Resepi gulai kawah umbut pisang – Resepi Gulai Batang Pisang Orang Baling
Hujung tahun 2010 saya singgah gerai makan Mid Gulai Kawah yang terkenal dengan menu specialnya Gulai Kawah Umbut Pisang.
Kami – mak, adik ipar duai , anak beranak dan anak menakan beronvoi dari Baling ke Butterworth semata² untuk memenuhi undangan tuan kedai yang pernah datang bertandang ke rumah saya dulu.
Pemilik Mid Gulai Kawan – Abdul Hamid Mukhtar jiran sekampung saya.
tambah jangan tak tambah
Sampai hampir jam 1 tengahari , waktu yang tepat perut sedang memutarkan lagu keroncong. Sampai di lokasi, susah payah nak cari parkir kereta kerana bersusun kereta memenuhi ruang depan kedai macam ada kenduri kahwin.
Semua meja penuh dengan pelanggan yang sedang menikmati hidangan – alhamdullah, tanda aras kualiti masakan sesebuah kedai makan.
Lokasi kedai sangat mudah dikunjungi melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar melalui Sungai Dua, Butterworth. Hanya kira-kira 350meter dari persimpangan susur keluar Sungai Dua sebelum Mobil dan Esso.
Alamatnya : No 1641 Kg Telok, Sg Dua, Butterworth Pulau Pinang
Kalau dalam perjalanan ke utara tak mengambil banyak masa untuk berhenti sebentar menikmati makan tengahari dengan lebih 100 menu popular.
Ada berbagai jenis masakan ikan darat dan laut, siput, kerang, sayuran, ulaman dan sudah semestinya menu utama ‘gulai umbut pisang.
Apa istimewanya batang pisang ini? Ramai yang keliru antara batang dan umbut dan saya pernah berjumpa peniaga yang letakkan pelepah pisang untuk menu gulai tersebut.
Cara nak masak gulai umbut pisang – klik sini Gulai Umbut Pisang
Kami serombongan yang kekenyangan suka hati bergambar bersama tuan kedai dan isteri. Terimakasih banyak². InsyaAllah kami singgah lagi..
Nota : Sebahagian gambar dari facebook Mid Gulai Kawah. Dah makan tak ingat nak bergambar lagi aih…
©kujie – post entri waktu makan tenghahari !
haa kujie, i’m one of those terkene gulai pelepah pisang. memang maki dalam hati jer laa kt peniaga tu. nak untuk lebih, dah tak bagi beli rm2, kene beli rm3.
peniaga camtuh takkan kemana pun
Jom terjah post menarik dari matjoe ..Resipi Udang Goreng Tepung
Kalau dekat pejabat ada jual gulai kawah taklah berapa rasanya tapi saya suka makan kuah kerana kalau kering susah hendak telan
tuelaa..aku pun lapar tgh2 mlm ni….humanghaih…..
perh pagi2 buta ngk gulai..tibe2 leh lapar plak..aiseh…tp best part tue kalo masak ramai2..huhu..
gulai kalau pakai umbut ni mmg sedap. umbut buluh, pisang, kelapa, mmg sodap.
lg satu, dia boleh menyamar jadi daging jd nampak daging banyak aje hehehe. (umbut kelapa)
Jom terjah post menarik dari Khairi ..Over stress buat ramai manusia jadi gila
Pergh.. Terliur dah mlm tengok.. kat KL ssh plk nak jumpa…
Jom terjah post menarik dari deCrewz ..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan
makan gulai kawah tak pnah lagi.. tolong kacau masa masak gulai kawah ade ler.. masa sepupu kawen tahun lepas..
Jom terjah post menarik dari Ezany-Kun ..7 Kebaikan Air Mata Yang Menangis
walaweh! menetes banjir kat sini ni ha! dahle lapo nii
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..pakai GPS pun sesat jugak
Nampak cam sedap jer gulai umbut pisang tu. Kena pergi cuba suatu hari nanti.
Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Sebagaimana mereka mengasihaniku di waktu kecil
k jie, kalau teringin makan tu, mesti singgah sg petani, kedai makan dekat pekan, berhampiran telekom. nak pi Baling jauh sangat. tak pernah la pula tau tempat ni, walhal dulu seminggu sekali dok lalu lalang nak ke Penaga. boleh serbu la macam nih 😆
Jom terjah post menarik dari cek chun ..apa ada pada sepuluh pin itu
macam sedap. pernah dengar tp xpernah rasa lg.
Jom terjah post menarik dari rockinsudu ..Setelah sekian lama
terliur la plak.nanti kalau turun perlis ingat nak singgah la.dulu masa keje kat perlis pernah makan, memang sedap sangat.belah selatan ni jarang jumpa
Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Perbandingan dengan bisnes lain
wah…nak try la singgah on the way gi langkawi nanti…
Jom terjah post menarik dari princeduyong ..MEMANG KAU GLEMER
sedap ke lauk tu??
tengok cam sedap jer. saya ni tak pernah makan lagi jenis lauk tu. hehehe…
Jom terjah post menarik dari Master Pak Pandir ..Cara terbaik makan biskut CHIPSMORE
Dekat dengan rumah. Mee udang Sg. Dua dan Char Koey Teow kedai berhampiran pun sedap juga. Tiba-tiba rindukan Malaysia.
Jom terjah post menarik dari blogresipi ..New from Blogresipi- Mika Perfumes on Sale!
buka je blog kakjie tengok gulai kawah, tengah lapar belum makan tengahari lagi…
Jom terjah post menarik dari mijie ..Mencari keberkatan didalam hidup-tanggungjawab terhadap ibu bapa
dulu2 mak selalu gak masak umbut pisang nie…dah lama sangat tak makan..nampak sedap je…
Jom terjah post menarik dari acu sayang ..Sayu
fav anis!! Ya Allah…cepatlah bulan 3….nak balik malaysia ni….
*rintihan ibu mengandung yg mengidam mcm2*
Jom terjah post menarik dari anis ..SurPriSe!!
wah.. sesuai dengan selera maza ni..
erkk .. sekarang tengah mengidam kambing golek dengan nasi arab.. heheheh
psst: Dr. minta excuse bulan nie aje ya.. bagi chance ler kat maza nak merasa masakan yg marvelous itew lorr.. hahaha
Jom terjah post menarik dari maza ..Taman Orkid- Kuala Lumpur
umbut pisang tak pernah makan sebab kat sarawak ni selalu masak umbut kelapa je. dan mak kata, gulai umbut pisang ni memang masakan orang utara dan sedap.
alahai..tengah hari da…lapar lak..huu 😕
Jom terjah post menarik dari LeeZha ..Dari Melintang Dia Lurus
Banyak tu nasi tambah , hehe…
Tak pernah rasa gulai kawah umbut atau batang pisang. Biasa makan umbut nyior atau moombear (nyior muda) je.. tapi mestilah sedap juga, kan..
kak jie yang menaip entri pun dok berkeroncong… 😆
dekat saja dari susur keluar Sg Dua tu…
jangan lewat, nanti tinggai kawah! 😆
KAK KUJIE, teringin gak saya nak rasa. Selalu gak saya ulang alik ke Penang ~ Butterworth ~ Perda, tak terfikir nak lencong ke situ. Lepas ni harus nak singgah….
macam nak banjir dah ofis ni dok terbayang gulai umbut nih…tup tap tup tap..
tak baik kak jie ni tau…