Hulu Selangor – apa yang boleh dikaitkan dengan daerah yang dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” ini ? Salah satunya kerana daerah ini adalah penghubung bagi dua destinasi pelancongan terkenal – Bukit Fraser dan Genting Highlands melalui Jalan Kuala Kubu Baru-Bukit Fraser dan Jalan Batang Kali-Genting Highlands.
Gambar kenangan dari menara peninjau Taman Orkid Antarabangsa Serendah
Hulu Selangor pernah popular di tahun 2007 dengan Anugerah Penyapu apabila Menteri Besar Selangor ketika itu , Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kerana kedua-dua PBT tersebut gagal mencatatkan prestasi yang memuaskan.
( Gambar ihsan Utusan Malaysia )
Sekali lagi Hulu Selangor menjadi tumpuan negara kerana akan diadakan Pilihanraya Kecil (PRK Hulu Selangor ) pada 25hb April 2010 di kawasan Parlimen P94 kerana Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia akibat barah otak pada 25/3/2010 .
Hulu Selangor adalah daerah terbesar daripada sembilan daerah di Selangor dengan keluasan 174,047 hektar atau seluas saiz negeri Melaka. Hulu Selangor mungkin merupakan tempat kelahiran kereta yang anda gunakan sekarang ( Kancil, Kelisa, Rusa, Myvi, Viva, Alza atau pun Kembara ) iaitu dari kilang Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) di Sungai Choh.
Atau Nissan Latio dan Grand Livina anda datangnya dari Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) Serendah
Macam mana nak datang ke Hulu Selangor?
Kalau dari selatan ikut Lebuh raya PLUS anda keluar melalui susur keluar di Rawang atau Bukit Beruntung atau Bukit Tagar atau Lembah Beringin . Saya cadangkan keluar melalui Bukit Beruntung.
Kalau dari utara melalui lebuh raya PLUS , keluar di Tanjung Malim.
Kalau dari Kuala Lumpur ada 2 pilihan – melalui Selayang – Rawang – Serendah atau melalui Jalan Sungai Tua, Batu Caves – Hulu Yam Bharu.
Dari pantai timur melalui Lebuhraya Karak – Jalan Genting Highlands ( Gohtong Jaya )- Batang Kali atau kalau dari Raub. Kuala Lipis melalui Jalan Bukit Fraser-Kuala Kubu Bharu .
Jalan lama tu, saya pernah lalu sekali dari Raub ke Tanjung Malim . Sampai di satu tempat dalam hutan belantara tengah malam tu ( sekitar 12 tenghamalam ) , ternampak kelibat orang berjalan – 2 orang dewasa. Saya diam tak bertanya pun dengan suami. Bila dah sampai kawasan Kuala Kubu Bharu baru tanya dia.
” Abang tak nampak pun…” hah! Siapa ye ?
Kalau dah panas dengan isu politik, anda boleh melapangkan diri dengan memandu ke Bukit Fraser atau berendam di Air Terjun Serendah , Air Terjun Sg. Sendat, Ulu Yam dan kembali meregangkan urat dengan mandi di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali atau Kolam Air Panas Kerling.
Lagi satu – save nombor penting ini dalah handphone :
Polis Daerah Hulu Selangor ( KKB) – 03 60641222/1221
Hospital Daerah Hulu Selangor (KKB ) – 03 60641333
Kujie – tak payahlah kot!
Kalau rajin dan mungkin untuk lebih memahami penduduk awam Daerah Hulu Selangor, baca blog Abdul Rashid Bin Abdul Razak tentang tajuk kajian : PERSPEKTIF AWAM TERHADAP TAHAP KEEFESIANAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN: KAJIAN KES DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Kajian yang dikelola oleh Pensyarah Prof.Madya Dr. hamzah Jusoh dan dengan bantuan tutor Cik Noordeyana oleh pelajar SKAD 2063. Projek ini dibiayai oleh Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (MOSTI) dengan bantuan para pelajar kursus SKAD2063:Urbanisasi dan Pembangunan Bandar.
Rujukan : Laman Web Majlis Daerah Hulu Selangor
©Kujie – kawan-kawan yang datang sebagai ‘pelancong politik ‘ 25hb April nanti , carilah saya
pssst…! Jangan lupa tulis nama atas batu bila sampai Kuala Kubu nanti…
Bkt Beruntung – Rawang, Bukit Sentosa Hulu Selangor
tapi berjiran ni…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Redha Dengan Perkara Kufur Adalah Kufur
serendah dalam kenangan…
kalau datang,mama nak masak apa?
muahaha ;p
sorry komen ke laut
.-= yonna´s last blog ..Cikgu Weeda =-.
anugerah penyapu???
perli ke galakan tu…
hehheheee…
.-= mie´s last blog ..:: bila si teruna berjiwang :: =-.
Hehe.. tersengih seketika melihat anugerah penyapu itu. 😀
.-= amirulfaiz´s last blog ..Peperiksaan =-.
