu gitu acik doakan yg terbaik buat angah. Alwiz refer anything n everything wit ur parents yeah.
salam kak nurul dah cuba tapi tak menjadi..tak tahu dimana silapnya..boleh akak bantu nurul??kalau boleh nurul akan emailkan pada akak id blog nurul..
huhu pandai betul anak kakjie jawab, cari loceng tak jumpa yer,kakjie kn pesan kat dia, kn bagitau driver kalau nak turun kat mana2
tanya dia kenapa tak turun kat R&R Rawang sampai terlajak ke R&R Sg Buloh…
” angah cari loceng nak tekan tak jumpa”
hahaha..mana ada bas ekspress ada loceng..erk…mungkin ada tapi bas ekspress bukan macam bas lompat2 kena tekan loceng.
itu pengalaman dia…hehe 😆
semua mak akan buat apa saja utk anak dia… 😆
Dia tau – kalau bagitau bila dia nak balik, mama mesti susah hati
dah sampai baru telefon 😆
kejutanlah sangat 😆
hahaha tiba2 rasa lapar 😀
Dashboard > Appearance > Editor > Stylesheet (style.css ) > cari body {
background: #fcfcfc; > tukar color code tu
nak cari code kaler yang lain search ” html colour code”
tak pe..faham…orang tengah terujah jadi bapa 😆
Sebab itulah Kak Jie masih percaya dia boleh uruskan diri walau berada 400 kilometer dan jarang masuk campur kalau tak perlu. Selagi pelajaran dia ok dan dia semakin meningkat dari segi penampilan peribadi dengan menjadi wakil/ ajk persatuan dan kokokurukulum – kak jie prcaya dia boleh menjadi lebih alert dgn persekitaran.
kena yakin saja – dia boleh – dan kita pantau dari jauh – biarkan dia tempuh semua tu
salam perkenalan..budak-budak zaman sekarang memang patut dibuat begitu untuk menjadikan mereka seorang yang boleh erdikari pada masa akan datang kan..
Akak nak tanya mcm aner nak tukar colour background blog wordpress yer??
at least, others can learn from.
semlm dia balik…. kak jie dah tidur
dia bercakap dgn ayah dia..sampai pagi 😆
tiap tahun mesti kena panggil dgn cikgu kaunseling di sekolah
dia tak mcm murid lain walau dia bijak di sekolah
ada bahagian2 yang dia tak mahir
inilah bahagian nya…
bab pelajaran – sentiasa jadi top 5 di sekolah tetapi bab hubungan social , bab remeh2 – bab diri dia kurang
ini adalah personaliti dia
sebab itulah kak jie tekadkan diri tetap benarkan dia berasrama penuh – persediaan dia untuk melanjutkan pelajaran kemudian hari
doalah moga2 dia dpt seimbangkan diri dlm akademik dan personaliti
ingat tak kay.. kak jie cerita perihal angah…yang intan cemburu giler tu 😆
kak jie ckp tiap kali dia nak balik, mmg risau
tapi kali ni dia balik diam2…kak jie tak sempat risau 😆
Tau..slow talk through skype pon takpe. Asal ayah yang nasihat. Young guys kalau sesekali ayah yang tegur, dia akan ingat buat peringatan.
itulah tujuan pun biar dia uruskan balik sendiri
beli tiket sendiri – cari kenderaan sendiri dari maktab ke stesen bas, cari tiket dan semua2 tu
bab ni tak pernah lulus
tapi tgok bab lain – ada peningkatan lah
dah pergi kem BADAR – solat subuh tak perlu dikejutkan 😆
wangi sangat ketiak mak ye
ada bau nasi, ade bau ayam..ade bau rm rm rm 😆
bab ini je kak jie tau
yg lain entah…tapi tgok macam dia dah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan di asrama
tgok banyak benda2 dia dah boleh urus
Dulu, pernah sekali su balik cuti sekolah nak buat surprise kat ayah. Bila turun bas, dah nak malam. Cari public phone call rumah, tak de jawapan. Kena menapak jalan kaki sebab rumah jauh ke dalam kg, hampit 1km. Bila sampai rumah, berkunci pulak. Masa tu rasa sedih, tapi sekarang rasa best sbb ada pengalaman begitu.
he h ehe…nasib baik ada sorang ni je kat twitter, kan
paw mengepaw mak tak kira waktu 😆
ayah dia berada 10,500 kilometer jauhnya
sebab tu kami tak jemput dia tiap kali balik dan pergi ke asrama
mengajar dia untuk menguruskan diri sendiri 😆
Tapi byk sangat pengalamannya ni. Kita yang membaca pon naik risau tau. Suruh ayah dia sekolahkan siket angah ni kak. (No harms meaning yeah..)
mmg superb mama ka kakJie, tapi mmg btl pun. Kalau terdesak semuanya boleh walaupun pada hari biasa kita berasa takut-takut. itula pengalaman.
biarkan anak2 melalui pengalaman kerana pengalaman akan mendewasakan mereka
Kena ajar berdikari Angah tu
anak zaman remaja memang rindukan keluarga… teringat masa zaman sekolah dulu… memang tak mau duk jauh dari keluarga.. kalau boleh nak duk kat umah je.. tak kesah la kene bebel dengan mak ayah ke… telan je.. dah memamng mende betoi pon. hari hari kene bebel.. hahah… pantang cuti je nak balik kampung.. tak boleh orang hantar… naik bas sendiri pon tak pe lah. janji lepas ke kampung jugak. rindu bukan kepalang.
exceli bukan nak berkepit bawah ketiak mak abah sangat, tapi mungkin masa tu jiwa remaja memang perlu perhatian mak ayah yang lebih.. maklumla masa tu hormon amat tak stabil. perlukan seseorang untuk meluah perasaan dan bercerita masalah.
huhuhu.. rasa macam tersalah komen plak!
Erm..Angah ni kira beruntung juga, sebab mama dia pandai drive (sbb tu boleh pinjam kereta & ambil on the spot), ayah dia banyak duit (boleh beli tiket baru). Kalau orang lain mungkin ada ibu bapa yang illiterate, tak berapa faham mekanisme perjalanan komuter/LRT/jadual bas & hidup susah cukup-cukup makan, jadi mungkin survival tinggi. Adik saya pun macam tu, sebab masa dia lahir, ayah dah naik gaji jadi dia take everything for granted.hehe..nak marah tak sampai hati 😀 😀
Learning from mistakes can sometimes be “painful”
Saya kalau naik ketapi, tak boleh nak tido kalau malam. takut terlajak. tapi kalau terlelap gak, mesti tidur2 ayam. lagi pun yg periksa tiket akan tolong kejutkan kalau sampai. bab yg hilang tiket tu, macam denaihati cakap, angah kena berubah. kalau tak, terbawak2 sampai ke tua. 🙂
Angah ni kena upgrade takut sifat lalai jadi tabiat sampai beso.. jangan mare ya angah teguran ikhlas pak cik
HMm.. saya pon dah biasa dok kat bawah ketiak mak..
nanti nak duduk jauh dah rindu..
dia dah terbiasa dengan kesedapan ketiak mak.. 😆
adus. ni payah mak seorang blogger 😆
@angah agak2 terharu tak :p
@kujie sempat ber-GCB 😀