Bukti Blogger Lelaki Lebih Ramai
Blogger

Bukti Blogger Lelaki Lebih Ramai

Antara isu forum di Geng Blogger adalah blogger perempuan lebih ramai dari lelaki. Benarkah? betulkah?

7 dari 10 Top Commentators kujie2.com  bagi tahun 2010 adalah lelaki dan sepasang suami isteri !

Terimakasih untuk mereka dan beratus² lagi teman lain yang mungkin singgah sekali, dua kali atau berkali² tetapi hanya menjadi ‘pengintip senyap’.  Saya tak sempat nak siapkan review bulanan, jadi untuk penghargaan anugerah tahunan ini saya beri kepada 10 yang terhangat di pasaran.

  1. maza – bapa muda yang terlebih ghairah hantar anak ke sekolah kali pertama.
  2. mijie – seorang anggota bomba dan penyelamat
  3. denaihati – blogger yang paling rajin anjurkan kontest
  4. fiezaradzi – mak buyong tunggu hari nak bersalin
  5. hafizmd – suami fiezaradzi
  6. klcitizen – Cikgu Normah pendiam tetapi pandai bercakap
  7. chekgu naman – cikgu yang gembira bertukar sekolah dari jarak perjalanan 54 Km ke 14 Km.
  8. samdaddycool – pemilik Muhasabah Trading yang menjual pakaian muslimah secara online.
  9. yonna – budak busyuk ni saya dah kenal lebih 6 tahun.
  10. ishak – seorang blogger dari Sarawak

Lelaki lebih suka blog kujie2.com?  Baca entri – Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?

Rata-rata berpendapat, blogger perempuan lebih ramai dari blogger lelaki dengan alasan orang perempuan suka bercerita, bergossip dan show off. Pendapat ini betul bagi seseorang yang dalam lingkungan komuniti tersebut. Ramai blogger perempuan berusia awal 20’an dan sudah tentu mereka selesa berada di dalam komuniti ‘rakan sebaya’.

Tetapi, komuniti blogger yang saya kenali lebih ramai lelaki. Saya lebih banyak bookmark blog lelaki dari perempuan. Dalam Google Reader pun lebih banyak blog lelaki dari perempuan terutama blog yang telah saya ikuti sejak 2005 yang kebanyakkannya dari Geng Jurnal. Menjadi ‘silent reader’ untuk tempoh 5 tahun adalah sesuatu ikatan yang mesra biarpun tuan blog tidak pernah ketahui pembacanya.

Antara sebab kenapa saya lebih gemar membaca blog penulis lelaki adalah kerana bahasa mereka kurang gedik, susun atur yang kemas, isu yang lebih dekat dengan kehidupan dan dibincangkan secara lebih matang dan tidak meleret².

Sebenarnya banyak blog yang dihasilkan oleh blogger lelaki yang bagus tetapi kerana kurang faktor X atau Y mereka tidak dikenali. Kalau ada pun mereka menulis dengan berhemah dan harga diri. Mereka tidak ping merata² atau memohon belas ihsan untuk popular. Penghargaan yang diterima adalah atas pencapaian yang tulus.

Dalam banyak² blogger lelaki, hanya seorang saja yang tak mungkin berada ditempat ke dua ke tiga – dia tetap satu-satunya walaupun entrinya terpaksa saya edit selepas dipublish.

Travelog Dari Algeria – dia kata malu nak komen kat blog ni walau ada banyak yang nak dikomen. :lol:

Blogger perempuan jangan merajuk pula…….. ini cuma data yang dikumpulkan oleh Plugin Top Commentators – kalau ada isu penting saya tetap sokong pihak perempuan. Jangan risau.:lol:

©kujie – i did it my way

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

75 thoughts on “Bukti Blogger Lelaki Lebih Ramai

  1. ada gak saya tersenarai ek.. hihii.. semenjak 2 menjak ni, jrg ke blog kawan2.. sibuk pe tah.. hehee.. mak buyong ni tunggu hari je kak jie..

