Encik Rohaizad betul-betul buat saya tersepit!
Walau telah diberi ruang dan waktu hampir seminggu tetapi saya tetap juga tersepit sesak nafas untuk memenuhi permintaan beliau. Betullah kata Encik Suami ” suka buat kerja last menet….”
Sekarang 11:50 pagi, saya baru mengarang entri untuk perenggan yang kedua – tetapi sudah tergambar dalam kepala apa yang hendak diceritakan tetapi rasanya saya terpaksa menaip sepantas mungkin .
Kisahnya – sesiapa yang merasa dirinya sempoi dan kental, sahutlah cabaran untuk menulis satu entri dengan tajuk Blogger Yang Tersepit dan mesti dipublishkan selewat-lewatnya jam 12 tenghari 2hb Ogos 2010. Rasa ego tercabar, saya pun tanpa persediaan tanpa ‘research’ , bersetuju untuk menyahut cabaran tersebut seminggu dulu.
Credit: Laurence Dutton
Apa nak buat, terlupa bahawa saya merancang bercuti hujung minggu ini dengan adik ke Kuantan dan biasalah – time bercuti mana nak ingat blog walau setegar mana sekali pun saya seorang blogger!
Lagi 7 minit! Tengok ramai blogger dah ramai hantar post ‘Blogger Yang Tersepit’ ini… mesti dia orang tak tersepit lagi – dah lolos dari bebanan perasaan.
Berbalik pada kisah blogger yang tersepit. Saya sebagai manusia biasa tidak mungkin bebas dari perasaan tersepit atau dalam bahasa mudah berbelah bahagi dalam perhubungan dengan blogger. Paling sering – tersepit untuk menegur mana yang patut mana yang tidak.
Hari ini, saat ini saya tidak ingin tersepit lagi!
Saya ingin beritahu seikhlas hati rasa yang saya tanggung! Saya ingin meloloskan diri dari rasa yang menjerut ini.
Saya tidak gemar blogger yang terlalu mengejar pageview sehingga mengamalkan satu entri dalam satu mainpage. Saya lihat ramai blogger yang sedang mempraktikkan cara ini. Mereka mengejar kepuasan diri sendiri hingga mengabaikan pembaca mereka.
Saya tidak suka dimanipulate keterlaluan untuk kepentingan tuan blog. Blogger ini hanya berminat mendapatkan keuntungan diri sendiri tanpa memikirkan keselesaan pengunjung. Kalau pun ingin mendapatkan pageview yang tinggi, buatlah secara bijak dan smart supaya saya sebagai pembaca tidak rasa diperbodohkan.
Argghhh…………….. leganya kerana terlepas dari cepitan perasaan yang jauh terdampar di sudut hati!
11:58 – sempat tarif nafas sebelum lepaskan entri ini dan bersedia menerima serangan!
p.s -lepas publish entri ini, pergi blog Rohaizad dia cakap dia extend sampai tengah malam ni ……….. nak kena buat entri blogger yang tersepit tak suka TOC diubah ikut suka hati ni…
©kujie – saya tersepit untuk siapkan entri ini dengan menjadikan blogger lain sebagai sasaran melepaskan diri! dammm! Dalam keadaan tersepit saya juga menyepit.
Tersepit…. 🙄 sebagai pembaca x kisahlah Ape pon cara blogger2 nie nk buat, yg prnting isinya…..kalau cntk jek x de isi buat ape…. biar ikhlas yg tersurat & tersirat… mereka punya cara tersendiri….salam
saya tersepit. miahaha. blogging part time mmg xmemadai, sy nak blogging fulltime. patutkan sy berhenti keje 😯
Jom terjah post menarik dari naz ..Bagaimana Cara Menggoda Pengunjung Untuk Klik Iklan Kita
Tersepit???? hehehehe…
macam macam hal dalam dunia ni boleh menyepitkan kita… jangan tersepit dengan lif sudahla… macam dalam gambar tu…
Jom terjah post menarik dari zikri ..Kembara M02 ke Terengganu – Kanak Kanak Riang M02 The Series
salam kak..
alahai kesiannya..
jadilah blogger yang
prihatin,berhemah
dan bertanggungjawab
Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Zedonk
huhu. lega pula baca entri tersepit kak jie ni. hmm takde idea limpah ruah macam kak jie la.
biasanya bila dlm waktu tersepit mmg akan dtg idea utk ditulis w/pun merapu meraban..yg penting dpt lepaskan sikit kesengsaran..
