Ini antara 5 perkara yang saya harapkan apabila saya membaca blog:-
Mudah difahami – Saya gemar blogwalking dan klik dari satu link ke satu link. Saya gemar klik linklist yang terdapat di sidebar blogger lain kerana link-link tersebut adalah satu komuniti yang lain dari komuniti saya. Tiap blog mempunyai komuniti yang tersendiri. Tiap kali membuka satu blog baru, saya berminat membaca bahasa yang mudah diproses oleh otak. Mungkin awak seorang pakar ekonomi atau pakar kimia yang mempunyai berbagai akronim yang agak ganjil pada bacaan umum . Permudahkan atau anda kehilangan saya!
Topik yang relevan – Saya tak boleh menyerap semua entri post yang dikemaskini beribu-ribu sehari, sudah tentu saya membuat jaringan dan menapis apa yang perlu saya baca. Jangan sentap hingga mempertikaikan kenapa orang tidak membaca blog kita tetapi kita kena kenalpasti kenapa . Sekiranya ingin memilih saya sebagai pembaca blog, pastikan topik yang ditulis berbaloi dengan masa yang saya luangkan.
Tunjukkan anda menikmati penulisan anda – Saya menikmati hasil penulisan orang lain sejak sekian lama. Saya mempunyai deria ke-6 yang agak kuat untuk menyelami jiwa yang dihasilkan dari entri tersebut. Seseorang yang menulis dengan berhemah mempunyai personaliti juga baik dan teratur. Saya tidak percaya kata-kata ” nampak saja jahat tapi hati baik’ kerana apa yang kita lakukan / blogkan adalah datang dari lintasan hati yang mengerakkan otak untuk bertindak. Hubungan antara pembaca boleh dibina pada kepuasan bersama dan itu lebih teguh dan telus .
Cerita peribadi tetapi terpelihara privasinya – Saya bukan makcik berlonggok atas tangga untuk membaca kisah peribadi tuan blog yang keterlaluan. Mengintai kisah peribadi orang lebih indah dan teruja dari dihidangkan segenap kisah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya sangat hormati blogger yang menulis kisah peribadi/keluarga tetapi masih mengekalkan nilai agama yang mengajar kita bersederhana. Baik cerita sedih atau cerita duka.
Bukan berita muka depan akhbar – Semua blogger kebanyakkannya pembaca akhbar online . Saya tak akan baca entri sensasi yang sama” ditulis” oleh 10 blogger yang sama, tajuk yang sama, topik yang sama dalam hari yang sama. Saya mencari kelainan dari berita ‘besar’ yang semua orang tahu. Kecualilah anda seorang ‘wartawan partime blogger‘ seperti Encik Ondscene.
Tiap orang mempunyai kecenderungan tersendiri untuk menikmati dunia online masing-masing. Kebiasaannya saya mengelak untuk terlibat dengan blog yang negatif kerana pilihan untuk menjadi siapa kita, apa yang kita baca untuk ketajaman mental dan minda adalah di tangan masing-masing. Saya jarang terlibat dalam hubungan online yang terlalu rapat – saya tidak akan ganggu hidup orang lain dan apa yang orang akan kata mengenai saya , itu adalah urusan dia diluar pengetahuan saya. Kecederaan hati yang mungkin beliau alami akibat prinsip saya bukan tanggungjawap saya.
Apa yang ditulis di sini hanya beberapa perkara yang pastinya berubah mengikut kesesuaian mood membaca pada hari tersebut. Saya ini wanita normal, emosi banyak tergantung pada kesuburan dan keseimbangan hormon estrogen dan progesteron… entah ada kaitan atau tidak!
Entri ini menggunakan tajuk SAYA , jadi ini adalah selera SAYA. Awak pun ade ye………. jom share! Mungkin apa yang awak suka boleh saya gunapakai di blog ini.
©kujie – entri positif – apa yang saya suka lebih banyak dari apa yang saya tak suka.
bagus juga tips nih..
terima kasih kak jie..
dulu macam nak terikut-ikut dengan gaya penyampaian kak jie dalam blog, tapi terus tak jadi ikut..
sebab macam tak ada identiti sendiri pulak kalau nak buat macam tu..
saya sentiasa nak perbaiki penulisan ni, nanti orang yang baca tak la bosan..
hihi..
bila kita membaca blog lain, apa yg baik kita ikut…jgn sengaja cari kelemahan..kalau cuma fokus pada kelemahan sesuatu blog, itu bukan cara yang betul.
blog kak jie memang best..
mula2 dulu macam nak jugak terikut-ikut dengan cara penyampaian kak jie dlam blog nih. tapi segera diubah, sebab rasa cam takde identiti sendiri pulak..
