Encik Rohaizad betul-betul buat saya tersepit!
Walau telah diberi ruang dan waktu hampir seminggu tetapi saya tetap juga tersepit sesak nafas untuk memenuhi permintaan beliau. Betullah kata Encik Suami ” suka buat kerja last menet….”
Sekarang 11:50 pagi, saya baru mengarang entri untuk perenggan yang kedua – tetapi sudah tergambar dalam kepala apa yang hendak diceritakan tetapi rasanya saya terpaksa menaip sepantas mungkin .
Kisahnya – sesiapa yang merasa dirinya sempoi dan kental, sahutlah cabaran untuk menulis satu entri dengan tajuk Blogger Yang Tersepit dan mesti dipublishkan selewat-lewatnya jam 12 tenghari 2hb Ogos 2010. Rasa ego tercabar, saya pun tanpa persediaan tanpa ‘research’ , bersetuju untuk menyahut cabaran tersebut seminggu dulu.
Credit: Laurence Dutton
Apa nak buat, terlupa bahawa saya merancang bercuti hujung minggu ini dengan adik ke Kuantan dan biasalah – time bercuti mana nak ingat blog walau setegar mana sekali pun saya seorang blogger!
Lagi 7 minit! Tengok ramai blogger dah ramai hantar post ‘Blogger Yang Tersepit’ ini… mesti dia orang tak tersepit lagi – dah lolos dari bebanan perasaan.
Berbalik pada kisah blogger yang tersepit. Saya sebagai manusia biasa tidak mungkin bebas dari perasaan tersepit atau dalam bahasa mudah berbelah bahagi dalam perhubungan dengan blogger. Paling sering – tersepit untuk menegur mana yang patut mana yang tidak.
Hari ini, saat ini saya tidak ingin tersepit lagi!
Saya ingin beritahu seikhlas hati rasa yang saya tanggung! Saya ingin meloloskan diri dari rasa yang menjerut ini.
Saya tidak gemar blogger yang terlalu mengejar pageview sehingga mengamalkan satu entri dalam satu mainpage. Saya lihat ramai blogger yang sedang mempraktikkan cara ini. Mereka mengejar kepuasan diri sendiri hingga mengabaikan pembaca mereka.
Saya tidak suka dimanipulate keterlaluan untuk kepentingan tuan blog. Blogger ini hanya berminat mendapatkan keuntungan diri sendiri tanpa memikirkan keselesaan pengunjung. Kalau pun ingin mendapatkan pageview yang tinggi, buatlah secara bijak dan smart supaya saya sebagai pembaca tidak rasa diperbodohkan.
Argghhh…………….. leganya kerana terlepas dari cepitan perasaan yang jauh terdampar di sudut hati!
11:58 – sempat tarif nafas sebelum lepaskan entri ini dan bersedia menerima serangan!
p.s -lepas publish entri ini, pergi blog Rohaizad dia cakap dia extend sampai tengah malam ni ……….. nak kena buat entri blogger yang tersepit tak suka TOC diubah ikut suka hati ni…
©kujie – saya tersepit untuk siapkan entri ini dengan menjadikan blogger lain sebagai sasaran melepaskan diri! dammm! Dalam keadaan tersepit saya juga menyepit.
suke pics dalam entry tersepit nih hehe… 😀
baguslah… bila dah lakukan benda atau kerja yang nak menyepit kita tu pada waktunya, mesti rasa bebas…
kdg2 bila tersepit ni la boleh siapkan entry.. kan kak jie.. hehee.. nyway, gud luck..
sy dh hantar emel guna contact form kat tepi ni..tp mcm de masalah jer nak send..
insya ALLAH…memang ingat nak sembang jugak (*xpe kot guna term sembang) tentang blog n SEO especially….maklumlah,saya baru mula belajar sume menda ni…tapi,berazam nak jadi sehebat blogger lain….
waaa..banyak nye komen. tak tau nak komen apa. saya pun dah tersepit jugak nak bagi komen. hehehe…pas ni bleh kot ijad wat entry blogger yang tersepit nak bagi komen. macam mana pun sronok tengok kak kujie dah tak tersepit.
hidup seorang blogger bermacam macam idea untuk bebaskan n diri dari tersepit 😉
wow 10 minit tu sempat lagi kak jie yer..kalau saya,menggelabah dah dekat 5 minit,nak tulis entri lagi..tak sempat tak sempat..surrender dari awal lagi:)
jawapannya memang saya tersepit ya amat la kak jie.
