Blogger

Hari Bertemu Pelanggan Vol 9

Salam,
Kak Uji. Ini first time saya masuk blog akak. Belum habis baca sumer lagi tapi so far post2 akak best. Saya sebenarnya nak minta tunjuk ajar. Saya ada nak buat blog untuk personal + business. Cuma first post dah tak tahu nak tulis apa. Mohon akak beri tunjuk ajar atau pendapat, idea. Dah jenuh belek blog orang lain tapi still xdapat idea jugak. Terima kasih sekiranya akak sudi memberikan tunjuk ajar..:))

Ini post pertama saya sebagai blogger.    Tanpa tujuan sekadar luahan peribadi kerana waktu ini jerubu di Malaysia sangat kritikal.  Saya tiada garis panduan khas untuk menulis entri pertama.

Tahun 2005 blog adalah sesuatu yang begitu asing – kebanyakkan menulis untuk catatan diari peribadi dan tiada pembaca seperti sekarang.   Sekarang mungkin perlukan garis panduan lebih sistematik jika bertujuan menulis blog untuk bisness.  Setiap post adalah Portfolio Post.

Saya rasa, saya bukan orang yang tepat untuk memberi tips menulis entri yang bagus kerana setiap entri saya berbagai ragam. Saya pernah menghasilkan Entri Dua Baris yang mempunyai berbagai makna mengikut tafsiran deria ke-6 dengan 109 komen.

Saya tiada peraturan – kalau entri bersifat info dan maklumat saya ubah gaya penulisan yang lebih formal dan memerlukan masa lebih lama untuk menulis. Saya perlu mencari fakta.

Jika entri sekadar catatan diari kehidupan – 3 minit pun dah boleh publish satu entri dan kawan² akan RT ( Retweet ) walaupun entri ada pesanan –  Tolong Jangan RT .

Mengikut Megat dalam entri Tip Menulis Blog, Format Penulisan Yang Betul, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan seperti,

  1. Tajuk – Beri tajuk artikel yang lebih menarik seperti berbentuk persoalan, tip atau teknik.
  2. Fakta – Biasanya perenggan pertama dan kedua menguatkan fakta yang datangnya dari tajuk atau topik.
  3. Huraian – Penerangan lebih lanjut seperti bukti tentang fakta yang telah ditulis supaya pembaca lebih faham apa yang ingin disampaikan.
  4. Kesimpulan – Akhir sekali, beri pandangan secara peribadi tentang apa yang ditulis untuk menarik perhatian pembaca yang bakal menaruh kepercayaan kepada penulisannya.

Untuk menjadi penulis blog sahaja, tidak susah tetapi untuk hasilkan penulisan yang baik dan diterima itu perlukan latihan. Perbaiki setiap tingkat penulisan.

Saya boleh cadangkan beberapa blogger yang mempunyai etika menulis blog secara baik dan teratur seperti Nueman, Shaffik , Boy Bersahaje , Kulanzsalleh atau pun Etoyam ( sekadar menyebut beberapa nama ) . Ada ramai lagi blogger yang hebat dan menarik penulisan mereka terdapat dalam senarai Teman Tapi Mesra.

p.s – blog saya lebih kepada hubungan dua hala dengan kawan² blogger, kami lebih santai  cuma perlukan peraturan ada etika yang minimum – saling menghormati.

p.s – esiapa yang tak ada idea nak update blog – pergi printskrin entri pertama sebagai blogger – buat entri kenangan mengusik jiwa.

©kujie – there are no rules here, we are trying to accomplish something ( Thomas A. Edison )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

49 thoughts on “Hari Bertemu Pelanggan Vol 9

  1. salam kak jie.. saya pun pernah ditanya soalan macam tu dari seorang adik blogger 16 tahun. saya pasti adik tu pandai menulis tapi untuk guide dia saya hanya suggest dia banyakkan membaca blog atau website orang lain aje. nasib baik dia cepat pickup.. dah start menulis techie blog pun dia. hehe..

  2. nampah eh kak? hehe. bila online dah tak tahu nak bikin apa. rasanya penulisan saya dah hambar. membaca tulisan sendiri terasa hambar, inikan pula nak suruh orang lain baca (hu3).

    insya allah, saya cuba untuk perbaiki lagi 😉

  3. soalan biasa yang ditanya untuk mula berblog..hoho memang susah nak jawab..biasanya saya jawab:
    “tulis apa awak suka”..

    contohnya suka pakai kasut tumit tinggi, cerita je kasut-kasut yang ada dirumah…kan senang tu..jangan fikir, tulis..

