Saya sangat menghargai setiap komen yang ditinggalkan oleh pelawat. Saya sedar bukan sedikit masa yang diluangkan untuk membaca entri dan menulis komen. Saya akui, saya sendiri tidak mampu untuk menulis komen disetiap blog yang dilawai.
Masa dan keadaan saya tidak selapang dulu…dulu… masa mula-mula menjadi blogger. Saya semakin tua, masa perlu dibahagian untuk urusan yang lebih utama.
Kepada rakan blogger yang sering bertandang dan meninggalkan komen, terima kasih diucapkan. Tetapi saya perhatikan masih ada rakan blogger yang tidak mengetahui pantang larang cara menulis komen.
Jangan masukkan link ke dalam kotak komen.
Masih ramai yang melakukan larangan ini. Tak perlu masukkan link kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dipaparkan link ke blog pengkomen secara automatik melalui Plugin Commentluv.
Apabila meletakkan link ke dalam kotak komen, automatik komen tersebut tidak akan dilepaskan kerana sistem keselamatan blog akan menghantar komen tersebut ke dalam kotak Spam.
Untuk tempoh 10 jam, ada 44 spam di dalam dashboard blog ini dan terus terang saya tak punya banyak masa untuk membelek satu persatu.
Saya akan klik button Empty Spam untuk membuang semua spam secara pukal. Bukan senang nak mencari komen yang sebenar disebalik komen spam yang banyak seperti ini. Sepanjang blog ini beroperasi, saya menerima 155,209 komen spam.
Hargailah masa dengan membuat sesuatu yang berfaedah. Jangan buat sesuatu yang telah dilarang kerana ada sebabnya kenapa amaran tahap merah itu dikeluarkan.
Komen dengan betul adalah ilmu. Semua yang kita lakukan perlu dilakukan dengan berilmu.
Memang patut di delete pun. Aku kadang2 edit dulu komen dgn buang link yg di letakkan. Tapi blog baru macam aku mungkin masih ok. SPAM masuk pun masih sikit. Tapi kalau dah banyak sangat SPAM aku pun akan buat seperti yang Kak Jie buat juga. Bagus entri ini.
Dulu saya rajin check komen2 spam yg masuk.. Sekarang ni memang akan tekan empty spam lah.. Perasan jugak kadang2 ada komen spam dari org yg dah lama blogging tapi masih tak reti2 lagi tinggal komen dengan cara baik..
Harap semua dah faham.
Sama2 kita komen dgn cara yg berhemah.
thanks kak jie peringat =)
no 155209 tue utk berapa lama blg nie dah online?
baca biodata kat navigation atas tu
Sama lah ngn saya kak jie..biasanya saya akan klik empty spam jer tanpa berlengah panjang..kalau ada masa saya baca gak..hehe
Kadang-kadang tu komen robot ni lebih banyak dari komen orang… Memang letih nak delete..
ya allah.. amal baru tahu kutt.. tengs kak
PM pun biasanya delete secara pukal , malas nak check satu persatu…
Mana ada masa nak check semua, nak2 kalau ada 33 pages…empty spam terus…maaf…huhu
Yelah kak jie, buat penat jer taip spam. Akhirnya kene buang jer…
sabar ajelah kekadang yang rajin menyepam tu..
banyaknya spam! ratus ribu tu….
Biasanya komentar2 spam seperti itu dibuat dengan menggunakan software Kak Jie jadinya dalam satu waktu kita bisa menerima bejibun komentar spam di dalam spam box. Ini salah satu kekurangan wordpress yang belum bisa diatasi, sangat menyebalkan 🙁
Banyak tu kena komen spam
Mungkin terlalu nak backlink kot hihi.
Alahai, kena letak amaran bling2 baru dia perasan kut hehehe..
Jadi tuan punya blog tak popular macam saya cukup bahagia kerana spammer pun tak minat singgah, hehehe….
Assalamualaikum,
Mak aihhhhhh! banyaknya komen masuk spam.
Blog popular memang jadi lubuk spammer lah hihi
dah capai 150k dah spam? nice. saya yang sikit pun kalau ada masuk dalam spam delete terus je. malas. nak layan
Sungguh saya tak pernah buat macam tu..tak apa delete saja sebab dijamin tak ada komen dari saya Insyaallah. Betul tu dah ada comment luv masih nak buat link dalam ruangan komen, mungkin tak faham kot.
Kesian bagi orang yang tak tahu, penat2 tulis tiba2 letak link, terus masuk otomatik jadi spam.
fulamak !! banyaknya spam blog k kujie !! blog sy yg berusia 2 bulan ni pun dah ada spam…adoyai…pening2
pelik gak ada sanggup buat gitu, padahal ada je URL punya tempat boleh isikan. Tamak ke apa nak letak kat ruang komen kan? Mana punya ajaran le..blackhat ke hape..:P
setakat ni komen kat blog saya takde lah masuk banyak sangat. Jadi, ada masa untuk tapis. Tapi kalau satu entri pun 30 komen sekali masuk, memang kena ambil langkah macam kak jie. Empty spam je la.
masalah juga bagi mereka yang selalu letak link dalam kota komen.. SPAM memang malas nak check satu persatu, komform memang akan delete terus.
Ini fenomena biasa. Malas nak baca dan suka langgar arahan, dua sifat manusia ni bila bergabung akan menjadikan kita orang yang rugi.
Masa mula-mula sy nak beri komen saya terbaca permintaan Kak Jie. Betul…perlu respek permintaan tuan tanah. Bukan susah.. 🙂
Bukan saja saja letak… sistem keselamatan plugin Akismet akan hantar komen yg ada link ke kotak spam. Bayangkan kalau tidak ditapis macam tu… sehari 24 jam ada rstus-ratus spam keluar kat komen.
CommentLuv kan dah ada boleh pilih lagi 10 entri terakhir .. gunalah. Kalau nak masuk berbagai link kena lah komen 3-4 kali kat entri berbeza … kena smart lah
Amaran sudah diberikan tetapi masih ingkar. Terimalah akibatnya.
bagi sesetengah mereka mungkin kurang paham dan tak rajin baca arahan..
Ada juga terbuat kdg2…padahal dah tahu ada commentluv..
Kadang2 bila ada autofill tu terambik yang ada permalink pun ya jugak..
Harap2 tak pernah buat kat sini..hehe
Boleh dijadikan inspirasi ini kak.