Abadikan percutian ‘makan angin’ ke Kuantan .
Bertolak 9 malam melalui Batang Kali – Awana – Genting Sempah dan Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) dan tiba di rumah Mak Su ( Felda Sungai Pancing Selatan , Kuantan ) hampir 1.30 pagi. Kami bercuti jadi perjalanan ‘makan angin’ tidak tergesa-gesa. Berhenti sana berhenti sini.
Pagi Sabtu kami meneruskan perjalanan – makan angin! Melalui bandar Kuantan nampak Shahzan Inn, Kong GengBlogger menginap di situ. Saya dengan adik beradik, malu pula nak menyinggah jumpa dia.
Tanpa rancangan, kami terus bergerak di sepanjang pesisir pantai arah utara hingga ke Cherating. Panas terik , angin pun rasa malas bertiup.
Jalan – jalan – jalan – berhenti makan di Mesra Mall, Kerteh. Mall paling mewah yang pernah saya jumpa di pantai timur. Ada Starbuck, Secret Recipe, Body Shop , Reject Shop, Burger King , Al Ikhsan, Pizza Hut, Big Apple Doughnut, Tanamera, ToysRUs, Popular Bookstore dan banyak lagi jenama popular dan terkenal.
Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan pada 10 Oktober 2008.
Carian di internet menemukan saya dengan berbagai cerita tentang Mesra Mall. Saya mencari info mengenai Pasaraya TMC kerana ingin tahu. Tapi secara rambangnya tertanya-tanya juga – siapakah sasaran pelanggan Mesra Mall ini? Mungkin warga Kerteh orang kaya minyak.
Melepasi Kerteh dan terpegun dengan loji petronas yang besar dan agam itu, kami tiba di penamat destinasi makan angin – Pantai Teluk Lipat, Dungun , Terengganu. Selain angin sepoi yang membelai mata untuk lelap, tiada apa yang menarik . Cari gerai keropok pun susah nak jumpa.
Berpatah balik, kami singgah di Kuala Kemaman. Makan keropok, satar, otak-otak dan air kelapa muda. Perghhh………… mengancam! Beli lemang di Kijal dan terus singgah di Teluk Cempedak.
Intan, Izzati dan adik bongsu melayan ombak sementara saya melayan angin petang sambil dengar suara-suara yang sumbang berkaraoke.
Esoknya ahad kami mandi pagi di Air Terjun Sungai Pandan. Kebetulan bekalan air di rumah Maksu terputus, berkubanglah kami mandi awal pagi di sini. Saya dah 4-5 kali ke air terjun ini ( sebab dekat dengan rumah Maksu ) – keadaan masih seperti dulu tak banyak berubah.
Yang ketara sangat sekarang dikenakan bayaran masuk dewasa RM 2 dan kanak-kanak RM 1. Agak mahal kerana airterjun tersebut telah sedia ada ciptaan Allah – jambatan dan segala kemudahan masih seperti dulu bukan naiktaraf yang ketara.
Kesian tau bila sepupu saya cakap ” tempat kami berkubang sejak kecil tak boleh lagi masuk sesuka hati…”
p.s – balik singgah Bukit Gambang Resort City – taman tema seperti Sunway Lagoon. Intai-intai saja – tak masuk pun sebab dah petang.
p.s – balik melalui jalan lama – nostalgia bandar-bandar di Pahang sebelum sampai Kuala Lumpur. Bosan ikut LPT – lebuhraya berbayar tetapi berombak macam jalan kampung. Makan durian di tepi jalan Temerloh.
p.s – bawa balik manggis, rambutan, pisang, keropok kering, keropok lekor, ikan jeruk, ikan masin, belacan – sarat kereta memanjat jalan Genting sampai Awana.
©kujie – 4hb Ogos…ingatlah!
wah, mesti syok kak jie kan..
Panorama yang elok sangat.
memang jalan-jalan sungguh nih.. hehee.. byk kereta tak lalu ikut jalan lama tu kak jie?
Kerteh , Terengganu ?