2 hari kene pergi outlet lain. tolong opening store.
macam nak pengsan.
hantar pertanyaan melalui email boleh?
kak jie tak nak ulas lanjut hal2 ni secara terbuka
personal tutor
lepaskan diri dari keadaan tersepit mmg mencabar
kak jie baca entri ann…. nasib baik sempat
kalau tidak dah janji nak buat….rasa tersepit kalau tak tunaikan…kan
yang mungkin melegakan hati sendiri tetapi menyepit hati orang lain… 😀
ada peluang beli kasut baru..hehe
betul… bukan senang nak luahkan perkara2 yang mungkin berlawanan dgn pemikiran orang lain
sampai last tunggu, tak ada pun entri tu… tak sempat nak loloskan diri ke>
bab alexa tu dendiam je… tak best nak cakap dgn sifu
nnt kecut badan dia 😆
kalau bukan waktu tersepit, rasanya entri ni tak dipublihskan
tak ramai yg suka isu /teguran ini
tapi – rasa lega dan puas dpt luahkan
sebenarnya ada 2 isu yg nak dipublishkan…tapi isu tu dah publish minggu lepas….yg ni sekali fikir je tulis
agaknya kalau fikir patlima kali, mmg tak publish
terimakasih atas nasihat
sekarang dah lapang..tak tersepit lagi
tepuk dada jadi kingkong…hahah
betul..yang betul bagi saya belum tentu betul bagi orang lain..ini pendapat dari hati sendiri bukan dipengaruhi orang lain…rasa lega bila dapat luahkan
apa yang saya percaya belum tentu orang lain pun mempunyai kepercayaan yang serupa..masing2 berbeza priority
dah tak tersepit lagi.
tersepit lebih saiz tu tie… 😆
tak tengok pun google index
memang tersepit dan tak sempat semalam..agak sibuk dan kurang sihat
tak semesti apa yang betul bagi kak jie betul bagi semua orang…tiap orang ada pendirian masing2 dalam dunia blog
yang ni kena tanya secara personal dan tutor secara personal
pendapat ini agak xtrem dan tidak sehaluan dgn ramai blogger jadi untuk tidak mencederakan ramai hati, lebih baik hantar email dapatkan penjelasan secara personal
betul betul rasa lega lepas publish..dgn typo sana sini..baru edit
10 jari hidup…bukan menaip 2 jari je 😆
jangan menyempitkan akal , sudah…kan.. 😆
he he he..bercuti
mana nak ingat pasal blog lagi 😆
jangan buat kerja last minute lagi 😉
oh kat sini pun ada yang tersepit juga…tengah pelan2 baca blog2 yang tersepit…idea yang kreatif…suka
Ini baru namanya tersepit… haha
p/s: tapi buat post dalam masa 5-7 minit memang tak bleh blah … sempat plak tuh… huhu
Wah, memang pantas Kak Kujie ni meloloskan diri dari terus tersepit..hehe..:)
salam kak kujie,
sebenarnya saya x faham pasal 1 page 1 entry…ingta xpe pasal nak ringankan blog loading…tak tahu pulak menyusahkan pembaca…anyway,TQ tuk advise ni…
kita perlu ada orang-orang macam kak jie nie..yang sudi menegur..syabas dan tahniah, kak jie berani menegur!!..walaupun di satu-satu masa itu, tersepit…namun akhir kesepitan itu tak jadi penghalang
Masa saya post entri ‘tersepit’ cuma ada entri saya aje. Saya terpaksa post lps tgh malam sebab kena berkerja awal pagi.
memang dah siapkan entri awal2 lagi (safe kat office.org), cuma tinggal nak publish je.
Nasib baik Kak Jie sempat. ditambah lagi dengan masa tambahan yang diberikan.
Skrg ni dah sampai 3 page tajuk yang sama pakcik google index.
Haha…
Ingat tadi Jie tersepit celah pintu !!