Bukti Blogger Lelaki Lebih Ramai
Blogger

Bukti Blogger Lelaki Lebih Ramai

Antara isu forum di Geng Blogger adalah blogger perempuan lebih ramai dari lelaki. Benarkah? betulkah?

7 dari 10 Top Commentators kujie2.com  bagi tahun 2010 adalah lelaki dan sepasang suami isteri !

Terimakasih untuk mereka dan beratus² lagi teman lain yang mungkin singgah sekali, dua kali atau berkali² tetapi hanya menjadi ‘pengintip senyap’.  Saya tak sempat nak siapkan review bulanan, jadi untuk penghargaan anugerah tahunan ini saya beri kepada 10 yang terhangat di pasaran.

  1. maza – bapa muda yang terlebih ghairah hantar anak ke sekolah kali pertama.
  2. mijie – seorang anggota bomba dan penyelamat
  3. denaihati – blogger yang paling rajin anjurkan kontest
  4. fiezaradzi – mak buyong tunggu hari nak bersalin
  5. hafizmd – suami fiezaradzi
  6. klcitizen – Cikgu Normah pendiam tetapi pandai bercakap
  7. chekgu naman – cikgu yang gembira bertukar sekolah dari jarak perjalanan 54 Km ke 14 Km.
  8. samdaddycool – pemilik Muhasabah Trading yang menjual pakaian muslimah secara online.
  9. yonna – budak busyuk ni saya dah kenal lebih 6 tahun.
  10. ishak – seorang blogger dari Sarawak

Lelaki lebih suka blog kujie2.com?  Baca entri – Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?

Rata-rata berpendapat, blogger perempuan lebih ramai dari blogger lelaki dengan alasan orang perempuan suka bercerita, bergossip dan show off. Pendapat ini betul bagi seseorang yang dalam lingkungan komuniti tersebut. Ramai blogger perempuan berusia awal 20’an dan sudah tentu mereka selesa berada di dalam komuniti ‘rakan sebaya’.

Tetapi, komuniti blogger yang saya kenali lebih ramai lelaki. Saya lebih banyak bookmark blog lelaki dari perempuan. Dalam Google Reader pun lebih banyak blog lelaki dari perempuan terutama blog yang telah saya ikuti sejak 2005 yang kebanyakkannya dari Geng Jurnal. Menjadi ‘silent reader’ untuk tempoh 5 tahun adalah sesuatu ikatan yang mesra biarpun tuan blog tidak pernah ketahui pembacanya.

Antara sebab kenapa saya lebih gemar membaca blog penulis lelaki adalah kerana bahasa mereka kurang gedik, susun atur yang kemas, isu yang lebih dekat dengan kehidupan dan dibincangkan secara lebih matang dan tidak meleret².

Sebenarnya banyak blog yang dihasilkan oleh blogger lelaki yang bagus tetapi kerana kurang faktor X atau Y mereka tidak dikenali. Kalau ada pun mereka menulis dengan berhemah dan harga diri. Mereka tidak ping merata² atau memohon belas ihsan untuk popular. Penghargaan yang diterima adalah atas pencapaian yang tulus.

Dalam banyak² blogger lelaki, hanya seorang saja yang tak mungkin berada ditempat ke dua ke tiga – dia tetap satu-satunya walaupun entrinya terpaksa saya edit selepas dipublish.

Travelog Dari Algeria – dia kata malu nak komen kat blog ni walau ada banyak yang nak dikomen. :lol:

Blogger perempuan jangan merajuk pula…….. ini cuma data yang dikumpulkan oleh Plugin Top Commentators – kalau ada isu penting saya tetap sokong pihak perempuan. Jangan risau.:lol:

©kujie – i did it my way

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

75 thoughts on “Bukti Blogger Lelaki Lebih Ramai

  1. tapi – tulislah apa saja sebab tiap org ada selera yang berbeza2… yang kak jie tulis tu pendapat peribadi kak jie..apa yang kak jie suka

  2. Actually sesetengah blogger perempuan di usia 20-an memang suka cakap meleret2 dan lebih suka menulis huha-huha. Even ada sesetengahnya tulis menggunakan singkatan yang sangat singkat sampai takyah tulis pun takpe. Sebab tak faham apa yang dia tulis tu.

  3. Saya kurang gemar membaca blog-blog perempuan kerana kebanyakan mereka banyak lepaskan perasaan kat blog. Tapi tak semua. Ada yang bersikap profesional dan melontarkan pendapat secara berhemah tanpa sebarang emosi…Itu hanya pendapat saya je. 😉

  4. wah tak sangka jadi antara top commentators pulak. sebab mengomen ikut suka je.

    blog kujie ni ada banyak varieti, itu keistimewaan kujie yang payah mungkin dimiliki oleh ramai wanita lain seperti saya. walau usia lebih kurang sebaya,(tapi kujie lebih awet muda, :)), tapi bakat kujie sangat terserlah, menulis dengan berkesan, fokus, terancang dan punya sisi nilai yang sangat baik. Itu menjadi daya penarik yang sebenarnya hanya ada pada kujie seorang.

    terima kasih kerana menghasilkan banyak artikel yang boleh saya kongsi dan luahkan pendapat secara jujur, kerana ramai juga blogger yang menulis dan komen yang saya beri sekadar rasa keinginan bertegur sapa sahaja bukan berkongsi rasa…

