Hari pertama persekolahan – sebagai ibubapa yang dah berbelas² tahun menempuh hari pertama persekolahan dan dari pengalaman yang sudah² saya bertolak awal ke sekolah pagi ini.
Seperti yang dijangka, kesesakan adalah pemandangan biasa pada hari pertama persekolahan. Ramai ibubapa mengiringi anak² Tahun 1.
Saya hantar Intan sampai di depan pintu pagar sekolah – bye bye Intan, awak dah senior sekarang!
Credit: Insy Shah
Berat beg yang digalas hari ini, jadual belum dapat jadi diangkut semua buku teks dan buku kerja. Tradisi sekolah ini, bukan saja buku teks yang dapat tahun lepas, malah semua buku kerja dan buku latihan telah dibeli sebelum sekolah ditutup tahun lepas. Hari pertama terus belajar seperti biasa malah kelas tambahan PIBG pun berlangsung seperti biasa. Balik tetap jam 3.30 petang.
Malah kerja sekolah pun perlu dihantar pada hari pertama persekolahan. Waktu cuti penggal terakhir, cikgu dah sediakan senarai kerja sekolah yang perlu disiapkan.
Malam tadi Intan tidur pukul 11 malam – masih ada soalan matematik yang belum siap. Cuti sakan tak ingat buku!
p/s- selalunya isu berat beg murid sekolah timbul bila tahun baru… isu kitar semula!
©kujie – Intan masih selesema, saya masih tidak sihat, suami di sana juga….
itu pun aku kena tunggu lagi 4 tahun hoho
Jom terjah post menarik dari mijie ..Jawapan teka perbezaan gambar
Kagum dengan ketabahan cikgu melayani karenah dan ragam anak-anak di tahun 1. Walaupun sduah berumur 7 tahun akal masih belum matang lagi dengan silibus baru KSSR mengantikan KBSM. Kalau dulu 3M sekarang sudah ditambah 4M tambahan satu lagi kemahiran ‘Menaakul’
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011
bagusnya sistem macam tu, kan bagus kalau semua sekolah berbuat demikian. takdalah pelajar asyik leka bermain sahaja waktu cuti sekolah yang panjang.
Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Keindahan Islam Yang Tiada Tandingan
semoga Intan menjadi pelajar cemerlang. Ameen. 🙂
Jom terjah post menarik dari student ..Kisah 4 Batang Lilin
Lagi seronok kalau terpaksa menjadi murid tua yang menungu anak di dalam kelas 😀 😀
Ps : biasa budak tahun satu 😀
Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Mancester United – Alex Ferguson Berminat melamar Khairul Fahmi
Betul tu Isu beg sekolah memang akan menjadi topik setiap kali musim sekolah bermula..
Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Kerana Arak – Akibat mabuk Karam Singh Walia Terlepas Cakap Video
waktu saya sekolah dulu tak ingat, angkut semua buku ke pada hari pertama? berat tuuuu…. hari pertama dah ada kerja sekolah…??tak sempat lerrr budak2 tu nak melepas rindu ngan kawan2…hehehe. Selamat Kembali Ke Sekolah Intan.
Jom terjah post menarik dari Amry ..Selamat Kembali Ke Sekolah!!!
dulu nangis² ke Intan masa mula² hantar?hehe
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Sekolah Baru di Tahun Baru
betul gak tuh kan… kamus tebal 6 inci, huhuhu… tebalnya. Memang bekerja keras sungguh murid-murid zaman sekarang ni.
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Anda suka memasak- tetapi sibuk dengan kerjaya
baju baru, kasut baru, semua baru…belajar pun mesti rajin. ini pesan ibu-ibu sebelum anak2 pegi sekolah pagi tadi.
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Esok Sekolah
bagus la tu..ada pulak yg jenis liat nak pergi sekolah sebab dah sebulan cuti 😀 jenuh nak kejut
Jom terjah post menarik dari serol ..Bagaimana merealisasikan azam tahun baru anda
ada anak kena bersyukurkan kak jie ? tak rancang tak ape kak jie tp kena pandai control ..
tahun lepas kedua-dua abang si bongsu dah periksa PMR dan SPM 😉
Jom terjah post menarik dari Zqah ..Drama Trilogi Cinta Adaptasi Dari Novel
lagi bagus periksa tahun yg sama
tahun 2008 – Along SPM, Angah PMR
tahun 2011 – Angah SPM, Intan UPSR
tapi tak rancang pun nak anak tahun² bile…hehe
saya ngn abangpun camtuh dulu…dia pmr…saye upsr…mmg tahun periksalah kami…
kesian juga pada mak ayah yg kene keluar banyak belanja utk tahun periksa yg sama….
jadi, adakah ada yg merancang anak2 supaya tidak periksa pada tahun yg sama?@lagi bagus periksa tahun sama?

Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Good Friends Are Always Close To The Hearts – Part 1
kalau kamus dah setebal 6 inci….mau kurus mak budak tuh….hehehe…
dulu2…saye tinggalkan saje kamus berat kat sekolah….

Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Good Friends Are Always Close To The Hearts – Part 1
Sian Intan.. cuti sekolah pun ada kerja sekolah. Cikgu dia mmg terbaiklah.. Tapi Intan amik konsep cuti tetap cuti.. semalam baru bertungkus lumus buat keja sekolah. Kanak2 mmg layak untuk enjoy. Tak salah dik.
Jom terjah post menarik dari Anwar Osman ..Show Me Your Desktop Announcement
kat sini yuran PIBG utk sekolah rendah cuma RM38.00 shj…
utk sekolah agama cuma RM20.00
harap2 berbaloi..
err… ada kat ofis maza terpaksa ambil cuti sendiri.. sebab anak tak nak lepaskan bucu seluar ayahnya (kata kawan tu ler… tapi entah lah).. huhuhu
apa2 hal pun, maza berterima kasih pada boss maza yg tak kisah dlm bab ini.. hehehhee
lepas antar anak ke sekolah agama, mahu tidur dulu sebelum menjemputnya pulang jam 5.45 gitew.. hehehe
entahlah… nasrun bermula pada kelas grad 3…harap2 dia mampu menyerlah dan berjaya dgn cemerlang.. huhuhu
tadi berborak dgn cikgu, di sekolahnya masih kekurangan guru.. guru senior lebih separuh ditukarkan entah ke mana-mana.. tinggallah guru yg kurang dan tak berpengalaman…
katanya guru junior lagi freshie akan sampai dalam masa sebulann gitew.. huhuhu
risau juga melihatkan keadaan sekolah begini. … huhuhu
Rasa mahu mengadu dan minta panduan dari Cik Seri Siantan (a.k.a Kujie) jer.. mahu kasik tenang jiawa ni gitew….huhuhu