Tips Mudah Blogger –  Ku Cari Kau Ku Nanti
Blog Tutorial

Tips Mudah Blogger – Ku Cari Kau Ku Nanti

Kalau dulu saya menulis Tips Mudah Blogger : Penjenamaan, hari ini kita belajar satu lagi tips mudah. Hilangkan diri sekekita! Lakukan sesuatu di luar kebiasaan.  Saya tak ajar tips teknikal, itu bukan kepakaran .

Pukul 10:42:07am tadi saya terima sms

mama, mana entri hari ni? hihi

bubur x kenyang ma, nk nasik jugak.haha.slalu pg2 buka ada entry mama,ni xde plak.hehe

Ye… sesekali pancing perhatian diluar kebiasaan. Setelah mengikuti blog ini bertahun²,  kebanyakkan loyal readers faham bila dan bagaimana corak penulisan gaya penceritaan . Nasi  yang sama dan lauk resepi yang serupa.

Sesekali hidangkan bubur!

Ok -ok – merepek saja tu tetapi bolahlah juga dipraktikan. Kalau kalau anda menghilang tak tak ada siapa mencari atau perasan blog bersawang, itu bukan salah saya…hehehe:lol:

Sebenarnya pagi ni saya ada banyak urusan di luar talian. Pergi KWSP Selayang untuk print semula Borang A ( borang caruman ) kerana borang yang biasanya dihantar melalui pos dah lunyai kecut kena hujan.

Siap urusan di KWSP saya terus ke Hentian Duta cari tiket bas pergi balik Angah nanti sempena cuti hariraya. Cuti hujung minggu biasa bolahlah redah gamble pergi cari tiket sebelum bertolak. Ini cuti hariraya – nanti kena balik asrama jalan kaki pula.

Sebelum keluar rumah saya telefon maktab minta kepastian bila tarikh mereka akan bercuti. MRSM Merbok mula bercuti Aidilfitri 2010 pada 8hb September sehingga 18hb September 2010. 5-7hb masih bersekolah.

Dulu masa saya  masih anak dara sunti ( sekarang mak anak dara ) awal Ramadan dah menapak ke Puduraya cari tiket bas balik cuti hariraya. Masa tu Shah Alam belum ada stesen bas ekspress. Sekarang kena uruskan tiket anak² pula.

Tiket ini saya perlu pos kepada Angah di Sungai Petani. Alang² nak gunakan poslaju, saya beli kotak poslaju pack 5 kilo saiz 265mm x 265mm x 200mm dengan harga RM 3.80. Senang boleh isi beberapa barang lain seperti buku dan biskut untuk Angah.

Dulu saya pernah kirimkan barang – biasalah anak pertama kali duduk asrama, ada saja itu ini yang tertinggal dan hilang.  Bungkusan kiriman saya tu tak disertakan makanan ( biskut ) .  Dia cakap masa buka kotak tu, dia sangat² berharap ada cicipan makanan yang dikirim.   Masa tu tak terfikir nak masukkan makanan…. rupanya anak bujang tu masih harapkan jajan dari mama dia.:lol:

Balik dari Hentian Duta singgah Public Bank keluarkan duit. Singgah Hong Leong bayar kad kredit, CIMB bayar kereta dan akhirnya habiskan baki RM 3k bayar pinjaman rumah di Muamalat Bank. Selesai tugas hari ini. Yang lain² bil utiliti bayar melalui perbankan internet.

Dah pukul 5 petang, saya perlu masak pula. Sekian , diari Hidup Seorang Blogger cum surirumah.

opss… dapat email wang besar…. wang besar…!

Please let us know your bank account details and we will expedite payment through a direct bank in.

Regards,

dot dot dot Support ( akan direview nanti )

©kujie -duit seperti janggut,  hari ni cukur esok tumbuh lain…kadang² terus tak tumbuh²:razz:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “Tips Mudah Blogger – Ku Cari Kau Ku Nanti

  1. saya tak suka bawa makanan banyak2 masa naik bas time study dulu tapi kalau naik kereta bawakla banyak2 makanan, no problem punya sebab naik kereta.
    Jom terjah post menarik dari Masa DAH Time ..H1N1 masih ada !My Profile

  2. terbaik!!!camne la rasa jadi ibu bila anak masuk u….kak jie wat post pasal perasaan seorang ibu tentang pencapaian anaknya…leh??=)

  3. sorry keluar topic sat…yeah…ari ni dapat laptop baru…..alasan minta laptop baru dari boss nak tingkatkan produktiviti la konon

  4. selalu baca blog kak jie pepagi masa sampai opis…ari ni bukak ada bubur plak…huish…kecur gaks 😉

  5. Masa anak dara, saya pun ulang balik kampung dgn bas express. Bila anak tercampak di MRSM Taiping, saya pun ulang balik ke sana tiap bulan dgn bas. Pegi pagi balik malam. Letih tapi sedar2 2 tahun begitu.

    Seorang ibu, suri rumah, boleh jadi hebat sehebat seorang blogger. Cewahhhh! tumpang bangga.

  6. aduyai gambar bubur tu…kalau la diletak kicap…pastu makan panas2…fuhh…add on sket ayam yang disiat…plus ikan bilis rangup..kompom meletowp..huhu

  7. kalau kak jie tak buat, sapa lagi?

    dah dibiasakan urus semuanya dari awal2 kahwin
    bila suami jauh pun, dah boleh selesaikan sendiri

  8. yeah..tenkiu dear..
    dh banyak petua n perhtua aku kutip kat sini
    sbg blogger lama..kakjie memang ramai pengikut..n aku percaya n kak jie sepenuhnya….(aaaa..no komen kak jie..)sbb apa yang kak jie tulis tu sume betol..aku dh buat…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Buli suamiMy Profile

  9. salam kak..
    beginilah rutin harian
    selagi tak lepas semua anak2
    berkahwin..maka tanggungjawab
    seorang ibu tanpa di pinta2
    dengan sendirinya..tahniah
    jadi ibu yang penyayang..
    bertuah anak2 anda,suami apa
    lagi kan..he he 😆
    Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Kematian Pasti Buat Yang BernyawaMy Profile

  10. Slam.. dgr cerite kujie nie senior blogger .. hehe. Amir Oh Malaysia yang bagitau, first time jumpe blog nie.. bru lagi.. hehe

  11. Itulah diary mama cool! sangat bersahaje. mesti anak2 kak jiebangga ada mak cam kak jie. hehehe

  12. 😀 tadi terdetik gak, ingatkan blog kak jie tak load kat reader, sempat check plaks, tapi senarai artikel sebelum ni semua ada… rupa-rupanya memang kak jie belum update
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Buat pertama kalinya…My Profile

  13. hahahaa selalu,bila masa yonna blogwalking masa tengah hari. mesti dah ada 2 or 1 unread items dr blog mama :mrgreen: tu tertanya2 tu hehhe
    Jom terjah post menarik dari yonna ..Sfera GandumMy Profile

Comments are closed.