  2. sama banyak rasanya kak..
    maybe sebab klu tengok yang ramai komen ke blog perempuan ialah lelaki..dan ramai di blog lelaki ialah perempuan yang komen..hehehe :mrgreen:

  3. Memang didalam membina blog semada mengikut peraturan pastikan semuanya in order tapi pada sama ada yang membina tanpa pengetahuan mendapat perhatian. Memang didalam dilema

  4. masa saya guna blogspot, ramai perempuan yang masuk dan beri komen, tapi bila saya bertukar kepada self-hosting, segalanya bertukar…lebih ramai lelaki dari perempuan yang tiba2 datang untuk beri komen…
    saya akui, sejak guna self-hosting secara automatiknya gaya penulisan bertukar dan setiap entry mempunyai isi(walaupon kdg2 ada yg merapu), dan walaupon ada entry saya yg lebih kepada cerita diri sendiri tapi juga ada terselit moral of the story di situ…(yeker?? perasanlah tu…)
    berbanding dgn blogspot dulu, majoriti entry saya memang merapu. apa yang boleh saya simpulkan di sini, blogger lelaki lebih suka baca entry yang penuh dengan isi dan gaya penulisan yang bersahaja dan mudah difahami.dan saya juga suka berkunjung ke blog mereka kerana blog mereka penuh dgn informasi dan tak kosong. selain tu, mereka2 ni sgt peramah…hah, i like…

  5. laki masih ramai mungkin jugak laki yg paling senang dpt akses komputer agaknya. Dan pompuan ni mungkin akan lebih ramai lagi 2-3 tahun lg lepas diorang ni still continue blogging dr skang.

  6. phuiyoo.. ramai blogger lelaki yang comment di blog ini.. di blog saya.. ramai blog laki jugak… jarang2 sekali perempuan …wallhuallam..

  7. ya lah kita tak lah handsome sangat lagi tak tulis pasal artis lagi pun tak gosip-gosip panas mana lah boleh popular ..heeeee

    Memang suka mengomen kat sini walaupun kekadang komen tu tak ikut topik …maap ya!!!

  8. errr.. akhir2 ini ramai pula blogger lelaki yg berkomentar di blog maza… kalau dulu dikuasai oleh blogger wanita yg jelitawan itu.. huhuhu

    adakah ini sebuah indikasi yg maza sudah berkedut dan tak encem atau mengacam lagi? huhuhu

    apa2 hal pun, baik lelaki atau perempuan yg mengomel di blog maza itu, maza terima seadanya dan disambut dengan tangan terbuka.. hehehhhe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  9. oh! sudah dapat jawapannya…

    rupa2nya mazalah yg juara! Yahoooooo.. heheheh
    sudah tiga tahun berturut ni kak jie.. hahahhahaa

    psst: berkampung sungguh maza kat sini…mengalahkan di blog sendiri… hehehehhe

  10. Yang ni memang aku sokong,
    aku mula baca blog ni sebelum aku ada blog, tak silap aku pertengahan tahun 2009, tu pun tahu dari WC atau pu CG forum 😀

  11. normal la tu.. berlawnan.. tapi blog sy byk laki gak yg komen banding pmpuan.. ke sy yg tak minat g blog pmpuan?.. 😆

  12. yup. aku paling benci pasal short-form, lebih-lebih lagi kat blog. macam la kat blog dia ada limit 140 huruf. haha~

  13. tekanan untuk hasilkan entri bila ramai yang memerhati tetapi tujuan asal hanya menulis kisah ceruk dapur..jadi pembaca mesti faham level makcik2 tu….sesekali membebel tak tau punca 😆

  14. rasanya lebih kurang jer kot ramai blogger laki ngan perempuan, cuma laman yang diorang kunjungi tue maybe berbeza.

Comments are closed.