Selamat Pagi Cikgu
Anak

Selamat Pagi Cikgu

Hari pertama persekolahan – sebagai ibubapa yang dah berbelas² tahun menempuh hari pertama persekolahan dan dari pengalaman yang sudah² saya bertolak awal ke sekolah pagi ini.

Seperti yang dijangka, kesesakan adalah pemandangan biasa pada hari pertama persekolahan. Ramai ibubapa mengiringi anak² Tahun 1.

Saya hantar Intan sampai di depan pintu pagar sekolah – bye bye Intan, awak dah senior sekarang!

Credit: Insy Shah

Berat beg yang digalas hari ini, jadual belum dapat jadi diangkut semua buku teks dan buku kerja. Tradisi sekolah ini, bukan saja buku teks yang dapat tahun lepas, malah semua buku kerja dan buku latihan telah dibeli sebelum sekolah ditutup tahun lepas. Hari pertama terus belajar seperti biasa malah kelas tambahan PIBG pun berlangsung seperti biasa. Balik tetap jam 3.30 petang.

Malah kerja sekolah pun perlu dihantar pada hari pertama persekolahan. Waktu cuti penggal terakhir, cikgu dah sediakan senarai kerja sekolah yang perlu disiapkan.

Malam tadi Intan tidur pukul 11 malam – masih ada soalan matematik yang belum siap. Cuti sakan tak ingat buku!

p/s- selalunya isu berat beg murid sekolah timbul bila tahun baru… isu kitar semula!

©kujie – Intan masih selesema, saya masih tidak sihat, suami di sana juga….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

70 thoughts on “Selamat Pagi Cikgu

  1. beg beroda tak sesuai juga sebab sekarang ni semua sekolah lebih dari 2 tingkat.

    dia punya kamus saja sah tebal 6 inci.

  2. sjkc – memang mcm tu tiap tahun pun
    akhir tahun , bukan utk tahun depan dah kena beli – dah ditanda siap2 kerja sekolah perlu dibuat walau belum masuk tahun baru.

    belajar bkn terhenti bila habis satu2 tahun..belajar adalah berterusan…

  3. Langkau step? Ahah I xnk kawen selagi xbeli rumah, kereta n ada simpanan RM50k 😀 Paling awal nak kawen pun 26, 4 tahun lagi tu.. Then nak menimang anak pun makan masa juga kan, nak tggu dia 6 tahun untuk hantar ke pra sekolah, paling awal pun 12 tahun lagilah.. 🙂

  4. Kembali ke sekolah. Sepatutnya sekolah patut mulakan program ‘sekolah paperless’.

    Beg berat buat rakyat Melayu pendek2. hehe.

  5. yang dah biasa ni pun – nak kena setting jadual balik
    cuti sekolah boleh tanggunh² tapi bila anak dah sekolah, semua kena ikut jadual

  6. semua ibubapa rasa macam tu…rasa macam tak yakin dgn anak sendiri yang 7 tahun duduk bawah ketiak

    tapi lama² nanti oklah tu

  7. kesian inta.
    demam2 pun pergi juga sekolah yea.
    nasib baik saya keluar awal pag itadi.
    itupun belum pukul 6.50 dah sesak depan sekolah.

  8. Besok bila dah ada anak nak hantar anak pegi sekolah, macamane la ek.. Ada approximately 12 tahun lagi untuk pikirkan.. Hahah

  9. wah seronok melihat ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah…Anak saya kecik lagi laa kak jie…masanya akan tiba jua nanti…Apapun selamat kembali ke sekolah untuk adik intan….Teringat dulu-dulu pergi sekolah..sooo sweet…

  10. Anak kami, abang dah mula sekolah 26/12 dan yang lain mula 6/1 jadi ada masa lagi bersenang lenang.

    Semuga tahun ini tahun kejayaan untuk anak-anak semua.

  11. Baik cikgu, baik ibubapa apatah lagi murid, semuanya sibuk dan bersemangat bila tiba hari pertama persekolahan.

    Yang dah biasa, lali sudah dengan segala urusan dan persekitaran. Relax jerrrr… :mrgreen:

  12. ade company bagi cuti utk parents hantar anak2 harini.. termasukla suami sy yang terkena tempias…

    takdak anak, dapat cuti freeee 😆

  13. wah…hari pertama kena bawa buku dah yerk…dlu sy lain…hari pertama sekolah…bawa buku kosong jerk…catit apa yg perlu sahaja…hehe…selamat kembali bersekolah intan…erk sekolah mana yerk? bagusnya…

  14. intan dah jadi senpai [senior].Boleh ye, sakan cuti sampai lupa ada homework :p

    hari ni saya lupa 1st day sessi persekolahan untuk 2011, keluar kerja pkul 7 macam biasa, alih2 jammed tengah jalan…adus..sakit kaki..kerete manual pulak tu..time2 nilah nak kete auto :p

  15. kalau buku baru memang la keras tapi kalau yang dapat buku pinjaman tu mesti dah tak keras lagi2 kalau dah 4-5 tahun guna 😆

  16. seronok bila ingat zaman sekolah. memang semangat nak p sekolah first day sebab baju lendik lagi, buku pun kulit keras lagi…hehehe..

    harap adik intan jadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat…amin…:)

  17. Kadang2, kesian tengok budak2 sekolah yang tubuh tak sebesar mana, tapi beg yang digalas besar kemain. Nasib baik sekarang ada beg sekolah beroda dah.

    Semoga kak jie sekeluarga cepat sembuh.

  18. 1. buku baru, keras lagi…pembalut pun berkilat lagi..rasa sayang pada buku lebih…tu yg diangkut semua..hehe

    2. betul…betul..betul….. kalau mesyuarat ada suara majoriti, kena mengundi. Jadi keputusan bab² yuran tu telah diputuskan secara majoriti , kalau tak pergi mesyuarat tu dok dendiam sudah… :p

  19. akan ada 2 isu yang berbangkit
    1. beg berat (kenapa perlu bawa banyak buku pada hari pertama persekolahan ek?) :mrgreen:
    2. yuran PIBG tinggi (selalunya yang komplen ni tak pernah pergi mesyuarat)

    p.s: tak ada p.s hari ni

Comments are closed.