Wah , saya memang teringin nak pergi sana .
kenapa intan tu nampak macam kecil sangat
bestnyer kak gie makam angin:)
saya dah lame tak kuar ramai2 ngan famili..ingt yang last dulu pergi pantai jer..masing2 dah berkerjaya jadi agak terhad la masa
Bestnya bercuti.. nak2 dapat cuti sama dengan org2 tersayang hehe.. ohh rindu bau pantai 😉 rindu dingin air terjun
terliur ..pulak membaca tentang sata
nasib baik hanya mengandung angin saja
bestnyee mandi2 air terjun.. terasa sejuk plak..
wah,mandi pantai ngan air terjun..jealouss2….
memang seronok percutian akak ni..ble la nak dpat g bercuti ni..huhu
seronoknya kalau berjalan macam tu, cuma part nak masuk air terjun kn bayar tu yg tak berapa seronok tu, hampir semua tempat air terjun skrg ni mengenakan bayaran, tapi kawasan tak pun di jaga denga rapi
cerita weekend yang bunyinya macam lamaaaaaaaaaaaaaaa sangat kak jie pegi! 😆
aritu g chukai pun tak sempat g mana.. setakat hai hai bye2 kat cherating jek.. sebab cik abang sibuk nak balik tgk world cup!! 😥
lar…dekat giler ngan kampung aku rumah Mak Su tu…air terjun tu pun memang selalu pegi dulu..terus rasa nak balik kampung..
P/S tapi dekat lagi dengan rumah Amir (Oh Malaysia)
heee
berjalan sakan kak jie kita
seronok tgk
pasni bleh pegi sana jugak 😀
uuhhh seronoknya kak jiberjalan2…walaupun x lame, tapi mesti seronok. bila lah saya nk bercuti pulak ni hehehehe
kak jie g kuala kemaman yea ? best kan kepok , satar dan otok2 .. dekat mesra mall barang mahal untuk org sekeliling sebab berhampiran mesra mall kebanyakkanya penduduk kg yg berpendapatan rendah .. zqah suka mesra mall sebab ada secret recipe , big apple n popular .. nak g kuantan jauh sgt 😀
bestnyer jenjalan.. 😆
kecur bab makan satar tu jer…nasib baik tak mengidam
wah pusing merata nie…
bab air terjun tue…diorang amik kesempatan kenakan bayaran or memang sebagai pengurusan?
wah jauh sampai ke Terengganu…
saya sekadar melalui saja TMC tu…. perjalanan dari KT[gi umah kawan]…seronok gak tengok api2 yang terbakar di loji petronas tu….
banyak betul berjalan dari TC, air terjun sg pandan[nak masuk pun kene bayar, sependapat dengan kakjie, ciptaan Allah pun ada orang nak kutip duit, hehehe, tapi takper, niat bersedekah jela kalau mereka jaga tempat tu] sampai ke gambang resort[kecik lagi, kurang best… tunggu 10 tahun ok kot….]
duduk kat pahang memang seronok lebih2 lagi banyak kawan nak ajak pergi mana mana… yang sakitnya poket la…..hehehehe sekarang ni kalau rajin pergi jela ke kuala pahang atau pantai lagenda yang betul betul depan universiti….hehehee
wah…..
jalan2 cari makan ye!!!
seronok!!!
family saya pun macam tu…
kalau ke pantai timur…
boleh dikatakan selalunya lalu jalan dalam…
syok!!!
boleh singgah2~
hahahahaha, kak jie mesti kuat singgah2 kan???huhuhu
dah lama tak pergi air terjun.. mesti best kat sana ye 😮
Owh kak jie dah sampai di kampung halaman saya. Dungun. Pantai teluk lipat tu tempat main2 zaman kecil2 hinggalah sekarang. Kalau ada masalah pergi la telu lipat tu melepak seorang diri di sana sambil dengar irama pukulan ombak ke pantai, badan pula ditiup sang bayu laut… Tenang sekejap..
TMC menggantikan Giant yang penuh kontroversi itu. Macam-macam la pentadbir negeri Terenganu tercinta ni. Mesra Mall tu seperti hanya untuk ‘orang-orang minyak’ je. Macam kak jie cakap la mewah!.
tiba2 teringat dah lama tak makan angin..
rasa nya Mesra Mall tuh dedicate khas untuk expat yang mebi berlambak2 di Kerteh tu.
kelihatan air terjun itu seperti menarik…bagaimana dengan keadaan tandasnya? jika tak bersih, memang tak patut dikenakan 2 ringgit..huhu
Fuyoooo! bercuti sakan. Makan satar dengan otak-otak tu yang tak tahan tuuuu.. Saya sukaaa!
(uishhh awat komen ni tulisan dia kaler kelabu, susah nak baca. Kalu tersalah taip ejaan, ampun yerrr. Maklum rabun) 😀
Teringat kenangan Tour De Pantai Timur dari GUa MUsang – Kuantan selama 4 hari dengan keluarga tu yg bestnya.