Keluarga Saya Bela Anjing
Peribadi

Keluarga Saya Bela Anjing

Mak dan ayah saya memang bela anjing. Ini 2 ekor anjing dari 3 kesemuanya. Bela dari anak kecil – cepat besarnya tak sampai setahun dah gagah macho macam ni.

jurugambar yang terlebih takut

Tiap pagi ayah akan bawa makanan anjing ke kebun. Jauh jugalah – dalam 5-6 kilometer.

Orang Islam boleh bela anjing ke?

Islam tidak melarang  membela anjing dengan syarat anjing itu dilatih untuk menjaga harta, jaga ternakan , jaga kebun atau untuk berburu dan tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan seperti kucing atau saja dibela tanpa sebab.

Ulama juga mengharuskan penggunaan anjing untuk mengesan penjenayah, dadah, bahan letupan seperti bom atau periuk api, mangsa bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami.

Ayah bela anjing tujuannya untuk menjaga kebun tanam semula. Anak² getah baru membesar dan kawasan ini sering dimasuki babi. Disondolnya perdu anak getah, habis rosak dan tumbang.

Anjing ayah tidak berikat atau ditambat. Dibiarkan bebas tetapi mungkin tahu ada tuan yang memberi makanan, setianya tak berbelah bagi.  Ayah buatkan pondok khas untuk anjing.

Biasanya, bila melihat anjing, ramai yang akan cuba menjauhinya kerana kita sejak awal telah diajar bahawa anjing adalah najis mughalazah mengikut Mazhab Syafie.

Cabaran bela anjing satu saja – masa kecik dia tak takut dengan orang.  Nak saja datang dekat bergesel² bermanja macam anak kucing.  Bila anjing tu dah besar, dia dah faham jarak selamat untuk mendekati tuannya dan tak akan cuba bergesel² lagi.

©kujie – rindu!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

80 thoughts on “Keluarga Saya Bela Anjing

  1. . kat rumah saya ada 4 ekor . suami saya balik kerja saya dan anak saya seorang kat rumah. dulu saya memeng takut untuk tingal alone dekat rumah.bila anak anak (anjing) saya ada i tak tkut lagi la. lagipun anjing tak lupa tuan dia.tq

  2. pergi kebun nak buat kerja, bukan sesaja nak belai2 anjing tu

    lagi pun dah dari kecil, anjing tu tau had mininum dia boleh dekat dgn tuan dia.

    tak pernah pula mak ayah kak jie cakap dia ada bersentuhan dengan anjing..

    pergi kebun pakai uniform tutup rapat…sarung tangan bagai…tak de skin yg terbuka untuk mudah bersentuh

  3. takde masalahnya sebenarnya. anjing ni ok. cuma bab air liur dia tu, jangan kena la. kalau kena..samak la jawabnya..dan kalau bela anjing, biasanya bersebab..jarang orang Islam bela anjing tanpa sebab atau saje-saje nak bela..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Setahun lebih bersama dengan AdflyMy Profile

  4. Salam,
    anjing memang haiwan yang paling setia dengan tuannye, tapi dari dulu hingga kini memang takut dengan anjing, fobia masih ada masa kena kejar dan gigit dengan anjing…hahaha seriau wooo now klu nmpk anjing berkeliaran dpn umah pun dh cuak, memang x keluar lah jawabnyee…takut kena gigit 😆

  5. Tahu tentang hukum ni sebab pernah juga bermuzakarah tentang hal ni. Tapi entah kenapa, masih nak lari sebatu bila nampak anjing. 🙂

    Tambahan : Anjing yang berada dalam kategori haiwan masih tahu setia dengan tuannya, tapi manusia yang dikurniakan akal yang sempurnapun masih ramai yang tak tahu macam mana nak setia pada tuannya.
    p/s Eh, ada kena mengena tak dengan entri ni ke? 😳
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Freshie- satu-satu- kosong satu- satu-satuMy Profile

  6. Kak Jie, thanks atas perkongsian ni. arwah datuk saya pun bela anjing tapi masa dia berkhidmat dgn Kastam diRaja MAS dan anjing tu juga di bawa balik rumah (tambat luar rumah la) utk jd jaga. Tapi tak silap saya kalau letak kat rumah, malaikat tak masuk. kalau jadi apa kat rumah kita, malaikat tak boleh nak bantu doakan keselamatan penghuni. huhu..
    Jom terjah post menarik dari Dila.13 ..Soal Jawab Ringkas Tentang Penulisan Artikel Online Part 2My Profile

  7. Jie, apa namanya? Tie pun takut anjing, tak kiralah secomel mana pun… entah kenapa, agaknya takut kena gigit .

  8. Ramai yang menyatakan pegang anjing dalam keadaan basah adalah haram atau kena samak.

    Najis mughalazah itu terletak di mana sebenarnya. Di bulunya kah? pada najisnya kah? pada air kencingnya kah? pada dagingnyakah?

    Sebenarnya, yang mughalazah hanya pada air liurnya sahaja dan perlu disamak. Itu pun kalau dia menjilat pada anggota badan kita atau bekas makanan kita.

    So kalau anjing tu menjilat tayar kereta kita atau kencing kat tiang elektrik, tak payah susah – susah pergi samak tiang elektrik. Tak pasal – pasal kan ada yang kene renjatan elektrik.

  9. ye ke kak?dlu jiran sya kat lgkwi da gak bela..3 4 ekor gak..nk jga kwasan umah n kwasan kolam ikan dia..teringat penah kejar ngan anjing dia dulu..xcukup tnah lari..hehe..

    bnyak org pikir,klu islam je anjing kna jauh…jgnla trlampau stereotaip sgt..haiwan tu ada kgunaannya juga..
    Jom terjah post menarik dari iniialahaku ..THE UNSUNG HEROMy Profile

Comments are closed.