Tak Perlu Tanya Google
Peribadi

Tak Perlu Tanya Google

Saya terperok depan tv dengan drama sejarah Frost/Nixon. Kisah dramatik wawancara televisyen David Frost dan bekas presiden Richard Nixon dalam skandal Watergate tahun 1970-an

Watergate adalah nama hotel markas Parti Demokrat- bukan krisis air!

Terbuai saya dengan catatan dokumen sejarah yang tak ternilai, yang membolehkan kita melihat seorang ahli politik besar sebagai manusia biasa yang akhirnya terpaksa akur dengan kesilapan yang telah dilakukan. Frost / Nixon adalah epik yang tidak melibatkan senjata, pertempuran fizikal tetapi kata-kata dan emosi tegang.

Frank Langella & Micheal Sheen (Nixon & Frost) mengoda saya untuk kekal di sofa keseorangan dan merasai pertembungan keperibadian dua pihak yang sangat berghairah untuk menang. Watak lelaki yang berkarisma dan beridentiti –  keegoaan, sombong, cintakan kuasa tetapi sebesar mana sekali pun jiwa seseorang, masih terselit dalam dirinya konflik batin dan penyesalan.

Akhirnya saya menjadi seorang pelayar internet yang berghairah dahagakan infomasi dengan larian tikus dari satu mukatingkap ke satu mukatingkap meneroka tragedi demi tragedi dalam Skandal Watergate .

Seorang makcik umur 40+ dengan penguasaan bahasa inggeris yang mininal menjadi penat menapis, menjaring menyerap segala maklumat.

Kenapalah saya terlibat dengan isu-isu macam ni, bukan nak jadi Wakil Rakyat PRU 13 pun sebab saya percaya ahli politik Malaysia tak perlu pun ambil tahu kisah² pengajaran seperti ini .  Belum pernah ada yang meletak jawatan kerana berbagai skandal.  Tak percaya #tanyanajib!

Kenapalah nak berat² minda dengan isu complicated pun tatau.. kan elok baca saja isu warna warni bikini Fasha Sandra atau manusia terlebih motivasi diri  dengan cita-cita  DRBook .  Jangan salah faham, saya suka mereka berdua – bijak untuk reheating bila hampir basi  berada dalam kotak beku peti sejuk.

Isu Terkini Yang Tengah Hot – Mengikut Bajet Malaysia 2011, pelanggan Postpaid akan dikenakan cukai perkhidmatan 6% mulai 1/2/11.  Saya cari maklumat kenaikan cukai ini tetapi tak cukup, boleh sesiapa sahkan dengan bukti rujukan.  Saya pengguna pasca bayar.

©kujie – janganlah terjebak dengan fakta , sejarah sosio-politik, statistik, saya boleh leka! Sebab itulah saya beli dan baca Cerita Piala Dunia. Janji dengan Lucius nak review, tak review² lagi tapi dah promo kat encik suami blog sokernet . Bolehlah dia bawa Fennec untuk ekorbuahtangan balik Malaysia .

Fennec tu apa?  #tanyanajib !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Tak Perlu Tanya Google

  1. laaalalalalla…..silalah naikkan lagi semua harga dan tax…rakyat maaysia kaya2 semua..hohohoho…
    saya pakai propaid jerk…
    tak nak tanggung hutang… 😆

  2. Sampai POSTPAID pun nak kena ada cukai ke? Lainlah semua kawasan dah ada talian komunikasi terbaik. Ini tidak, nak dapat frekuensi EDGE pun payah di sesetengah kawasan. Dah nak kenakan cukai, beratlah ni. Slogan sahaja cantik, RAKYAT DIUTAMAKAN apakah?
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Tips Mudah Untuk Mengingati NamaMy Profile

  3. hy kak jie..saya pun kadang2 suka gak cari maklumat kat goggle bila tak paham sejarah lama2..tapi bila dah tau..lagi tak paham..tsk!
    Jom terjah post menarik dari makdara TERdiva ..catch me if you canMy Profile

  4. saya pun sayang juga kakjie, em tak boleh tukar ke nombor sama tp jadi prepaid? huhu sebab nombor tu dari tahun 2000 lagi sy pakai…

  5. letak jawatan sekejap aje… bukan ke dia dah ada jawatan balik sekarang nie…

    mungkin berlakon je kot… huhu politik…

    tak tau la macam mana… penin2 kepala…
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..AkuLearnCom Genap Setahun…My Profile

  6. reheating bila dah nak basi 😆

    tapi kalau selalu reheat nanti makanan akan rosak jugak
    Tak percaya #tanyanajib! :mrgreen:

  7. seingat saya ade sorang menteri yg pernah meletak jawatan kerana skandal, chua soi lek.

    astro dah kenakan caj 6%.

    kekadang saya pelik kenapa caj perkhidmatan diserapkan kepada pengguna.
    Jom terjah post menarik dari penyubiru ..Serebang LututMy Profile

Comments are closed.