tapi saya masih belajar untuk menulis dengn lebih baik. insyaAllah..
kak jie tulis simple je..tgok mood dan isu yang nak di tulis..kadang2 boleh jadi serius, kadang2 tak de isi , tak ada info juga… tak suka entri yg berderet2 serius…hidup kak jie simple 😆
saya suka baca blog yang saya suka baca.. hehehe.. 😛
5 tahun dah baca blog mama 😀 ayat tak pernah berubah hehe. okay komen ke laut lol
hahaha…. tak berubah tu dok skima dari dulu 😆
penulisan adalah jiwaku. tidak menulis mengikut apa yg org minat. tapi menulis menurut apa yg saya selesa. heheh
betullah saya – jadi kita boleh nampak personaliti seseorang dari gaya penulisannya..tak sikit banyak. Kalau hari2 kita baca blog tu lagi banyak yang kita tahu 😛
terima kasih kalau pernah singgah ke blog saya hehe 😉
sama-sama kerana saling berkunjung 😆
Salam..
saya suka penulisan blog yang santai. Membaca dengan santai tapi setiap ayat menusuk jiwa. Dah pernah jumpa blog macam tu..
Tapi saya sendiri belum boleh buat macam tu agaknya. 😀
=)
Salam kembali… berbagai jenis blog yang kita lebih baik sebenarnya – kita boleh buat satu tanda aras untuk diri sendiri
saya suka tulis apa yang nak saya tulis..hik2.. 😉
dan kita dapat apa yang kita beri..kan? 😆
betul tu kak g… setuju!
Betul2 tu kak kujie..
Tapi mungkin minat kita berbeza.. xmungkin sama..
Saya suka yang santai bila untuk pembacaan harian..
Xsuka yang serius, sedih, melankolik sangat, tetiba berlagak pulak.. rasa nak lepok je..Tapi ada orang suka pergi blog tuan punyanya cantik, single mingle..
Chopp.. akak xpernah masuk sy punye blog lgkan..huhuhuhuh blog saya tak beslah tu maksudnya..
minat berbeza itu lah yang meriah dan warna warni hidup
ada banyak jenis dan tentunya kita ada suka dan tak suka
bukan tak suka… cuma mgkn tak pernah nampak lagi
p.s kak jie dah pergi, jgn merajuk tau nnt tak anggun 😆
kata2 kak jie mmg best!!! buat nana pk byk kali =)
fikir jgn tak fikir nana
otak kena guna, aktif kalau tidak berkarat, susah..hehe 😆
saya menaip ni sambil tutup muka sbb malu dgn blog sendiri.hehehe
awatnya cikgu………blog cikgu tak de cacat cela pun
bahasa tahap tingkat ke7 sy nk kena faham
blog org dewasa yg berkias2 😆
alamak… tiba2 jadi malu dengan blog sendiri… hurrmmmm 😉
tulis dgn jiwa tu dah masuk dalam list, knp nak malu lagi
kalau blog keagamaan, saya suka bertandang ke saifulislam.
kalau santai sikit saya suka ke relevan sokmo.
kalau si gadis menulis saya suka cheryna, bahasanya saya suka.
dan banyak lagi yang saya suka…
kujie n rohaizad kalau sihat saya tak pernah miss…
tapi yang pasti… gaya bahasa yang menawan memang pilihan utama. tidak terlalu melodramatik atau kaku. yang provokasi, saya cuba elakkan, personal diari… tak minat sangat, kecuali ada unsur pengajaran yang boleh diambil.
idea peribadi blogger-blogger tentang sesuatu isu juga saya suka baca, tapi tidak sangat dari aspek kepolitikan.
yang paling tidak suka, bahasa yang kasar dan mencarut… tetapi jika kena cara menulis dan ada idea bernas terselit, digagahkan juga membaca.
panjang atau pendek bukan aspek yang penting sangat. Jika cara menulis yang memikat, yang panjang pun akan dibaca juga tanpa berfikir dua kali, yang pendek rasa tak puas pula, kan.
jumpa banyak blog yang bagus dari segi isi dan isu yang dikupas…dengan idea segar dan menarik untuk dibalas dan dikupas tetapi bahasa yang salah digunakan…saya tak berani nak ambil bahagian
jadi baca saja
secara iklhas, blog kak G nie mmg ada aura..blh menarik pembaca utk terus berkunjung kembali termasuklah saya..
p/s: tulis artikel di blog biarlah gunakan bahasa yang ringkas, mudah difahami selain jalan cerita yg teratur & bukan tunggang langgang..jgn lupa tulis gunakkan akal dan bukan perasaan..blog bukan untuk menghina/mencarut tp untuk berkongsi ilmu semata..
yep, saya suka point no.3 tu. memang seronok bila baca penulisan orang yang menulis dengan passion, kita sebagai pembaca pun dapat merasa passion moment si penulis.