  5. blog saya meleret kot. hahaha…bahasa macam budak2..
    tak semua perempuan guna ayat meleret2 dan tergedik2. ada juga yang bagus.Macam kak jie, simple tapi ada maksud yang tersendiri. betul apa yang kak Jie cakap, kebanyakan yang tergedik ni pada usia 20-an. Biasalah perempuan kan. hehehe

  6. atau mungkin juga pembaca perempuan lebih suka memjadi silent reader…sebab tu tak appear nama kat top pengkomen tu…tak nak glemer la kata kan…hehehehee
    gurau je 😆

  7. Semalam saya kemaskini RSS reader saya sebab reader yang lama rosak dan tak dapat nak baca entri terkini daripada para rakan blogger, dengan RSS reader yang baru ni, saya bahagikan kategori lelaki dan perempuan, dan jelas lebih banyak blogger lelaki daripada blogger perempuan dalam senarai saya.

  8. lelaki,

    3tahun sekali baru tukar wallet,
    kasut dah lunyai baru teringin nak tukar,
    tak banyak accesories tambahan..

    jadi tak bnyk lah laki boleh show off..hahaha

    Tambahan utk sebab gembira ;
    1) bilik guru beraircond(w/p lbh suka kipas)
    2) meja 3x lagi besar dari sekolah lama, siap ada partition, almari..
    3)ada pantry, tak payah nak minum² kat kantin dah, bwk je 3 in 1

    yang terakhir,

    sebab harini balik pukul 6, meeting tak habis²..hehe

  9. eh sama lah kita.. yang peliknya blog saya pun 8/10 dari semua komen adalah lelaki..mana perginya blogger perempuan?? adakah diorang hanya ikut ‘company’ diorang saja.. ermm pelik..

  10. sebenarnya ramai – cuma lingkungan komuniti kak jie, blogger lelaki lebih ramai

    derang tu nak bermanja2…tu 😆

  11. fakta menarik, sbb sy ingat kan ramai blogger wanita. Lepas ni, mungkin sy boleh cube penulisan yang lebih maskulin 😉

  12. ramainya,,blog kak jie best, info ringkas tapi padat. tak tau nak buat camne nk pendekkan entri so jadi diri sendiri lagi bagus kan.

  13. nice kak. memang sangat ramai laki yang buat blog kan2..kalau pompuan suka cita pasai personal..laki ni apa lagi bab gadjet, software, jejalan,kereta…

  14. saya cuba juga kak jie, utk sentiasa bawa kamera dan snap sana sini, utk dijadikan bahan entri di blog. saya gagal! saya memang selalu lupa untuk mengambil gambar-gambar penting, akhirnya saya mengaku, saya bukan blogger seperti itu.

    Nak tulis tentang artis atau celebriti pun, saya tak reti kak jie. huhu.

    macam mana nak naik rating dan follower kalau macam ni. tak perlah. hehe. Kena jadi diri sendiri rasanya.

  15. sokong tang ayat2 penulis lelaki tak meleret2, tak gedik tu..hehehe..

    tp dlm bloglist sy hanya ada sorang je blogger laki dan laki itu suami saya.. :mrgreen:

  16. ramai atau tidak ramai itu bergantung kepada komuniti blogger yg kita sertai….kalau dalam situasi ni, saye juga sependapat dgn kak jie…komuniti yg lebih ramai lelaki…

    tapi, kalau nk ramai yg perempuan, boleh cuba pergi ke satu blogger perempuan dan jejaki kawan2nya….pasti kita akan setuju, yg blogger perempuan dalam linkungan umur 20-an mmg ramai….dan mungkin juga cara tulisan mereka seperti yg kak jie tuliskan tuh….

    p/s – terima kasih kak jie atas link tuh….sukanya….hehehe 😀

  17. salah satu sebab saya suke baca blog kak jie sebab cara penulisan yang ‘matured’ atau matang la orang melayu kate… same level macam cara penulisan blog lelaki yang lain..

  18. Antara sebab kenapa saya lebih gemar membaca blog penulis lelaki adalah kerana bahasa mereka kurang gedik, susun atur yang kemas, isu yang lebih dekat dengan kehidupan dan dibincangkan secara lebih matang dan tidak meleret².

    Ok, roger. hehe

  19. biasa blogger pompuan jarang baca blog teknikal ni. kak jie kan byk tulis pasal teknikal. diorang lebih suka entri yang bermain perasaan.hahahah sebab tu ligakampung.com dan ohpemandu.com susah nak cari komen dari pompuan..

  20. ramai lelaki suka baca blog kakjie sebab blog yang penuh dengan hal kekeluargaan….bukan senang nak dpt cerita begini kat blog

    pasal isu lain tak nak komen takut ada orang sentap nanti

  21. cuba tengok blog lelaki lak.. follower perempuan n kommentar nya adalah perempuan.. RAMAI SKALS>.

    merenyam2 lak tu

  22. Setuju dengan point akak..amik contoh paling senang, sekarang ni trend post entri pasal Khairul Fahmi. Kalau check, rasanya kebanyakkan blogger wanita akan post entri pasal dia..isi dalam – hense, kacak, hebat, blog awek dia etc.

Comments are closed.