Blog Tutorial

Cara Sembunyi Teks Dalam Entri

Ada orang tanya macam mana saya sembunyikan teks dalam entri Update Kes Makcik Vs Encik BMW. Teks yang perlu di highlight baru nampak tu.  he he he…ramai juga yang cari amount tu tak jumpa. BUkan macam cara buat private post berpassword .

Saya tak pasti ada tutorial ke tentang trick ni, saya mencuba sendiri.  Betul ke tidak caranya, kalau dah jadi tu, kira jadilah.

Nak tau?

Mudah sangat.  Tulis seperti biasa, sampai pada teks yang ingin kita main cak cak tu, tukar font dengan warna background post.  Kalau blog post kita putih, tukar putih, kalau hitam jadikan font tu warna hitam.

Contoh di bawah ni : ( highlight untuk membaca )

Terkadang.Terdera kah rasa?.
Pada jejak tak bertapak.
Pada catat tak bertinta.
Di lanskap maya

Html code dia macam diatas ni. #ffffff tu merujuk kepada warna putih. Kalau susah nak dapatkan code warna background post , pergi Dashboard > Edit Html cari  code background post  disitu.
tadaaaa…senang je kan?

©kujie – pergi pasar malam tadi, sampai rumah tengok macam² makanan beli…terlupa tinggal berdua saja dengan Intan:sad:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Cara Sembunyi Teks Dalam Entri

  1. Berhati-hati dengan trick tu.. sebab google boleh bagi penalti sebab ia dianggap spamming search engine..dalam SEO letak text yg sama dengan colour background dianggap menyembunyikan keyword so boleh dikatakan juga sebagai kaedah blackhat..boleh rujuk google guideline bahagian Quality guidelines – specific guidelines kat sini… 😉

  2. Saya ada buat macam tu kat jawapan teka-teki, ramai yang emel saya tanyakan apa jawapan teka teki tersebut walaupun saya ada tulis “Tekan kekunci Ctrl + A untuk melihat semua jawapan”

    Apa maknanya tu????

  3. satu lagi kaedah ialah gunakan magic pen, kendian kasi color mana2 tulisan yg mahu dihitamkan..heheheh

    kalau menjadi, kira teori tahhapa2tah maza mengenalah tu…

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  4. trick yg cool… bg yg plain colour leh pakai, kalau kat blog lazaac background beropacity, takde harapan.. kena fikirkan cara lain la jawabnya.. :p

  5. biasa buat ni dulu2.. konon nak private la kan.. last2 kantoi..
    hehehe..

    lama tak jenguk blog kak kujie.. dlu selalu jugak lepak dkat forum dulu2.. apa tah nama forum tu.tak ingat dah..

  6. Ekekeke.. ini cara yg biasa dibuat.. mudah sekali..

    nak lagi mudah guna code ni..

    AYAT AYAT CINTA

Comments are closed.