PS : lama tak datang blog kak jie, selalu baca dari reader je. saya ada blog baru. hoho
kita rasa sebahagian dari hidup dia….masuk tanpa dijemput dan kadang2 diam2 mengintai hidup blogger macam tu
Suka sangat nak melawat semula blog-blog yg meninggalkan komen tetapi kesuntukan masa tu kekadang membatas tetapi suka blog yang berpijak dibumi nyata tidak keterlaluan seperti sinetron Indonesia. Tapi tulah blog hak ekslusif peribadi jadi kita boleh halang apa diaorang nak buat walaupun ada benda2 yg orang lain tak suka.
pembetulan : kita TIDAK boleh halang …..
huh kalau saya……
entah tak tertakluk. mana berkenan baca, kalau banyak post yang berkenan masuk dalam google reader.
suka dengan yang memberi pengajaran tapi diselit dgn lawak sikit2..
macam keretamayat.blogspot, kan
Fuhh! jenuh sampai tergeliat kanta mata mencari kot2 ada tertera nama Gubuk Kecil Kembara Jalanan di catat di dlm entry kali ini.. hehehhe
apa2 hal pun maza skrg memilih yg ringkas dan padat sahaja..
sama gak, maza juga di bawah pengaruh mood yg bergantung pada hormon testosterone dan androgen (erk.. jgn percaya dgn teori scientific maza yg ini… dia main hentam aje tu) hehehehe
entri dkt blog maza pun blh tahan panjangnya..tp ada kualiti & tak berbunga2..
termasuklah tu maza
kalau nak listkan banyak jadi kita bagi secara umum saja
tu hormon ape tu….hormon kuda ke? 😆
Kak Gie ROCKS…
Saya suka blog yang clean macam ni..mudah nak baca..ayat yang senang nak diterima..mungkin faktor umur saya kot..
mudah di baca dan mudah di faham… 😆
Salam ziarah. Dari blog Rohaizad terus ke sini.
Sebelum ni jadi silent reader jer… 🙂
Macam saya, saya suka baca entri yang straight forward. Sebagai contoh, ” 10 Langkah Menjadi Blogger Yang Berjaya”.
Lebih senang nak faham n praktikkan mana yang sesuai.
Blog yang saya suka baca –> Hasil penulisan yang buat saya tunduk dan berfikir tentang kuasa Allah.. mcm blog Jiey (Rayyan Ariff).. Noina (nabila).. Kereta mayat..
KAdang sedar tak sedar, dapat kekuatan dari situ. Wujud perasaan syukur dan insaf yg tinggi. Sebab sedar diri ni selalu tak bersyukur.
1. cerita tiap2 hari lain .
2. tulisan terang and mudah di baca. takde kejap2 capslock kat tengah2 ayat.
3. mcm kak jie nye blog la…
seronok baca blog kak jie.byk sgt ilmu yg kak jie curahkan dalam berblog ni…time kasih ye kak jie.. 🙂
entri ni cerita pasal blog yg kak jie suka baca lah bukan pasal blog kak jie
..ishh..korang ni komen salah topik 😆 malulah konon sebenarnya sonok 😆
makin elegen blog kak jie skang..clean, fresh..sonok je membaca. baru saya perasan, kak jie guna mangga ads..hehe saya baru tau ada adverts tu.. 🙂
yang pastinya, blog kak jie antara menjadi pilihan saya dan wife 🙂 seronok dan tenang je baca cerita-cerita kak jie. nasihat pun banyak.
salam kakjie..
btol tu kak.. saye suka point2 yg kak jie mention kat atas tu.. mmg tu la ciri2 blog yg best untuk dibaca. tgh cuba memperbaiki diri supaya blog masuk dlm ciri2 di atas.
thks 4 info. dah lain plak layout ek. simple je.
Cukup berkesan dan terkesan di hati ini..
kak kujie best!
dah lama follow kak kujie tapi segan la nak tegur. 😳
suka sangat baca blog kak jie 😉
ayat yang power dan kemas malah tak berterabur langsung 😀
terima kasih utk ini. memang menyuntik semangat utk membina ayat setelah kehilangan idea utk menaip
first time tercampak kat sini….
selalu dengar a.k.a baca je nama kak kuji dari blogger lain…tapi tak pernah pun nak click…ni, terjumpa kat GB tadi…terasa nak click pulak..ehehehhehe
harap-harap tak menyesal kerana klik.. 😆
terimakasih
Kujie nye post nampak bersahaja tapi mendalam makna..
