Awal pagi bersantai di Ruang Rindu sambil bagi ikan-ikan makan.
Rombongan 2 kereta dari Kuantan sampai semalam. Seronok dan meriah kembali walau pun sekejap. Maksu ( adik bongsu mak ) mak saudara yang paling rapat dengan saya. Sebelum dia berkahwin dengan Paksu, dia tinggal dengan mak dan menjaga saya dari bayi sampai usia 4 tahun. Mungkin sebab itu kami paling rapat.
Sepupu saya cakap ” mak ni, kalau dah jumpa anak sedara mak yang ni, seronok bukan main…”
he he he…. jangan nak jeles!
Sepupu saya yang meriba anak dua orang tu, pesakit buah pinggang sejak usia 7 tahun. Walaupun bercuti , hari ini dia perlu ke Hospital Sungai Buloh untuk buat rawatan dialisis darah. Seminggu 2 kali. Syukur kerana dia bertugas di hospital juga ( Hospital Kuantan ) , jadi senang nak buat appointment dengan mana-mana hospital jika bercuti di Malaysia. Jodoh dia pun dengan orang hospital di bahagian makmal darah. Sambil-sambil buat dialisis sambil main mata le tu…
Kena rancang percutian yang dekat dengan hospital , sambil-sambil bercuti kena singgah hospital buat dialisis.
Sepupu saya seorang lagi si adik, seorang gadis comel OKU bertugas sebagai gadis tol di Kota Damansara. Kecatatan sebelah kaki kanan. Entah nak dijadikan kisah, awal tahun berlaku kemalangan. Dia dilanggar kereta di tepi pondok tol tempat bertugas. Patah kaki yang memang sedia cacat. Selepas 3 bulan cuti sakit ( MC ), dia dah kembali bekerja tetapi di pindahkan ke bahagian dalam pejabat untuk urusan Touch & Go.
Kalau ke Plaza Tol Kota Damansara ( bukan pondok tol ) untuk tambah nilai Touch & Go, berurusan dengan gadis yang kecomelan iras-iras saya…. itu mungkin dia!
Inilah pentas hidup masing-masing.
©kujie – untuk merasa susah dengan kesusahan orang lain agak mudah berbanding untuk merasa senang dengan kesenangan orang lain.
EDIT : Baru sekejap tadi sebelum naik kereta untuk balik, Maksu saya berbisik ” Azwan tu sekarang jadi model sambilan … model untuk baju-baju . Maksu tak bagi dia berhenti kerja, sambil-sambilan bolehlah”
Ha ha ha… kan saya dah cakap, genetik saya memang comel-comel!
sesama kita, setiap satu jadi cermin kepada yang lain. seorang keluh, seorang kesahlah. esok lusa ganti nombor pulak!
Jom terjah post menarik dari abgreds ..Keajaiban dunia pelik
oo.. intan tu kira ikut kak jie le ni? hehee.. bagusnya wpun de sedikit masalah pada anggota badan masih boleh bekerja.. itu lebih baik dari yg sihat sejahtera tapi dapat duit dri sumber yg tah pape tu..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Fiezaradzicom Berpindah
gadis penjaga tol banyak yang cantik2, sebab tu sy tak guna touch sbb nak amik tiket dgn gadis comel, ouchhh
Jom terjah post menarik dari mijie ..Tutorial cara nak upgrade wordpress 3.0
sempena hari Jumaat ni, nak try jadi manusia yang sentiasa bersyukur sokmo. nak kurangkan mengeluh. hohohoho.
Jom terjah post menarik dari lizz ..Terima Kasih Tapi Aku Dah Serik Sekali Lagi
kind of agree with you Kak Jie…we should be gratefull of what we have now…alhamdulilah
Setiap ujian yang datang tu kan untuk menguji
keimanan hambaNya…..insyallah
keluarga si comel lah ni kiranya ya kujie…
tapi memang betul, apa-apa pun yang berlaku dalam hidup kita , cuba lah untuk kita lihat dari sudut positifnya
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Nak wajah kelihatan cantik
Hehe, org yg selalu positif dalam hidup menjadikan rintangan dalam hidup sbgai satu drive utk dia ke depan..well written kak jie.=D
Ada kisah dia mengeluh kerana tak ada sebelah tangan dan hilang penglihatan. Di dunia dia sering mengeluh tetapi diakhirat dia sangat bersyukur rupanya ramai manusi dihukum Allah kerana tangan dan mata mereka yg tidak digunakan untuk kebaikan.
hehe..ni kira promosi touch n go jugak ni..