1st time gak dengar anugerah penyapu..orang muda katakann..mana nak amek tau benda2 mcm tuh..keke
.-= Azizuan´s last blog ..Selamat Menyambut Hari Perperiksaan =-.
tak pernah sampai ke sana lagi..nanti kalau ke sana boleh la calling2 kak jie.kan 😉
.-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.
alamak …aku baru baca cerita sedih kat sg choh…
bagilah spor jjcm kat sana k jie. hehe 🙂
typo. should be “spot” instead of “spor” hehe 🙂
.-= KNizam´s last blog ..Jeritan “Pakistan Zindabad!”, Kawad Kaki Naik Ke Kepala 90′ & Pengalaman Unik/Menarik Mengiringi Upacara Menurunkan Bendera Di Sempadan Wagah di Lahore (Pakistan) & Amritsar (India) oleh Rangers Army (Pakistan) & Border Security Force (India) =-.
errk.. Hulu Selangor, boleh bikin safari terbesar di Malaysia tak?
hehehhe
.-= maza´s last blog ..Di bawah pokok ada lori… =-.
salam kak jie. ada orang ajak kakchik pergi sempena PRK ni tapi kemungkinan besar tak kot sebab masa tu minggu exam dah. meriah la hulu selangor nanti. ada PRK ni sumber rezeki bagi sesiapa yang nak tambah duit terutama penduduk di hulu selangor. tentu habis segala rumah kosong ditempah penyokong parti politik, segala hotel, hostel, motel, homestay dan asrama yang ada.
.-= kakchik´s last blog ..Pandai Macam Lembu. =-.
tiga bulan lepas, masa saya balik dari shah alam ke penang saja lalu jalan lama, nak buang masa sikit dan nak nikmati permandangan disekeliling. naik plus turun kt rawang. dari rawang terus pakai jalan lama ke ipoh. lepas lalu terowong naik turun balik jalan lama dan terus ke penang.
apa yg sy tgk di hulu selangor tu agak jauh dr pembangunan. jarak diantara satu tempat ke satu tempat pon jauh. kuala kubu baru tak ada apa – apa pon, rasa sesak sikit kat rawang.
teringin gak nak jadi pelancong politik kat sana, tp takdan kot..
.-= luth textile´s last blog ..Pentingnya kestabilan politik dalam negara =-.
bestnya terletak antara Bukit Fraser dan Genting Highlands… cuti je boleh pilih nak pegi jalan kt mana.. hehe. btw, tak pernah sampai lagi daerah ni…
.-= Amir´s last blog ..Harga dan Nilai Sebuah Persahabatan =-.
dah mula meriah kanns?! pagi ni perasan simpang 3 di Sg Choh tu dah di turap yang baru!! pastu buat jalan jadi jammed time org nak g keje.. sabo jela 🙄
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..Buah hati baru~ =-.
Aku harap PR kekal kerusi laa…
.-= Adry Sabry´s last blog ..Maher Zain… Thank You Allah… =-.
satu lagi kak jie:
hulu selangor tempat buang jin!
Siapakah yang akan menang. 😀
pernah g dekat serendah..ctu dah hulu selangor kan..mandi air terjun dikelilingn masyarakat org asli dan anjing2 mereka..huhu 😀
.-= yoy´s last blog ..Kisah Aku dan Resdung. =-.
tepi kampung org Asli tu, rumah Kak Jie
saya baru 2 minggu lepas pergi kuala kubu bharu untuk exam
.-= mijie´s last blog ..Ringkas sahaja =-.
Hulu Selangor.. banyak kenangan pahit dan manis disana suatu masa dahulu.. 😐
hulu selangor… lama tak pi sana.. last pi sana waktu jemput adek pompuan saya yang tamat persekolahan di SEMASHUR (sekolah menengah sains hulu selangor) kat jalan pi ulu yam tuh.. bukit fraser n genting lagi la lama tak pegi..
.-= syahirul´s last blog ..Hadiah untuk diri sendiri =-.
wah.. ni leh jadik duta hulu selangor nih.. hehee.. saya lalu gak, lau balik kg ikut jalan lama.. sg tua-ulu yam pastu straight ke simpang pulai..
de mmber duduk gedangsa.. penah pergi la pendek kata.. apa pun, mg pilihan raya nnt bjalan lancar..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital =-.
bila sebut nama Kuala Kubu Baru, teringat kembali insiden kena saman oleh JPJ semasa nak ke Cameroon pada Hari Raya beberapa tahun lepas..kononnya nak jimat duit tol ikut jalan lama, rupa2nya kena bayar lebih utk byr saman..
Hulu selangor kini sibuk dengan aktiviti memancing dan juga akan dikunjungi oleh Pengundi Hantu..
.-= Nadri´s last blog ..Anai-Anai & Al-Quran =-.
saja nyibuk… pegi cameroon lalu situ ye? 😛
Oooo baru saya tahu, Bukit Beruntung dalam daerah Hulu Selangor (dulu pernah menghuni Bukit Beruntung beberapa bulan.. 🙂
.-= samdaddycool´s last blog ..Fesyen Tudung Terkini 2010 : Tudung Lycra Purnama Merindu =-.