wah.. tips yang menarik! 🙂
tips mudah – tiada perkataan JANGAN dalam entri ini , jadi boleh buat apa saja tetapi ini hanya panduan bukan larangan 😆
salam..1st time bertandang kt sini.mmg mantop la.. 😆
terimakasih naqhiah – kenapa malu sertakan link, boleh kami saling berkunjung
banyak dapat tips dari blog kak jie ni…thanks.
itu dia kakjie dah bagi tips untuk menjadi penulis blog yg berkaliber..
sy suka baca blog kakjie sbb gaya penulisan yg indah
Kak Jie rasa seram dengan statement ini
sebab Kak Jie rasa penulisan Kak Jie macam karangan sekolah menengah rendah. Skima dan bersaya-saya 😆
statement yg orang lain bagi takper, jangan kita sendiri yg memberikan statement tersebut 🙂
Selagi isi kandungan blog itu tidak menjejaskan diri saya dan orang lain, dan memberi pengajaran, nasihat atau informasi saya akan suka membacanya, kerana ianya akan membantu untuk saya menambah pengetahuan dan membuka minda. Saya suka elakkan daripada blog yang berbau gossip, kerana khuatir saya akan menyebarkan fitnah.
Kita boleh memilih apa yang kita nak jiwa dan minda kita terima – positif atau negatif. Antara keduanya ini ada satu dugaan yang saling menarik , teguhkan prinsip…Insyallah…kita rasa lebih gembira kerana satu hari yang kita lalui ini memberi manafaat utk diri sendiri dan orang sekitar.
Artikel yang tersangat menarik,akan saya cuba praktikkan untuk menghasilkan penulisan yang baik di blog
haah btul. i tak suka baca repeat berita hangat. lama tak singgah sini. layout baru ni lagi nice!
wohoo.. ini tips yang bagus untuk blogger. Saya mempunyai kecenderungan meninggalan blog-blog yang mempunyai unsur2 provokasi. Dan saya suka blog-blog yang peaceful dan ada gaya bahasa yang cantik.
eh typo tu – meninggalan –> meninggalkan..
ini boleh mengambarkan peribadi seseorang dalam diam
kadang2 kita tak sedar pun
camne laa nk dapat tulis segala ayat macam kak jie buat ni.. cantik.. berbunga-bunga.. senang paham.. kadang2 makan dalam.. huhu.. memang blog kak jie ada kelainan dgn blog2 yg lain.. blog camni la best baca.. kak jie hebat! hehe
cantik subjektif
ada org suka itu ini begitu begini
sebenarnya entri yg keluar hari2 berbagai jenis
kadang tulis ke laut juga 😆
ikut mood
blog yang memberi info kena lawat
tambah pengetahuan
itu point no 2, relevan
relevan adalah kesesuaian apa yang tiap blog secara peribadi mahu..
pengetahuan itu relevan dgn bidang masakan, DIY, gardening, teknikal, teknologi komputer, motivasi, agama, isu semasa dan berbagai2 lagi….tajuk2 kecil 😆
ye, sy pon suka bahasa blog yg simple & tidak poyo..terbaek la k.jie!!!
kak jie pun kadang2 poyo juga
saja menceriakan mood kawan2…selang seli entri utk diri sendiri 😆
ingatkan nak bagi senarai blog tadi..
senarai tu ada kat Teman Tapi Mesra
ada blog yg benar2 suka baca dalam bookmark atau google reader
ada yg klik dari linklist blog org
ape-ape pon saya tetap suka baca blog kak jie 🙂
dlm dunia ni ada 2 perkara yg berjalan serentak
suka dan tidak suka 😆
emm..banyak gak blog yang saya suka baca juga..
betul tu, yang suka baca lebih banyak dari yang tak suka….jadi kita cakap hal2 yg suka saja..itu perkara yg positif 😆
ouh
pada saya kan kak jie, blog yg saya suka baca mesti ada info & dalam pada masa yang sama menghiburkan
nak cerita pasal kisah peribadi boleh tapi mesti ada maklumat baru yang bleh saya dapat bila tiba ke akhir perenggan entri
saya tak suka baca entri yang tiada isi
macam blog kak jie, saya selesa membacanya
tidak begitu serius, menggunakan bahasa yang mudah & friendly readers
keep it up kak 😉
sebenarnya tak berapa suka listkan atau tulis entri info yang terlalu direct, sikit2 sudah…tapi berterusan
hari ni sikit, esok sikit…
bab friendly tu – kadang sengal juga bila mood meroyan datang 😆
ahaaa…baru je terlintas nak buat entry macam ni, serupa dgn ini. dah baca ni, serupa la kita. kurang lebih je pendapat tu 😀
ini general, rasanya semua org pun mcm ni..cuma tambah yg ke 6- 60 sebab lain … 😆