Jom terjah post menarik dari sufian ..Cara Membaiki Kad (RAM / Graphic Card) Menggunakan Getah Pemadam
dugaan hidup ni macam2 bentuk kan? kita tak rancang pun, tapi ianya tetap datang..hoho..nauzubillah
Jom terjah post menarik dari wanmus ..Saya Telah Kembali…
jgn keluh kesah walau engkau lelah,
yg penting setiap kebahagian mampu kau tempah
🙂
tak pernah mengintai ke dalam pejabat tol pulak kalau nak tambah nilai…. sebab malas nak turun kete! ahahahha
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..BERAPA AGAKNYA UMUR KUCING?
ujian ALLAH pada kita sentiasa ada. bersyukurlah dengan apa yang kita miliki skrg. kan kak jie?
jangan cepat mengalah dan berputus asa dalam hidup ni..bersabar dengan ujian..
HAmpir sama ngan saya makcik yang bela tp saya angap dialah mak dan bapak saya. Fikir2 best gak ada bua mak dan dua bapak ni.
Jom terjah post menarik dari haritz ..Kawin Paksa
alamak kak jie…ni yg buat nana rase nk pegi kat tol tu…kot2 la boleh mintak no fon kak jie kat dia…hehehe
nak minta no tel kak jie ke, nak minta no tel abang dia yg jadi model tu….aippp..cakap betul2 😆
wah,touching entri nie?bukan apa mungkin sebab bila melihat kesusahan atau kepayahan yang dialami oleh orang lain tetapi mereka masih mampu meneruskan hidup seperti biasa.
betul jugak kan,kalau kita fikir kan kita ini sentiasa dilanda kesusahan atau kepayahan yang kadangkala membuatkan kita rasa putus asa.tetapi sebenarnya ada orang yang lebih susah dari itu tapi mereka masih mampu dan kuat untuk meneruskan kehidupan ini..
Jom terjah post menarik dari Piston Pecah ..Dia Wanita & Juga Terkuat Di Dunia
ramai yang menilai bahagia dari material yang dilihat sedangkan erti sebenar adalah kecukupan kita dalam hidup dan cara kita susun atur puzzle kehidupan menjadi lengkap mengikut acuan masing-masing
wah itew macam meh…
lepas ni, boleh ler maza skodeng sepupu comel di kaunter touch & go itew.. hehehhe
ouch! wink! wink!
Jom terjah post menarik dari maza ..Jam ini, bukan sekadar penunjuk waktu!
mereka dengan ujian mereka yang Allah tunjukkan..kita?
semoga Allah beri kemudahan dalam segala urusan…
Jom terjah post menarik dari izzah ..Yang sebenarnya…
niceeeee!!
mcm ne nak kenal dia, muka kujie pon x betul2 kene. gravatar petak2 jer
Jom terjah post menarik dari matjoe ..Bijak Berkahwin: Bagi Emas bukan Bagi Permata
©kujie – untuk merasa susah dengan kesusahan orang lain agak mudah berbanding untuk merasa senang dengan kesenangan orang lain.
~saya suke qoute ni…
Jom terjah post menarik dari kaseh esmiralda ..Belanja cukup syarat ke, bang~ *nada sarkastik*
pentas hidup dan kitalah pelakon-pelakonnya.
Terpulang untuk memilih watak yang sebagaimana. Moga semua terus kuat, tabah, dan berusaha menghidupkan watak hingga sampai masa! 😎
Jom terjah post menarik dari student ..Saya tak faham.
wah..ruang rindu..suka terma tu..
kak jie, kak jie masuk blog sy takleh komen ek? sy dh buang widget tu. tengok boleh komen ke tak..
*terima kasih sudi singgah blog saya 😀
Jom terjah post menarik dari fina fento ..Trafik hari ini dan keyword terpanjang [37 patah perkataan]
ramai la yang pegi reload touch n go kt Sungai Buloh pasni.. 😆
kota damansara, area Maza tu…hahaha
meh kita tgok kot2 dia yg dah sampai 😆
aduh! payah sikit, sebb maza kalau lalu tol itu selalunya free ataupun pakai bayar cash!.. ehhehehe
Jom terjah post menarik dari maza ..Jam ini, bukan sekadar penunjuk waktu!
huh nasib baik juga pihak tol berbaik hati 🙂
masih ada sifat perikemanusiaan didunia ini 😉
sebab itulah katanya plaza tol tak perlu dihapuskan..demi kebajikan para pekerja di masia juga.. tapi entahlah!..
heheheheh
Jom terjah post menarik dari maza ..Jam ini, bukan sekadar penunjuk waktu!
eh..comel eh..
Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen Pertama dari Innity