Jom terjah post menarik dari Nadri ..Asyraf Juara Imam Muda
wahh betul2 tersepit bila diri dikepitkan dengan idea2 yang menyempit..huhu raya nnt jgn lupa buat kuih sepit hehe
Yang penting, lepas publish.. kurang rasa tersepit sebab berjaya lepas had kelayakan olimpik..
p/s- cik Alexa dah berjaya tinggalkan pesaing utama.. 😉 mantap!
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Ngeri dengan isu ayam halal
saya masih tersepit. Tak sempat nak join contest. Harap en rohaizad lanjutkan lagi masa. Haha. Sampei sekarang ni pun tak balik kerja lagi. Ape eh nak mengarang mcm ni?
P/s: selalu dapat tau contest last minit. Hari tu contest kak jie. Ni contest en rohaizad plak. Ni mcm dah dapt idea entri tersepit neh.
Kalau sempat mlm karang saya buat. Harap toc jangan ditutup awal ye. Untung dapat komen pakai mobile.
kebenaran itu kadangkalanya pahit, biarlah mereka belajar dari keluruhan penulisan kak jie yang tersepit tu 🙂
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Blogger yang tersepit
cepat betul tulis entri..huhu 10min je dh boleh klua 1 entri..mmg pro kak jie ni..huhu
saya ada 1 pertanyaan..
“Saya tidak gemar blogger yang terlalu mengejar pageview sehingga mengamalkan satu entri dalam satu mainpage.”
saya tak faham yg ni..mcm mne diorg tulis tu??saya ni noob kak..sori le klu soalan ni mcm soalan bodoh..huhu
Jom terjah post menarik dari cuz ..PIZZA HUT – Kejamkah Aku!
Masih ada masa ni… boleh buat post lagi ni.. saya tak tersepit lagi.. hehe
Jom terjah post menarik dari fahmi ibrahim ..Kalau Tak Dipecahkan Lemak Mana Nak Dapat Kurusnya!
hahaa.. wah cepatnya kakjie buat entri, ann pun hampir lupa tadi, sambil menunggu flight bru terperasan. Ye la sibuk nak bercuti gak.. ohohoo bestnya cuti. Esok startlah tersepit rasa nak sambung berehat ngan timbunan kerja. haha 🙂
Jom terjah post menarik dari ann ..“Blogger yang tersepit”
ulasan menarik…berbentuk luahan hati
Jom terjah post menarik dari ozzy ..BLOGGER YANG TERSEPIT
ok entri sudah siap 🙂
Jom terjah post menarik dari mijie ..Blogger yang tersepit
bayangkan tgh jalan lenggang lenggok, sekali kasut tersepit cam gambar kat entry kak jie ni.naya wwwoooooo.
sekarang dah terlepas dari rasa tersepit tu….lega kan bila dah meluahkannya
Jom terjah post menarik dari sangilapi ..blogger yang tersepit
segan pula saya blogger tidak dikenali huhu
Jom terjah post menarik dari Mommy Lyna ..Atasi Susu Badan Kurang Di Bulan Puasa
sama-sama
entri tersepit dan menyepit 😆
risau sebenarnya tadi
takut terlepas waktu utk dipublishkan
lebih mudah kot tulis mcm ni
apa yg disampaikan terus dari hati
tak ada belok sana belok sini
bukan contest
satu hari menulis dengan tajuk yang sama
dan berbagai cerita 😆
masa kecederaan telah ditambah sehingga 12 tengahmalam
belum tersepit lagi ni
yang paling tersepit
masa – pukul 11:50 baru mula tulis…
maksud saya, saya yang tak kreatif untuk tulis macam ni 😀
Jom terjah post menarik dari TMUkmkd ..Jalan-jalan Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu
cikgu orang baik – suci murni
saya pun tersepit nak bercerita lebih detail
cuma berkias2 harap2 org faham
saya pun dah menarik nafas lega
cuma saya kurang faham yang pasal tarik readers dengan 1 pageview tu. sori kujie, budak tua yang baru nak belajar ni.
kalau boleh nak faham supaya tidak membuat perkara yang tak baik ni kan.
