Tak perlu marah-marah – nanti cepat kedut tak anggun!
Blogger

Tak perlu marah-marah – nanti cepat kedut tak anggun!

Mula-mula nak bagitau – saya dapat hadiah utama wang tunai rm 10,000.00 .

TAHNIAH SIM.CaRD ANDA TELA BERJAYA CABUTAN BETUAH Dari Shell SDN BHD WANG tRM 10,000.00 SILA HB Office 014 866 2838  terima kasih.

Segala ejaan lintang pukang tu buat saya gembira!  Makcik kaya!

Ok tutup kes!

Pasal GengBlogger pula.   Semalam ramai yang hantar email tanya status ping di GB.   Ramai yang tak keruan sebab tak boleh ping.  Tengok thread baru di forum pun dah boleh rasa, ramai yang mengalami masalah ini.

Adik-adik.. bertenang.  Tiada sistem yang sempurna dan kekal .  Semua sistem yang disenggara manusia akan alami gangguan.  Blogger, facebook malah kadang-kadang web yang bersecurity tinggi seperti bank pun alami gangguan perkhidmatan.

Pemilik GB sedar masalah tersebut dan sedang cuba mengatasinya… bagilah dia masa janganlah keterlaluan memberi tekanan.  GB adalah kemudahan percuma dan kita sebagai pengguna perlu bertolak ansur.  Tak perlu semua orang nak buka thread nak harapkan jawapan – kalau Kong nak jawap semua soalan , bila masa dia nak kerja nak selesaikan masalah?

Saya pun alami masalah yang sama 3-4 hari lepas.  Ada beberapa entri yang tidak dapat di ping.  Anggap saja satu itu perkara biasa –  kadang-kadang hidup bukan seperti yang kita rancang.  Saya check setting url feed.

Bertenang… tarik nafas …. dan sedar , kehidupan online kita bukan segalanya.  Ada banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan dari memikirkan masalah tersebut.  Blogwalking contohnya.

moral of the story : bertenang

©kujie – Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Tak perlu marah-marah – nanti cepat kedut tak anggun!

  1. Semalam dapat email katanya saya menang Lotery USD100juta…pak ci kayo pak cik kayo!!!.

    Joomm kita iklan ramai-ramai kat GB tu baru lah ada modal sikit nak jalan bisnis.

  2. kalau saya nak kumpulkan jumlah yang saya dah dapat mcam akak, memang cukup 7 keturunan duit tu hahaha

    pasal hellioz tu biarlah..itu cara dia.. memang hot and spicy..tapi saya dh malas nak libatkan diri dalam blogosphere sekarang ni..

    dan pasal Gb tu dah boleh ping. semalam saya try memang tak boleh. pagi ni baru boleh..bagus admin GB.. harap GB dapat jadi satu identiti malaysia nanti. biar najib tahu kita remaja malaysia yang boleh berjaya! hehe

    err remaja?? akak dah kahwin kan..opsss :p
    Jom terjah post menarik dari Fitrihadi.com ..Laporan Dan Rekod Fitrihadi.com Setelah 3 Bulan BeroperasiMy Profile

  3. hehe saya tengok je dari jauh, malas nak amik side. saya pun ada problem nak ping tapi rasanya dah boleh submit balik pagi subuh tadi

Comments are closed.