Tutorial : Pasang WP Social Blogroll
Blog Tutorial

Tutorial : Pasang WP Social Blogroll

Ramai yang minta saya buat tutorial ini. Bukan tak nak buat, tak sempat. Ada beberapa slot yang perlu di isi. Tak kan saya nak update blog sehari 15 post macam Ben Ashaari tu. Dia bukan blogger tegar lagi, dah jadi blogger pagar. Terpacak depan pc !

Orang lain tak ada idea nak update blog, saya ni pula ada banyak bahan tapi kemampuan diri yang tercungap-cungap. Ada advertorial yang belum disiapkan, ada preview yang perlu diberi perhatian di selang seli dengan entri ‘lite-lite’ kisah diri sendiri.

Saya dapat email dari ‘kawan baik’ satu company bertanya tentang halaman Teman Tapi Mesra . Nak reply kat email susahlah, jadi saya ringankan jari jemari menaip satu entri khas untuk kawan-kawan.  Plugin ini ada 2 cara , satu menggunakan widget di sitebar ( yang paling mudah ) dan satu lagi dengan buat satu page baru khas untuk RSS Feed seperti di Teman Tapi Mesra

1. Melalui dashboard WP, install plugin Wp Social Blogroll dan aktifkan.

2 . Login cpanel , tukar wp-content kepada chmod 777 .

3. Pergi bahagian Setting > Wp Social Blogroll > sign up Google AJAX Feed API. Isikan API key pada ruangan yang disediakan.

4. Setkan general option.

  • Tick Use Google Feed Discovery
  • TickUse Google Favicon Discovery .
  • JavaScript loading in – pagefooter
  • Tick untuk Categories yang ingin display pada page .( belum ada, nanti bila set categori baru tick )
  • Tick Group bookmarks by category
  • Tick Enable JavaScript-sorting
  • Pilih Style untuk Display Options
  • Isikan jumpah yang sesuai untuk Max number of bookmarks per category.
  • Custom location for stylesheets – ikut contoh yang diberi
  • Tick Show update-information
  • Tick Show title of latest post
  • Bookmark tooltip – saya pilih show title of latest post
  • Tick show icon
  • Tick Enable bookmark preview

SAVE CHANGEkena bagi tau ni..nanti cakap cikgu tak suruh pula!

5 . Apprearance > Editor > tengok ada tak file links.php. Kalau belum ada, kena buat satu custom page khas untuk page tersebut dan save dalam format php.

Ini contoh links.php saya .  Cara buat custome page rujuk [sini]

Cara buatkan page untuk blogroll.

6. Dashboard WP > Pages > Add New . Tulis tajuk sahaja. Saya gunakan Teman Tapi Mesra. Kemudian di bahagian tepi kanan, cari Attributes > Template > scroll cari Links. ( sama seperti custom page yang kita buat tadi ).

Lepas tu klik Publish.  Kemudian kita boleh add link .

7. Dashboard WP > Links > Add New > Isi kan Name, Web Address , Description , Target dan Add Link

Lepas tu add new link dan categori sesedap rasa. Siap satu page untuk blogroll.  Setiap kali create categori baru, pergi pada setting Wp Social Blogroll, tick pada categori tersebut.  Kalau tidak categori tu tak muncul pada page.

Kalau nak letak sidebar di page tersebut. Letakkan code <?php get_sidebar(); ?> betul-betul sebelum code <?php get_footer(); ?>

Selesai sudah……….. nak tidur kejap!

Saya perlu ucapkan terimakasih pada etomyam kerana tanpa jemu membalas setiap email saya untuk menyelesaikan masalah pemasangan plugin WP Social Blogroll walaupun saya membaca tutorial beliau di
Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed .  Makcik-makcik memang  susah nak paham tanpa bimbingan .

Terimakasih juga untuk Yam dari life4hire.berceloteh.com yang terus hubungi saya melalui sms dan email bila saya pancarkan signal S.O.S di entri ini tolonglah kawan aku ingin tidur lena menghulurkan bantuan.

Semalam pun saya pancarkan signal S.O.S kat twitter, sekejap saja ‘bantuan kecemasan’ datang. Blogger yang tidak pernah loket menghulurkan bantuan seperti contest Denaihati.com Hidup Untuk Memberi .

©Kujie – blog saya sekarang menggunakan CDN ( Content Delivery Network ) seperti website terkemuda Google, Facebook , Youtube juga Innity. Nantilah saya buat post lain untuk topik ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Tutorial : Pasang WP Social Blogroll

  1. salam..kak, sy baru je mnggunakan wordpress..so byk lagi yg tak tahu buat..
    sy xpaham yang ni: tukar wp-content kepada chmod 777 …
    macam mana nak buat yer? mohon tunjuk ajar..

  2. Kak…wp-content tu tang mane? Sy dah login cpanel..tapi tak jumpak pun wp-content tuh… 🙁

  3. ala macam kak jie cakap la..makcik2 ni memang lambat sikit…
    10 kali ajar pown x reti2…hu..hu…dh search dah..nt try lagi…

  4. Fuhh.. serius susah giler nak buat pada pertama kali membaca tutorial ni, sebab ada beberapa part yang sy xfaham. Nasiblah ada geng yang cepat belajar then terror php.. suh die buat sekejap je.. ngeh2..