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Blogger Tersepit
sekrang tgh siapkan entri tersebut, ada lagi separuh nak siapkan 🙂
Jom terjah post menarik dari mijie ..Review Bulan Julai
ada masa lagi tu
ijad dah tambah masa kecederaan 12 jam 😆
teruk rasanya – nak cari idea dalam masa 10 minit
jadi tulis saja apa yg tersimpan dalam hati
mungkin pengakuan tersebut mencederakan hati orang lain
argg…tapi rasa lega
jahat juga ni..perasaan ni 😆
entri senafas – betul dalam masa tersepit 😆
hahaha…entri tulis dalam masa 10 minit
tanpa draft- sekali ayat je
lintang pukang … tapi rasa lega
betul2 lepas dari rasa tersepit 😆
kita bermula dari zaman yang sama menteil..ada banyak perkara yang kita belajar dan praktikan secara bersama…
tapi….cuma dpt luahkan rasa tersepit saja
tak mungkin dapat mengubah keadaan tersebut lagi
😐
Hehehehe, mesti rasa release kan kak lepas dapat siapkan entri ni. Saya dapat rasakan tekananya hahahahaha
setuju dengan kak jie pasal satu entry di mainpage..
jangan ingat reader suka cara macam tu, dan jangan ingat diri tu dah pemes sangat sampai ingat readers sanggup nak korek semua cerita.. haha.. geli lah!
ermm.. nak join ke? tersepit nie.. lapar ada.. malas pun ada.. =)
Jom terjah post menarik dari menteil ..Pemasangan Garmin Mobile XT SE Satio
Bolehkah saya sama2 menyempitkan diri?
Jom terjah post menarik dari Mommy Lyna ..Atasi Susu Badan Kurang Di Bulan Puasa
banyaknye sepit kak jie 😀
kuih sepit ngap pon sodap~!
Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Header Cun R4T dari Faiz
adus amat tak kreatif T_T
Jom terjah post menarik dari TMUkmkd ..Jalan-jalan Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu
erk… tak tahu pon ada contest 😛 hehehe..
nape T&C berubah plak ni? hehehehe
Jom terjah post menarik dari syahirul ..Perkelahan blogger di Air Terjun Sungai Gabai
menarik nih..
kalau sempat saya buat..
tak sempat nak eat camne..
ohhoho~
kan best jadi domestic engineer..
Jom terjah post menarik dari NoorAfzan ..Journey to Pantai Timur singgah RNR pula
ni entri tersepit.. kalau tak tersepit mesti lagi bernas idea2nya.. haha
Jom terjah post menarik dari eiman ..Berjalan di Shanghai China
ada masa lagi tu
rohaizad ubah syarat sampai tengahmalam nanti
bukan contest tapi suka-suka sesama blogger untuk keluarkan entri tajuk sama serentak
masa dah extend sampai 12 tengahmalam
boleh cuba 😆
salam kak jie…
moga suksess dalam contest tu. tersepit-sepit pun sompaatt laeiii tu.
Jom terjah post menarik dari abgreds ..Nombor ekor- nombor kepala!
bile tersepit idea dtg mencurah-curah!
Jom terjah post menarik dari uruchimaru@kf ..Merungkai fatamorgana
bagai membebaskan anjing tersepit. hehe
kakjie tq, hadiah buku tu dah sampai. org dh buat entry pasal kemenangan tu ari ni.
Jom terjah post menarik dari matjoe ..Aku Menang Lagi
opps..silap,bukan contest..namun entry bersama..menarik..huhu..kalau tahu semalam pun dah buat..apapun,thanks kak jie..apa yg kak jie katakan di atas betul..time kasih kerana selalu memperingati..sayanggg blog kak jie..hik3…
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Prestasi EyriqazzCom July 2010
Aiseh,baruje tahu pasal contest ni..kalau tak ble gaks join…Bro rohaizad taknak tambahkan dateline ke?hik3..tajuk yang menarik juga ni…
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Prestasi EyriqazzCom July 2010
nampaknya saya masih lagi sempat untuk menulis entri blogger tersepit tu
Jom terjah post menarik dari mijie ..Review Bulan Julai
Sempat gak nampaknya meloloskan diri dari tersepit, semoga pasni kak jie dah tak tersepit lagi 😉
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Blogger yang tersepit