Terimakasih kepada Kak Jie kerana memberi ruang untuk saya berkongsi sedikit info di sini.
CommentLuv ialah satu plugin yang memberi dofollow backlink secara otomatik kepada blog pembaca, sebagai ganjaran kerana meninggalkan komen. Tak hairanlah jika blog-blog yang dilengkapi dengan CommentLuv mendapat bilangan komen yang banyak.
Dengan CommentLuv , tuan punya blog dapat banyak trafik sebab ramai yang datang baca dan tinggalkan komen. Pembaca (yang tinggalkan komen) pula dapat referral trafik dan link juice ke blog mereka. –win-win situation…bagus.
Tapi tunggu dulu, kepada pengkomen CommentLuv yang menggunakan servis Feedburner, saya ada satu berita buruk:
Link juice yang anda diidam-idamkan tu, mungkin tak sampai pun ke blog anda!
Eh biar betul, kenapa pulak? Sebab backlink ke blog anda dah kena hijack!
Mari kita tengok samada backlink anda kena hijack atau tidak. Dan kalau kena hijack, siapa yang punya angkara.
Memeriksa backlink CommentLuv
Ikut langkah di bawah:
- Buat satu komen untuk post ini. Anda boleh juga check komen CommentLuv terdahulu, tapi kalau nak senang buat saja komen baru.
- Selepas komen tersebut dipublish, hoverkan mouse pointer ke atas link post anda.
- Perhatikan URL yang dipapar pada footer browser, jikalau ia adalah permalink post anda, anda selamat.
- Tapi sekiranya URL tersebut bermula dengan “http://feedproxy.google.com/”, anda sudah tergolong di kalangan pengkomen-pengkomen yang rugi (macam khutbah pulak). Sebab backlink (dengan jus-jus sekali) sudah dihijack oleh Feedproxy.
Macamana nak dapat balik backlink
Senang saja, setkan Feedburner supaya menggunakan permalink post, bukan redirect melalui Feedproxy. Caranya begini:
- Log in ke akaun Feedburner anda dan klik pada tajuk feed anda.
- Anda akan dibawa kepada tab “Analyze”. Klik pada link “Configure Stats” di sebelah kiri, di bawah “ Services”.
- Kemudian untick pada kotak “Item Link Clicks” dan klik butang Save.
Tapi ingat, perubahan tak akan berlaku serta merta. Feedburner akan ambil masa beberapa jam sebelum membuat perubahan. Selepas itu datanglah balik ke sini untuk komen dan periksa URL anda sekali lagi. URL kali ini (dan semua yang seterusnya) sepatutnya akan bertukar kepada permalink.
Bila dah bertukar kepada permalink, barulah ada link juice mengalir dari post ini ke post anda. Macam ni baru berbaloi tinggalkan komen di blog CommentLuv kan?
Entri ini dihasilkan oleh Blogger Sentral
kujie…. kelas yang ini memang banyak bagus…tak pernah tau pun, dapatlah ilmu serba sikit… tqsm
terima kasih diatas ilmu yang dikongsikan…memang sangat berguna…tq
Info berguna ni..tqvm ye..
kak, commentluv ini untuk wordpress sahaja ke, blogspot tidak boleh ye. Dan perlu domain berbayar ye.
Sama-sama. Eh telur ayam kena cuci ek? 😛
Salam..Terima kasih kerana berkongsi info.. banyak belajar benda baru bila datang blog Kak Jie ni.. 😎
Takpe, dia tak menjejaskan subscription. Yang kita unselect tu hanyalah click tracking untuk kegunaan Google Analytics.