    Thanks untuk tutorial ni, bez ar blog akak.. salam kenal kak.. 😎

    1. tapi image semua hilang…tadi terdelete wp contest – nasib baik theme dan plugin dah dpt bali…image je error…

      tgh pening juga nak dapatkan mcm mana

  5. hi Kujie! thanks for the tutorial and link yang u letak.. very usefull.. i put ur link into my blog posting..
    🙂

  6. alamak…susahnya nak buat benda alah ni… saya akan cuba…cuma rasanya cam tak de harapan aje…

      1. bergantung pada jenis theme… kak jie pun kena edit links.php ikut theme ni, dulu guna theme lain..lain jadinya

        tapi secara asasnya, tgok link.php

  7. kak jie, macam mana pasal CDN? Kak Jie ada pasang W3 Total Cache Plugin ke? Saya ada perasan CDN kat blog kak jie. Dah macam2 research saya buat pasal CDN termasuk CDN berbayar dan CDN free. Tapi bila tgk blog kak jie, ada loading tu tulis “Transfering from cdn.kujie2.com. mcm dari sub domain kak jie je. Itu yang saya mau tanya. Harapnya kak jie dapat jelaskan dalam tutorial akan datang.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..Apa Sebenarnya Feed? Penting Ke? =-.

    1. memang ada niat nak buat entri pasal ni, tapi tak sempat
      sehari 2 entri ni pun tercungap-cungap . Kalau guna W3 Total Cache Plugin lebih mudah untuk pasang CDN. Ada pula cikgu yang ajar seketul-seketul kat YM..ikut sajalah.

      Minggu depan, Insyaallah….

  8. Terima kasih Kak Jie.
    Good tutorial.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..Beli Atau Curi Theme? =-.

  9. out of league dah wp ni..keke
    .-= Azizuan´s last blog ..Selamat Menyambut Hari Perperiksaan =-.

  10. bro tomyam mmg terbaik..saye punye da lame wat, cume plik sket sbb wat care len..hak3.. ➡
    .-= yoy´s last blog ..Kisah Aku dan Resdung. =-.

    1. dia reply email kak jie yg entah apa2…
      kesian dia…

      cara lain tak pe, janji jadi
      ini cara pemahaman kak jie..cara makcik2
      yg tak boleh tinggal walau satu step :p

  11. elok plugin ni,tak payah ada feedreader lagi..tutorial pun steady :mrgreen:
    .-= etomyam´s last blog ..Seram: Rumah Aku Ada Hantu? =-.

    1. kak jie tak berapa faham byk step kt tutorial asal
      yg ni ikut pemahaman kak jie yg ‘mcm siput’ ni..hehehe

      p/s – ada seseorg yg email tanya..susah nk terang kt email
      tu yg buat ni
      btw
      terimakasih byk2 kerana bantu kak jie

  12. ini yang kita mahu, mesra pelanggan. hehe, thanks kak jie.
    .-= mohdisa´s last blog ..Suami Isteri Bercerai Kerana Facebook =-.

    1. kaunter ‘customer service’ belum buka
      pelanggan dah beratur ye..
      yg ni tutorial dari pengalaman kak jie sendiri selepas berpuluh2 kali
      trial and error

  13. SAVE CHANGE – kena bagi tau ni..nanti cakap cikgu tak suruh pula!

    baca part tu je, saya gelak tak hengat punya. HAHAHA. lawak la kak jie ni. hehe

    *mungkin orang lain tak paham komen ni* :p
    .-= mrkay´s last blog ..TM Memperkenalkan TM iTalk Whoa! =-.

    1. ha ha ha ……..ayat tu kita saja yg faham
      anak murid bengap , melangut dpn pc tunggu arahan dr cikgu
      takut nak pegang mouse…ha ha ha

  14. UZAR (ustaz Zaharudin.net) dah menang anugerah tempat ketiga laman web terbaik negara berunsur Islam oleh JAKIM tahun 2009,

    ahaks.. lepas ni bila lak giliran kita ek?

    huhuhuhu
    😳 😳 😳
    .-= maza´s last blog ..Di bawah pokok ada lori… =-.

    1. tak mgkn saya lah
      bukan kepakaran
      utk komuniti kecik2 , kawan2 rapat bolehlah
      utk lebih besar mcm Ust. Zaharudin tu – dia berada ditahap yg lebih tinggi

  15. byk kali juga nak buat blogroll nie tp tak pernah jadi..bagus jugak kak G ada buat tutorial..spt org ngantuk disorongkan bantal..tq kak G..

    p/s: juga tgh study tutorial di blog bro tomyam psal subjek yg sama
    .-= Nadri´s last blog ..Anai-Anai & Al-Quran =-.

    1. kak jie pun berpuluh2 kali buat – salah step pertama lagi
      kemudian baru dpt
      cari kat internet pun belum ada yg boleh difahami
      tu yg terjumpa kt blog etomyam tu…
      tapi ikut pun tk jadi2..kak jie email dia
      baru le jadi..
      ni step lengkap tak tinggal satu pun…utk gaya makcik2 murid dewasa

  16. waaa.. dah fening. fanjang fangat..
    .-= Amir´s last blog ..Harga dan Nilai Sebuah Persahabatan =-.

    1. menarik jgk… sy ingat link exchange mcm biasa je.. nak try la..
      .-= Amir´s last blog ..Harga dan Nilai Sebuah Persahabatan =-.

  17. etomyam mmg banyak bantu saya jugak..
    .-= Mus´s last blog ..Hai Uncle! Yang Ni ORI ke PALSU? =-.

  18. Thanks Kak Jie! Senang sikit bila ada siap dengan link feeds :mrgreen:
    .-= Loq´s last blog ..Trailer Filem Hooperz =-.

  19. huish. best gak ni. leh kluarkan entri terkini..
    sy ada guna gak plugin utk blogroll tp setakat nama blog je
    nanti nk try yg ni la pulok.
    tq kakjie :mrgreen:

Comments are closed.