Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali telah berpindah ke Laluan Utama, Batang Kali. Sebelum ini Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali berada di Taman Emas,Batu 30, Hulu Yam Lama.
Lokasi Pejabat Khidmat Adun Batang Kali berhadapan di seberang jalan Balai Polis Batang Kali berdekatan Public Bank dan Stesen Komuter Batang Kali.
Waktu Urusan Pejabat Khidmat Dun Batang Kali
- Isnin – Khamis – 9.00 pagi – 5.00 petang
- Sabtu – 9.30 pagi – 2.00 petang
- Ahad dan cuti umum – tutup
- YB akan berada di pejabat pada setiap hari Khamis sahaja.
Dua tiga minggu ini saya sedang memproses permohonan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil jadi memang berurusan dengan beberapa pejabat kerajaan – Pejabat MPOB, Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Khidmat Adun kawasan.
Pagi tadi ke Pejabat Khidmat Dun Hulu Bernam, Kampung Titiwangsa , Kelumpang. Malangkan YB tiada dipejabat kerana turun ke Kuantan membantu mangsa banjir.
Kalau tak berurusan, memang tak pernah ambil peduli. Hanya lalu dan pandang. Sesekali kena mencari, kalut juga nak tahu lokasi sebenar. Kalau ringan mulut bertanya, InsyaAllah akan ada yang membantu.
wah sepertinya sepi sekali kantor itu,,,
Wah, jadi ribet ya..
Semoga Allah SWT membantu mempermudahkan urusan Kak Jie
Jom terjah post menarik dari Rina ..Basic CSS Tutorial : Create Multiple Background Images For Website
Banyak juga prosedur dia kan. Semoga semuanya dipermudahkan 🙂
Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Sihat dan Berkat; Dana Mangsa Banjir
semoga urusan Kak Jie berjalan dengan lancar…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Aksi Jurugambar Cilik
Nak buat penanaman semula kena pergi jumpa pusat khidmat adun juga ke?
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..8 langkah untuk berjaya dalam perniagaan
syarat yang pelik, kena sokongan Adun
nak tak nak, suka tak suka, kena ikut rules
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali
Pernah hantar aduan di blog beliau mengenai pembakaran haram bateri. Malangnya tidak ada maklumbalas.
Saya membuat aduan dengan Jabatan Alam Sekitar dan Aduan Rakyat TV3. Akhirnya pihak Jabatan Alam Sekitar dapat menjejaki kawasan pembakaran bateri selepas beberapa buat tinjauan dan intipan. Asap pembakaran asid telah terbang beberapa kilometer sehingga kawasan perumahan saya.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Malaysian Traveler Blogger Meetup di The School Jaya One
Suami biasanya telefon Jabatan Alam Sekitar utk buat aduan atau Majlis Daerah