(Feedproxy membolehkan Google Analytics detect di mana feed kita diklik, samada di Google Reader ke, di Gmail ke etc.. Benda ni kita tak pernah tengok pun.)
dapat satu ilmu. tq kak jie.
info yang berguna.. terima kasih… 🙂
terima kasih info ini, selama ini saya tak pernah terfikir dan ambil kisah pun pasal link tu, huhu bila dah check nasib baik memang direct link ke blog
terima kasih tips yg mantap
ada lagi satu berkenaan dengan google buzz yang ada kaitan dengan feedburner ni..tak jumpa lagi penerangan tepat
uiks… ya ke.. hehehe
alhamdulilah.. terima kak jie..kerna mengecheckkan blog maza itu.. hehehe
siapalah maza tanpa kak jie, kannnnn?
heheheh
bro terima kasih lah memang tips yg berguna seperti tips telur ayam kena cuci yg rupanya ramai tak tahu. Aku terus ubah sekarang juga.
GL- kalau orang dah subscribe blog yg guna feedburner tu nanti boleh dapat langganan macam biasa ke selepas tukar link tu?
sebab tak direct ke permalink kan? Tapi orang banyak pakai sebab nakkan subscriber
Ok, thanks kak kujie…
Tukar jangan tak tukar.
wow! tak sangka pulak banyak nya yang feedproxy.
Thanks for the info..
Sama-sama Kak Jie 🙂
entri ni mudah sgt – step tutorial dia jelas
try letak mouse kt feed commentluv maza tu…kat post terbaru maza…jom baca ….
kalau link dia ada feedproxy.. kena betulkan
kalau link dia url permalink post – dah ok dah tu, jgn risau
tapi mmg url blog maza dah ok pun 😆
ngade² tak faham
hoho, dah keluar dah..heheh..tenet slow kot..
awat feed commentluv tak keluar?
ye ek? tak berapa faham tapi buat jugak lah.. =)
nak cube tgk..huhu,,aku pakai feed burner..
hmm,,feedproxy jugak.. baru je tukar nih. 🙁 thanks for sharing this info. 😆
Sekarang baru berbaloi komen di kujie2.com
kalau tak baca blog kak jie, saya ni lagi tak tau apa-apa. Thanks kpd yang beri info dan tuan tanah 🙂
info yg sgt best..mcm2 hal rupanya dlm dunia blog nih:-)
Hmmm tak tau nak komen apa, tapi terimakasih berkongsi info. Banyak lagi saya kena belajar nihhh…. 😉
Testing, testing… komen aku sama kena hijacked la. arkgh! Nak kena tukau.. malasnyeee…
link bkn feedproxy.. selamat.. hehe..
agak2 kenapa link entri terbaru keluar lambat.. dah 3-4 jam baru ade.. kadang2 ok pulak..
aduhaiii…
maza termelanggut sahaja.. huhuhu
alhamdulillah link sy okay
oo.. mcm tu rupanya, selama ni wat endah x endah je.. huhu… ok, skrg jugak mau kasi tukar..
nak test jap…betul ada lah feedproxy kat link aku tu
ok lah nak pi betulkan kat feedburner. rasanya ramai pengguna feedburner yang tak tahu pasal.
thanks kerana beri maklumat berguna.
dah p betulkan. 🙂 kena tunggu lah tu
menarik info ni!
yang paling bagusnya adalah win-win situation!
thanks for the info!
backlink ni pun sama… dah p betulkan 😆
Dah betulkan?…link awak tu ada feedproxy
Baca entri ni Kenapa Entri Terbaru Saya Tak Keluar
menarik info ni. terima kasih greenlava, baru tau. hehe
testing… hehe
😮 oooo gitu ye..txs 4the info
Terima kasih untuk tip ini…
terima kasih untukinfo yang berguna
ramai yang tak ambil kisah pasal commentluv ni
Salam..
Info yg bagus ni. Tapi macam mana nak buat kalau post yg dipaparkan tu post lama sedangkan dah ada dua tiga post selepas post yang dipaparkan tu?
wah ini infor menarik. terima kasih kerana berkongsi. Tapi rasanya ramai blogger baru tak tahu banyak selok-belok manipulasi seperti spammer dan hijack nih. kerana bila kita bagi tips diaorang tak tau la nak buat pun…kesian!! kena la belajar dari asasnya.
Terimakasih kerana menulis info yang sangat berguna.
Sila ambil perhatian juga bahawa banyak broken link berlaku pada backlink dari feedburner