  4. menulis untuk kepuasan sendiri.. :mrgreen:

    baca entry sewaktu mula kenal blog sampai sekarang boleh buat tersenyum sorang-sorang.. 😉

  5. assalamualaikum kak ji & geng..
    abgreds mai sini cp harta karun yg manyak kat sini. harap dihalalkan kak ji…arigato gozaimas.
    itu hari ada blank kejap tapi dah ok. dah citer dlm entri.
    selamat menjalani ibadah puasa semua.

  6. Tulis sahaja apa yg terlintas di hati dan sebenarnya blogging ni ada platform terbaik untuk latihan menulis selepas lama kita tinggalkan selepas alam persekolahan. Kita belajar daripada kesilapan begitu juga untuk berblog.

  7. a ah, tapi saya biasa draft ni tak publish2 pun.. last terkubur dalam peti “trash” je akhirnya.. keke

  8. Kak Jie tak percaya ada orang sombong.

    Biasanya kita cakap seseorang tu sombong bila dia gagal memenuhi keperluan, kehendak kita…sebenarnya kitalah yang penting diri sendiri.

  9. update blog bila ada masa lapang dan kalau terasa ada idea datang mencurah2. Apa yg berlaku di sekeliling kita pun boleh dijadikan bahan cerita…

  10. Hiiishhhhh… mana ada otai… Kak Ji.

    p/s: takut dengan gelaran tu, nanti kena perli di gengblogger… (otai blogger sombong katanya)

  11. takde idea? main game! haha. game yang berbentuk strategi atau pun simulator game akan membuatkan otak kita berfikir antara fantasi dan realiti.

    erm, tak reti nak explain tapi selalunya macam tu la. yalah lain orang lain caranya 😉

    p/s – terima kasih kak atas link. lama rasanya tidak bermesra bersama blogger2 hehe.

  12. kadangkala identiti blog tu sendiri mnjadikn ia unik~away from the numbers

    rsnya kl otai blogger,dia tulis sebaris pun tetap dpt sambutan 😉

  13. Kak Jie biasa simpan beberapa draft isu2 yang evergreen… bila free baru upgrade tokok tambah mana yang perlu

  14. Boy antara ramai penulis blog yang bagus – ramai blogger yang bagus tidak dikenali dalam dunia popular… jadi nak popularkan blogger bagus… 😆

  15. kalau entri peribadi – formalnya cara ini
    tapi boleh digunakan kalau entri kita mengenai sesuatu fakta, info ilmu

  16. Nak tulis blog bergantung apa tujuan kita… kalau kita enjoy dengan apa yang kita tulis tu…pengunjung pun sama

  17. hehe… saya pulak update ikut angin.. kalau ada terlintas, trus update, simpan lelama kang basi lak dalam kepala.. 😉

  18. Thanks kak jie, letak nama saya =). Tak sangka pulak saya. hehehe. Saya ingat entri ni nak cerita yang kak jie betul2 jumpe clients. Hahahaha, selalu tertitpu dengan tajuk di sebabkan x menghayati makna dengan lebih lanjut.Macam kak jie cakapkan, latihan je yang boleh membuat kan penulisan kita bertambah indah. Selain tiu, jadilah diri sendiri. Pembaca akan lebih suka pada keunikan seeorang penulis =)

  19. kalau kita wat macam experiment pye labsheet ok ke kak ek???
    Tajuk:
    objektif:
    Procedure:
    Keputusan:
    Discussion:
    Conclusion:

    heeeeee

  20. Nostalgia sungguh entry pertama, macam ada banyak menda nak kata, tapi tak tau nak cerita apa. Jadi cakap jer tak tau nak cerita apa. Tu lah yg Iza buat dulu :mrgreen:

    p/s: masak apa hari ni Kak Jie :)…nak sikit 🙂

  21. kadang2 benda sekeliling kita pun boleh gunakan utk update blog, cuba cari minat terlebih dahulu, bukan cari duit ok

  22. nak jadi penulis blog terbaik, mungkin agak sukar, tapi mulakan langkah pertama dan tak perlu gusar untuk membuat silap.. ‘nobody is perfect’

  23. Bila baca artikel kak jie ni, tetiba terfikir apa jer yang saya tulis waktu first time tulis blog aritu…

    Kalau berkaitan ngan business, bolehlah menulis artikel-artikel berkaitan dengan perniagaan kita, pengenalan produk dan sebagainya.

  24. Setuju dengan Kak Jie.

    Kak Jie, paling tidak pun blogger tersebut boleh gunakan video sebagai langkah pertama kalau tiada idea 🙂

Comments are closed.